Expand

Blogging Tetap Diteruskan!

Blogging Tetap Diteruskan! post image

Satu fakta yang tak dapat untuk saya nafikan: Kesibukan dan KEMALASAN merupakan penghalang utama untuk update blog!

Alhamdulillah setakat ini banyak perkara penting yang dapat diselesaikan. Syukur kepada Allah selesai subjek-subjek universiti. Yang tinggal kini (berusaha keras untuk disiapkan!) hanyalah Project Paper untuk diselesaikan.. InsyaAllah doakan dimudahkan usaha saya ini. Amin.

Setelah beberapa minggu dalam kesibukan:

..akhirnya dapat juga saya mengimbangkan masa untuk blogging. Masakan saya boleh meninggalkan dunia blogging yang banyak membantu saya ini!

Oleh kerana nature blogging ini ada yang berbentuk passive income, legalah sedikit sebab ada juga income yang masuk harian dan bulanan. Alhamdulillah!

Fokus saya sekarang adalah untuk memantapkan kembali blog-blog yang selama ini ditinggalkan termasuklah blog PakarBisnes ini. InsyaAllah akan kembali dengan perkongsian idea dan tips-tips bisnes yang lebih luas dan bukan setakat mengenai blogging sahaja. Saya berharap apa yang dikongsikan bermanfaat buat rakan-rakan semua.

Namun apa yang menariknya – kebanyakan blog-blog saya kini tak perlu pun saya update sendiri sebab tiap-tiap hari akan diupdate dengan PERCUMA! Dan blog-blog ini bukanlah auto blog. Dengan adanya kelebihan ini, sehari saya boleh update dalam 20 blog dengan senang hati dan gembira. InsyaAllah akan saya kongsikan dengan anda pada masa akan datang.

Kini saya dalam proses eksperimen teknik-teknik affiliate dan content writing yang sudah tentunya perlukan ilmu yang lebih advanced seiring dengan demand terkini. Alhamdulillah usaha selama 2 hari sebelum ini ternyata membuahkan hasil. 3 biji (er.. biji ke?) buku dari Amazon telah berjaya dijual!

Sekarang juga adalah proses mengorek dan menelaah kembali tutorial-tutorial lama yang pernah dibeli atau dimuat turun sebelum ini. Terasa rugi sebenarnya bila beli beratus-ratus panduan tapi takde satu pun yang diamalkan. Ini adalah satu masalah serius yang menimpa saya (dan mungkin juga anda) – banyak baca panduan buat duit online tapi yang buatnya sikit!

Akhir kata – blogging tetap diteruskan!

* Kredit gambar kepada Fine Art America.

Nasrul Hanis – Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.
6 comments… add one
  • farahaznil July 12, 2012, 1:09 am

    lama sangat cuti ni..haha..wah jual buku di amazon..hebat..ajar la sikit mcm mana..hi hi

    Reply
    • Nasrul Hanis July 12, 2012, 1:32 am

      Hahaha.. apa boleh buat.. desakan hidup memaksa kerja lebih kuat.. hehe.. konsep amazon tu mudah untuk difahami.. InsyaAllah akan dikongsikan dalam artikel mendatang 🙂

      Reply
  • lepakk.com October 1, 2012, 6:22 pm

    Gud luck

    Reply
  • Mohd Isa November 22, 2012, 8:35 pm

    samalah kita bro, tp yg best nya. aku bz tang mana pun xtau…haha

    Reply
  • masmun March 14, 2013, 2:44 am

    samalah kita harus tetap blogging dan tetap semangat

    Reply
  • pulau tidung March 14, 2013, 2:45 am

    Semakin jayalah blog kita

    Reply

Leave a Comment