Perdana Menteri & Menteri Kewangan Malaysia – Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia pada Jumaat 13 Oktober 2023, jam 4 petang yang lalu.
Belanjawan 2024 dijangka menjadi belanjawan komprehensif yang mengutamakan kepentingan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau kaum, yang akan menunjukkan dasar sistematik kerajaan. Untuk menjamin kualiti perkhidmatan kepada rakyat, Kerajaan Perpaduan akan terus komited untuk menguruskan perbelanjaan secara berhemah dan inovatif untuk mencapai matlamat ini.
Dalam pembentangan Belanjawan 2024, beberapa perkara penting telah diumumkan termasuk:
- Kenaikan Cukai Pekrhidmatan dari 6% kepada 8% kecuali telekomunikasi serta perkhidmatan makanan dan minuman yang dikekalkan pada kadar 6%.
- Mulai 1 Mac 2024, syarikat akan dikenakan cukai 10% daripada keuntungan bersih pelupusan saham tidak tersenarai.
- Rebat sehingga RM40 sebulan untuk isi rumah miskin tegar. Selain itu, 120,000 keluarga miskin tidak dikehendaki membayar deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri.
- Untuk menyasarkan semula subsidi dan menghalang penyeludupan, kenaikan harga diesel secara berperingkat akan dilaksanakan.
- Peningkatan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diperluaskan keada 700,000 penerima STR sebanyak RM100 sebulan selama 12 bulan
- Diskaun akan diberikan untuk pinjaman PTPTN pada kadar berikut dari 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024: 10% ke atas baki hutang sekiranya pinjaman diselesaikan sepenuhnya; 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam satu kali pembayaran; dan 15% untuk bayaran secara debit terus berjadual atau potongan gaji
- Sumbangan khas RM700 kepada guru KAFA, takmir, bilal, imam, siak, noja & marbut di peringkat komuniti
- Ahli akan mempunyai akses kepada akaun KWSP yang fleksibel.
- Program mySalam akan berterusan untuk dua tahun lagi, dan Skim Perubatan Madani akan dikembangkan ke seluruh negara.
- Hasil penjualan nombor plat khas akan digunakan untuk membantu orang kurang berkemampuan.
- Lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang berkemampuan akan menerima bantuan daripada kerajaan untuk membayar ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi.
- Menyediakan 100,000 topi keledar secara percuma kepada kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan.
- Hampir 60,000 pelajar kurang berkemampuan akan menerima subsidi untuk tiket penerbangan daripada FLYsiswa.
Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam
- RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah, termasuk kontrak yang dilantik pada akhir Februari 2024.
- RM1,000 untuk semua jawatan utama dalam sektor awam, termasuk polis, bomba, tentera angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.
- RM1,000 kepada semua pesara kerajaan, termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.
- Pembayaran akan dibuat menjelang akhir Februari 2024.
Semoga belanjawan 2024 yang bertemakan Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat ini akan membawa pelbagai manfaat kepada rakyat Malaysia dalam usaha untuk memperbaiki kewangan diri dan keluarga seterusnya mengukuhkan kedudukan ekonomi negara.