Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman2 blogger dan pembaca sekalian.
Sempena sambutan Aidiladha kali ini, saya ingin menyentuh sedikit mengenai konsep pengorbanan. Mendalam sikit. Pengorbanan dalam blogging.
Mungkin apabila kita mengatakan tentang korban kita akan terbayang lembu, kambing atau ayam yang disembelih dan diagihkan. Tidak, ia lebih dari itu. Dan pengorbanan itu sendiri amat besar maknanya untuk ditafsir dan difahami.
Saya memetik kata-kata Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai konsep pengorbanan dalam satu artikel:
“Kita harus melihat pengorbanan dari skop yang kecil seperti mengorbankan haiwan kepada skop yang lebih luas dalam setiap saat dalam kehidupan kita. Misalnya, kita harus berkorban dengan menyumbang lebih banyak tenaga kita, daya fikiran, dan masa bagi transformasi negara dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, pendidikan, sosial dan politik.”
Jadi seharusnya kita melihat pengorbanan dari segenap aspek agar ia dapat difahami dan dilaksanakan dalam kehidupan seharian kita.
Kita mesti menerima hakikat yang blogging mahupun bisnes online bukan sesuatu yang mudah dan kejayaan itu adalah sesuatu yang sukar untuk dicapai. Bukan senang nak senang, betul tak? Dan kerana itu kita memerlukan pengorbanan. Kita pasti selalu membaca betapa tingginya pengorbanan yang dilakukan oleh mereka yang berjaya hari ini untuk berjaya dalam kehidupan mereka.
Untuk berjaya dalam blogging kita perlu mengorbankan masa dan tenaga kita untuk belajar dan memahami teknik-teknik untuk menghasilkan blog, artikel dan hasil kerja yang bermutu. Bukan senang tu. Bukan setakat faham bagaimana untuk menghasilkan artikel yang mampu menarik traffik malah pengetahuan teknikal seperti SEO, coding, CSS, PHP dan sebagainya perlu juga difahami untuk mencapai prestasi dan hasil seoptimum mungkin.
Kesimpulannya konsep pengorbanan ini perlu dilihat dari pelbagai sudut termasuklah blogging. Dan ia sesuatu yang perlu difahami untuk kita aplikasikan dalam apa jua perkara yang kita lakukan.
Selamat Hari Raya Aidiladha 2010 buat sahabat-sahabat Muslim di seluruh dunia!
5 Comments
hehe, bagi aku pengorbanan masa laa yang paling diperlukan untuk jadik blogger yang mantap nie. blogwalking pun dah berjam2..
setuju.. tapi itulah pengorbanan dan usaha yang perlu dilakukan untuk berjaya.. bukan senang nak senang 😉
berkorban apa saja demi mencapai cita2 aku. haha
yeah! itu semangat yang kita mahu 😀
selalu bersemngat..tapi bertangguh, tak buat..adus!
kesimpulannya..bertangguh usaha, bertangguh kejayaan.