Autoriti bolehlah didefinisikan sebagai “seorang pakar di mana pendapat dan pandangannya boleh diterima pakai”. Autoriti ini adalah sesuatu yang penting untuk seorang blogger dan juga penting untuk marketeer dalam mempromosi dan memperkenalkan produk tertentu.
Kepentingan membina autoriti ringkasnya adalah seperti berikut.
Katakanlah anda ingin menjual produk untuk menguruskan badan namun anda tak pernah tau dan tak pernah terlibat langsung dalam perbincangan tentang menguruskan badan. Tiba-tiba anda datang kepada audiens dengan berkata, “Marilah beli produk kuruskan badan saya!” – Anda fikir majoriti audiens akan yakin dengan anda?
Ya, di sinilah autoriti memainkan peranannya.
Jadi bagaimana untuk membina autoriti tersebut? Di sini saya mencadangkan beberapa cara yang agak efektif untuk anda praktikkan dalam membina autoriti di Internet.
Membina Autoriti Menggunakan Blog
Kata kunci di sini ialah – niche blog. Sebagai contoh, jika anda berminat mempromosikan produk-produk kesihatan, jalankan sebuah blog menggunakan niche health (kesihatan). Maksudnya di dalam blog tersebut hanya ada isi kandungan yang berkaitan dengan perihal kesihatan sahaja. Iklan-iklan dan gambar di dalam blog tersebut pula hanyalah yang berkisar mengenai kesihatan sahaja.
Kemudian bina hubungan dengan laman-laman web dan mereka yang juga terlibat dengan niche kesihatan. Dengan cara ini blog anda akan lebih dikenali dengan perkongsian hal-hal kesihatannya. Di sinilah blog anda (dan anda sendiri) memperolehi autoriti untuk mempromosikan produk-produk kesihatan di mana audiens dan prospek akan yakin dengan anda.
Apabila sudah menonjol dengan autoriti anda, inilah masa yang sesuai untuk mula memperkenalkan produk-produk yang anda ingini samada melalui blog, laman web atau platform yang lain.
Membina Autoriti Menggunakan Laman Sosial
Laman sosial seperti Facebook, Twitter, LinkedIn dan sebagainya adalah platform yang hebat dan menawarkan anda peluang yang besar untuk membina autoriti dan bertemu lebih ramai prospek.
Caranya lebih kurang sama dengan cara menggunakan blog sebentar tadi – anda perlu anda niche anda sendiri. Menggunakan laman sosial ini, kongsikan pandangan anda atau links ke content atau updates yang berkaitan dengan niche anda contohnya niche technology (teknologi) di mana tweet atau status anda majoritinya berkisar kepada perihal teknologi.
Pada pengamatan saya pautan yang popular dan efektif untuk membina autoriti ialah pautan ke video di mana video ini lebih interaktif dan menarik untuk dilawati audiens.
Membina Autoriti Menggunakan Forum
Tidak dapat dinafikan lagi yang forum juga mempunyai kuasa yang hebat untuk membantu anda membina autoriti di Internet. Dengan melibatkan diri di dalam perbincangan yang berkisar di dalam niche tertentu, anda akan lebih mudah dikenali, dipercayai dan diyakini oleh audiens dan prospek.
Pertama, tentukan niche anda. Kedua, cari forum-forum yang berkenaan dengan niche anda itu. Bagaimana?
Cara yang selalu saya gunakan ialah dengan mencari kata kunci: forum + niche, contohnya forum + real estate.
Layari forum tersebut, daftarkan nama anda, buat signature beserta gambar profil yang sesuai dan kemudian libatkan diri secara aktif di dalam perbincangan yang diadakan. Jangan lupa untuk mematuhi undang-undang yang dinyatakan kerana ia boleh memusnahkan autoriti anda dalam sekelip mata.
Satu tips untuk forum ini ialah sekiranya anda tak pasti tentang satu perkara, boleh buat carian di Google dan kemudian post ke perbincangan menggunakan ayat anda sendiri. Simple tapi efektif!
Bina Autoriti Anda Hari Ini
Saya sudah berkongsi kepentingan untuk anda membina autoriti di Internet dan bagaimana untuk melakukannya. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Selamat mencuba dan selamat maju jaya!
11 Comments
best gak info nih…
mesti š
nampaknya persediaan untuk membina autoriti memerlukan banyak lagi ilmu2 dalam bidang yang berkaitan (niche) itu.. dan sales senang dapat lah lepas nih.. huhu
betul, zik. kalau kita sendiri tak mahir atau tak familiat dengan sesuatu niche tu.. memang susah untuk kita terangkan pula pada prospek.
emm. banyak gak kerja nak bina autoriti ni rupanya..
memang banyak tapi berbaloi-baloi š
kena buat dgn betul pastu bru blh berjya kemudian hari..
betul tu, suri. pastikan pemilihan niche anda tepat dan bersesuaian dengan strategi pemasaran. barulah kena š
masih kurang mahir untuk membina sebuah autoriti…hehe…kena byk study lg…
kemahiran tu akan datang sedikit demi sedikit beserta pengalaman.. dan ya.. kita mesti terus belajar dan belajar! š
itulah, banyak yang perlu dipelajari dari masa ke semasa. terima kasih bro.