Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Alam Bisnes
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Alam Bisnes
    Produk

    Tingkatkan Prestasi Blog Anda Dengan Thesis

    Nasrul HanisBy Nasrul HanisAugust 29, 201043 Comments2 Mins Read

    Alhamdulillah.. selesai juga saya modify blog PakarBisnes ni. Walaupun tidaklah gempak rekabentuknya, namun saya berpuas hati kerana blog dapat direkabentuk seperti yang saya mahukan.

    Bagaimana?

    Ya, dengan menggunakan Thesis!

    Thesis ini saya klasifikasikan sebagai sejenis framework untuk blog WordPress anda. Namun cara ia berfungsi serupa saja dengan themes. Saya telah membeli akaun Developer untuk Thesis beberapa bulan yang lalu dengan harga lebih kurang RM500. Masuk sahaja gaji sebagai guru ganti, terus saya buat pembelian. Ini adalah kerana mendapatkan Thesis menjadi matlmat saya sejak sekian lama dan saya mendapatkan akaun Developer kerana saya ingin menggunakan Thesis untuk kesemua blog saya.

    Dan Thesis adalah pelaburan yang sangat-sangat berbaloi!

    Kini hampir kesemua blog saya dibina dan dimodifikasi menggunakan Thesis dan saya berpuas hati dengan hasilnya. Alhamdulillah ia dapat meningkatkan prestasi blog saya.

    Mengapa saya begitu menggemari Thesis ini?

    Mudah & Pantas


    Ini merupakan kelebihan Thesis yang benar-benar menarik minat saya untuk menggunakannya. Dengan antaramuka yang fleksibel dan mudah pengguna, anda boleh menentukan bilangan, lokasi dan saiz kolum dan pelbagai elemen lagi untuk merekabentuk blog anda. Anda yang akan mencorakkan bagaimana rekabentuk blog anda. Walaupun anda juga memerlukan asas pengetahuan HTML dan PHP untuk tujuan ini, namun bagi saya ia lebih mudah dari tweak tema-tema WordPress yang biasa. Mungkin ada satu dua antaramuka yang boleh anda setting, tetapi dengan Thesis, anda boleh setting setiap inci rekabentuk blog anda!

    Membantu Dalam SEO


    Tentang SEO saya tidak dapat terangkan dengan terperinci kerana saya sendiri tidak mahir tentang SEO ini (saya lebih gemar menitikberatkan rekabentuk, penulisan dan networking) namun apa yang dapat saya lihat ialah peningkatan carian dan lawatan ke blog saya sejak beralih menggunakan Thesis. Dan antaramuka Thesis juga menyediakan ruangan untuk optimize SEO di mana anda tak perlu tweak lagi untuk memantapkan SEO blog anda.

    Memang mudah dan berbaloi. Jika anda inginkan pembaharuan dan inginkan fleksibiliti dalam merekabentuk blog anda, Thesis adalah jawapannya. Namun lain orang lain pendapat. Kadangkala tweak tema yang sedia ada juga memberikan kepuasan tersendiri.

    InsyaAllah selepas ini saya akan berkongsi juga bagaimana untuk merekabentuk elemen tertentu menggunakan Thesis. Harapnya dapat membantu pengguna Thesis dan menarik minat anda yang belum menjadi pengguna untuk mendapatkannya.

    Selamat berblogging!

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Nasrul Hanis
    • Website

    Nasrul Hanis - Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.

    Related Posts

    Mengesan dan Membaiki Broken Link di Laman Web

    March 4, 2025

    Buat Duit Dari Blogging Melalui Pengiklanan

    August 26, 2024

    Bisnes: Demi Wang atau Minat

    February 27, 2018

    43 Comments

    1. Hadi Rofiee on August 29, 2010 6:06 pm

      Salam perkenalan.

      Aduh..dah lama dah menjeling2 thesis ni, memang terliur jgk.. i’Allah, mesti dapatkannya.

      Hmm..tanya sikit boleh.. :mrgreen: Bayaran lebih kurang RM500 tu utk sekali & seumur hidup ka?? 😐

      p.s: maaf b’tanya.

      Reply
      • Nasrul Hanis on August 29, 2010 6:14 pm

        Ya.. memang puas hati guna Thesis sebab boleh rekabentuk setiap elemen macam yang kita nak. Dan tak perlu download/beli theme yang lain lagi lepas guna Thesis!

        Yup. Pembelian sekali je seumur hidup dan kita akan dimaklumkan bila ada versi baru. Tiada recurring payment.

        Harga untuk Personal Option $87 dan Developer Option $164 (harga dalam USD). Mahal sikit tapi bagi saya memang berbaloi!

        Reply
    2. Hadi Rofiee on August 29, 2010 6:33 pm

      Menarik tu. B’baloi2.. Hmm apa ea beza Personal Option & Developer Option?? 😐

      maaf kerana saya b’tanya lg. 🙂

      Reply
      • Nasrul Hanis on August 30, 2010 4:19 am

        Basically Personal Option boleh guna untuk satu blog sahaja manakala Developer Option untuk banyak blog. Itu dia punya syarat penggunaan oleh developer Thesis. Yang lain macam support forum dan peluang untuk mencuba versi BETA mana-mana versi Thesis baru, itu lebih kurang macam fungsi tambahan.

