Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Alam Bisnes
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Alam Bisnes
    tips

    Bisnes: Demi Wang atau Minat

    Nasrul HanisBy Nasrul HanisFebruary 27, 2018No Comments2 Mins Read

    Hari ini ramai yang mula menceburkan diri dalam pelbagai bidang perniagaan. Ditambah pula dengan wujudnya teknologi atas talian terkini di mana pelbagai urusan bisnes boleh dilakukan dari mana-mana tempat yang memiliki capaian Internet. Tapi mungkin ada di antara kita yang berbisnes masih tercari-cari apa tujuan kita melakukannya. Adakah ia demi wang ataupun minat kita pada bidang perniagaan tersebut?

    Bisnes Demi Wang

    Benar wang adalah satu keperluan untuk meneruskan kehidupan. Wang juga adalah nadi kepada perniagaan. Oleh sebab itu memahami aliran wang tunai (cash flow) menjadi satu elemen yang penting dalam memastikan bisnes kita terus hidup. Wang ini menjadi kayu pengukur kepada tahap dan nilai sesuatu bisnes. Ada yang menceburi perniagaan demi kekayaan di mana ia boleh dicapai lebih cepat dan lebih banyak dari memperolehi gaji tetap. Ada yang menjalankan perniagaan untuk menambah pendapatan dan ada yang berbisnes kerana itu sahaja pilihan yang ada.

    Mungkin anda pernah melihat entiti bisnes yang sekadar menjadi platform wang. Apabila kerugian atau menghadapi masalah akan terus gulung tikar. Ada juga bisnes yang ditutup untuk membuka ruang kepada bisnes yang baru.

    Passion/Obsesi

    Bisnes ini perlukan passion. Saya tercari-cari juga apakah perkataan yang sesuai untuk mendefinisikan maksud perkataan “passion” dari bahasa Inggeris. Terjemahan terus memberi perkataan “semangat” dan ada juga definisi yang menyebut “keghairahan” dan “obsesi”. Makna di sini ialah kita menjalankan satu bisnes yang benar-benar kita minat secara mendalam. Sesuatu yang kita sanggup lakukan setiap hari di dalam hidup kita. Sesuatu yang kita sanggup lakukan dalam keadaan senang mahupun susah.

    Passion ini penting untuk anda berbisnes kerana:

    • Ia memastikan anda terus bergerak walaupun ketika saat-saat sukar;
    • Ia membantu anda menghadapai kegagalan;
    • Ia memberi tenaga kepada anda ketika dirundung kekecewaan; dan
    • Ia membantu anda membina pasukan bisnes yang hebat.

    Wang atau Minat?

    Kedua-duanya. Kita perlukan wang untuk hidup dan menikmati kehidupan. Dan ianya boleh dicapai melalui bisnes. Wang juga menjadi nadi dan kayu ukur kepada perjalanan bisnes itu sendiri.

    Untuk menjayakan bisnes itu kita perlukan minat yang mendalam terhadap apa yang kita lakukan itu. Justeru kita akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh tanpa putus asa walaupun apa yang diperkatakan orang kepada kita.

    Pada saya perlu ada kedua-dua elemen ini untuk kita memastikan bisnes kita stabil, terus hidup dan berjalan sehingga boleh diwarisi oleh generasi seterusnya.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Nasrul Hanis
    • Website

    Nasrul Hanis - Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.

    Related Posts

    Kurang Modal Berniaga? Ceburi Bisnes Dengan Modal Rendah

    December 17, 2018

    Istiqamah Dalam Bisnes

    July 14, 2013

    Bisnes Mesti Bersandarkan Kepada Realiti

    December 5, 2011
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini

    Wegic: Cara Mudah Usahawan Membina Website Profesional Dengan Kos Rendah

    November 16, 2025

    Cara Kira Break Even Point Untuk Bisnes Kecil-Kecilan

    November 2, 2025

    Jangan Paksa Kuda Mati Berlari: Pengajaran Penting Dead Horse Theory Untuk Bisnes

    October 10, 2025

    Bagaimana Cara Betulkan ‘There Has Been a Critical Error on This Website’ di WordPress?

    September 3, 2025

    Aidilfitri & Jaringan Perniagaan: Peluang Keemasan Yang Ramai Terlepas Pandang

    March 29, 2025
    © 2025 AlamBisnes.com

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.