Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Alam Bisnes
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Alam Bisnes
    Kewangan

    Inisiatif Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat

    Nasrul HanisBy Nasrul HanisJuly 29, 2023No Comments2 Mins Read

    Inisiatif Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Julai yang lalu. Inisiatif ini bertujuan untuk mengangkat semula ekonomi Malaysia dan bagi membolehkan rakyat menikmati kehidupan lebih berkualiti.

    Kerangka ekonomi itu juga dikatakan oleh Perdana Menteri sebagai satu rencana menyeluruh bagi Malaysia menghadapi pelbagai cabaran dan isu berkaitan daya saing. Ia juga membolehkan Malaysia menjadi destinasi pelaburan serta menggariskan tindakan bagi menangani isu-isu semasa yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat.

    Tumpuan Ekonomi Madani terarah kepada 2 perkara, iaitu:

    1. Menstruktur semula ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia, dan
    2. Impaknya yang bakal memberi limpahan hasil kepada rakyat untuk menikmati kehidupan lebih berkualiti.

    Tumpuan ini akan menjadi induk kepada dasar-dasar lain yang akan diumumkan iaitu Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 & Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.

    Inisiatif Ekonomi Madani menetapkan tujuh penanda aras sebagai sasaran jangka sederhana yang mahu dicapai Malaysia dalam tempoh 10 tahun, iaitu:

    1. Malaysia berada di kedudukan antara 30 ekonomi terbesar di dunia
    2. Indeks Daya Saing Global di tangga ke-12 teratas dunia
    3. Peratusan pendapatan buruh mencapai 45% daripada jumlah keseluruhan pendapatan sasaran Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) adalah 40% menjelang 2025)
    4. Kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh mencapai 60%
    5. Indeks Pembangunan Manusia di tangga 25 teratas dunia.
    6. Indeks Persepsi Rasuah di tangga 25 teratas dunia
    7. Kemampanan fiskal dengan defisit fiskal mencapai 3% atau lebih rendah

    Semoga dengan tercetusnya Inisiatif Ekonomi Madani ini akan memberikan harapan kepada kita sebagai rakyat yang sentiasa ternanti-nantikan gerak usaha dari kerajaan untuk membawa ekonomi negara ke tahap yang lebih baik.

    Bahan rujukan lanjut mengenai Ekonomi Madani boleh dilayari melalui laman Ekonomi Madani di bawah laman web rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia.

    Rujukan

    1. Sinar Harian. Ekonomi Madani tetapkan tujuh penanda aras – PM
    2. Astro Awani. Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat angkat dua tumpuan utama
    3. Astro Awani. Ekonomi MADANI beri gambaran jelas aspirasi Malaysia – AMCHAM
    4. Berita RTM. Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat”, wadah mengangkat semula martabat negara
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Nasrul Hanis
    • Website

    Nasrul Hanis - Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.

    Related Posts

    Mengembangkan Perniagaan Melalui Geran Perniagaan Dari SME Corp Malaysia

    July 7, 2024

    Belanjawan Malaysia 2024: Intipati Masa Depan yang Penuh Harapan

    October 14, 2023

    Menyimpan Wang: Jalan Utama Mencapai Keselamatan Kewangan

    March 4, 2023
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini

    Wegic: Cara Mudah Usahawan Membina Website Profesional Dengan Kos Rendah

    November 16, 2025

    Cara Kira Break Even Point Untuk Bisnes Kecil-Kecilan

    November 2, 2025

    Jangan Paksa Kuda Mati Berlari: Pengajaran Penting Dead Horse Theory Untuk Bisnes

    October 10, 2025

    Bagaimana Cara Betulkan ‘There Has Been a Critical Error on This Website’ di WordPress?

    September 3, 2025

    Aidilfitri & Jaringan Perniagaan: Peluang Keemasan Yang Ramai Terlepas Pandang

    March 29, 2025
    © 2025 AlamBisnes.com

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.