        Malu bertanya sesat jalan. Lebih baik bertanya 😉

        Reply
        • Hadi Rofiee on August 30, 2010 1:27 pm

          T/kasih. 🙂

          Reply
          • Nasrul Hanis on August 31, 2010 11:51 pm

            Sama-sama 😉

    3. Azizwan on August 29, 2010 9:21 pm

      teringin plak aku nak guna thesis 🙂

      Reply
      • Nasrul Hanis on August 30, 2010 4:20 am

        Niat tu dah ada. Jangan tunggu lama-lama 😉

        Reply
    4. mohdisa on August 30, 2010 5:27 am

      sejak aku menggunakan thesis, memang agak sukar memandang theme lain. memang berbaloi-baloi 🙂

      Reply
      • Nasrul Hanis on September 1, 2010 12:00 am

        Yup. Sebab thesis ni leibh kurang macam framework, so dengan thesis ni kita boleh buat banyak theme lagi.. memang berbaloi2 🙂

        Reply
        • mohdisa on September 1, 2010 6:25 am

          tahu takpa, macam2 boleh buat dengan thesis ni. bro pakai font apa yerk?

          Reply
          • Nasrul Hanis on September 2, 2010 12:04 pm

            yup. untuk Headline guna Tahoma. untuk content Verdana.

        • HIDUP SEORANG BLOGGER on September 2, 2010 8:31 pm

          oic, aku minat guna calibri. tapi dalam thesis punya, macam lain jerk. dia jadi fix plak. tu yang pakai corbel tu. rasa nak tukar pakai macam bro la. hehe

          Reply
    5. boss on August 30, 2010 7:56 am

      tahniah sudah selangkah maju.. 🙂

      Reply
      • Nasrul Hanis on September 1, 2010 12:52 am

        terima kasih boss. kena improve dari hari ke hari, betul tak? 😉

        Reply
      • Sujaihah on June 15, 2012 9:57 am

        Oho, saya punya niche blog kebanyakannya juga gunakan thesis theme, MEMANG sangat memudahkan! Terutama bahagian site option dan design options! 😀

        Reply
    6. GM on August 30, 2010 8:47 pm

      Nak tanya skit, thesis dgn artisteer lebih kurang sama ke. 😀

      Reply
      • Nasrul Hanis on September 1, 2010 12:59 am

        Baru je tengok artisteer tu.. menarik juga sebab saya memang suka tweak2 dan main code ni.. cuma sekarang nak fokus kat thesis dulu.. sebab dah melabur dan banyak lagi yang belum dipelajari..

        Terima kasih untuk perkenalkan artisteer tersebut 😀

        Reply
    7. zoul on August 31, 2010 1:48 am

      Salam..

      Tak dinafikan Thesis theme memang bagus terutamanya dari segi SEO set yang tertanam pada coding. Tetapi kini semua saingannya (Framework) seperti headway, Genesis, Frugal, Vigilance Pro juga telah meng upgrade theme mereka. Bahkan semua WooTheme juga sekarang telah tertanam dengan kod yg sama.

      Diantara theme yg sgt baik dr segi SEO dan percuma seperti Hybrid, Thematic, Atahualpa dan yg sedang meningkat.. Swift theme juga tidak ketinggalan.

      Aku ada menggunakan kesemua theme tersebut dan Headway merupakan theme yang paling mudah (tweak) tanpa menyentuh kod berbanding Thesis.

      Namun untuk blog aku yg satu ni.. aku masih menggunakan Thesis dan baru upgrade ke 1.8.

      Bro.. bila nak upgrade ke 1.8?

      Reply
      • HIDUP SEORANG BLOGGER on August 31, 2010 9:30 pm

        menarik ni, bro boleh tak senaraikan balik theme2 yg disenaraikan dan kongsikan di blog bro. sertakan link2 yg berkaitan. 🙂

        Reply
        • Nasrul Hanis on September 1, 2010 3:33 am

          menarik idea tu. perkongsian untuk dimanfaatkan bersama 😀

          Reply
          • mohdisa on September 1, 2010 6:21 am

            tahu takpa, menarik juga kalau dikongsikan bersam2. 🙂

        • zoul on September 3, 2010 3:37 am

          Hi hi.. ok bro..
          aku dah list kan kat blog..

          Reply
          • HIDUP SEORANG BLOGGER on September 3, 2010 10:46 am

            dah listkan yerk, ok2. nnt aku tgk yerk. thanks bro.

      • Nasrul Hanis on September 1, 2010 3:25 am

        Salam zoul..

        Yup. Memang tak dinafikan yang ada banyak theme yang bagus dan user-friendly. Dan sudah tentu para designer theme tersebut berlumba-lumba untuk memantapkan lagi theme mereka sebab kini memang terdapat persaingan dalam theme untuk CMS seperti wordpress, joomla dan sebagainya.

        Namun lain orang lain minatnya. Mungkin mereka yang memilih Headway atau Frugal ada minat mereka yang tersendiri tentang theme tu. Bagi saya, Thesis menarik minat saya bukan sahaja kerana ia fleksibel, malah ia menjadi pendorong kepada saya untuk mendalami lagi PHP, HTML dan juga CSS.

        Niat memang nak upgrade ke Thesis 1.8 tapi saya memilih untuk upgrade blog2 yang lain dulu. Bila da selesai, cari masa yang sesuai dan saya akan upgrade blog PakarBisnes ini pula.

        Terima kasih zoul atas perkongsian! 😀

        Reply
        • zoul on September 3, 2010 3:43 am

          Salam..

          Hrmmm… sebenarnya kalau gunakan thesis tak banyak yg boleh dipelajari kerana dia menggunakan hook (dan ada open hook widget utk thesis).
          Tetapi kalau gunakan Hybrid atau Thematic.. rasanya lebih banyak yg boleh dipelajari melalui child theme nya.

          Anyway.. betullah lain org lain minatnya. Mungkin saya dah lama sgt guna thesis jd dh kurang thrill kot.. Tetapi seronok juga kalau berkongsi ilmu begini.

          Thanks..

          Reply
          • Nasrul Hanis on September 6, 2010 4:02 am

            yup, memang betul dan saya juga gunakan Thesis OpenHook.. mudah.

            mungkin bagi sesetengah orang dapat kepuasan dari tweak habis-habisan tetapi bagi saya modify blog menggunakan Thesis sudah cukup untuk memberi keseronokan kerana saya sukakan design yang ringkas dan kemas..

            ya.. perkongsian yang bermanfaat tidak harus disia-siakan.. welcome bro! 😀

    8. zik on August 31, 2010 4:46 am

      aku ingatkan buat thesis phd tuh…hehe.. rupanya pasal theme… 🙂

      Reply
      • Nasrul Hanis on September 1, 2010 3:26 am

        hehe.. lain tu..

        sebenarnya mula-mula dulu konfius juga apakah sebenarnya “Thesis” ini.. hehe.

        Reply
    9. HIDUP SEORANG BLOGGER on August 31, 2010 9:27 pm

      salam bro, sekadar ingin bertanya. taknak ke kongsi thesis ni bersama rakan-rakan blogger yang lain. tapi kenakanlah bayaran. 🙂 kalau boleh nak gak merasa cam bro. hehe

      Reply
      • Nasrul Hanis on September 1, 2010 3:31 am

        kalau ikut keuntungan memang boleh nak berkongsi dan kenakan bayaran.. dan saya juga banyak ditawarkan untuk download Thesis dengan bayaran yang rendah ketika survey2 dulu..

        tapi saya yakin developer theme ni sudah tentu nak menjaga produknya dan ada certain script yang tertanam di dalam struktur theme.. dan kemungkinan dia boleh claim legally atau downkan site.. itu yang saya cadangkan dapatkan Thesis ikut prosedur yang betul.. jangan risau sebab harga memang berbaloi dengan produknya 😉

        Reply
        • mohdisa on September 1, 2010 6:23 am

          memang ada bincang dengan rakan2 lain untuk dapatkan developer punya. tgh kumpul org, agar dapat beli dengan harga yg lebih murah dengan sharing. 🙂

          Reply
          • Nasrul Hanis on September 2, 2010 12:09 pm

            idea yang bagus.. cuma kalau guna developer license.. domain blog yang guna Thesis tu mesti didaftar atas nama pemilik license tu..

        • HIDUP SEORANG BLOGGER on September 2, 2010 8:35 pm

          itu tak jadi masalah, rasanya untuk pemilik lesen akan dikongsikan akaunnya. agar dapat akses sama-sama. yelah, banyak masalah thesis kena rujuk di dalam forum.

          Reply
        • zoul on September 3, 2010 3:50 am

          Yup… memang itu yang sepatutnya tapi mungkin harganya agak mahal.. tetapi memang bebaloi. Cuma baru2 ni ada persengketaan antara Thesis dan WordPress tentang GPL dan nampaknya belum berkesudahan lagi.

          Tentang kod yg tertanam tu hanya di footer (linkback) sahaja dan boleh di nulled (bukan mengajar yek) hi hi.

          Reply
          • Nasrul Hanis on September 6, 2010 4:03 am

            Oh.. begitu.. huhu..

            yang penting.. bila membeli mengikut prosedur.. rasa selesa dan selamat sikit bila menggunakannya 😀

    10. hasbulaqil on September 6, 2010 12:34 am

      terbaik thesis, ada niche blog saya belum letak backlink secara guerilla. just buat rss, blog directory, dan ada kt first page google 😀

      recommend beli unlimited license terus 😉

      Reply
      • Nasrul Hanis on September 6, 2010 3:58 am

        sebab itulah saya selalu katakan yang Thesis memang terbaik dan pelaburannya berbaloi-baloi 😉

        uik? ada unlimited license ea? tak pernah tau pula. huhu.

        Reply
    11. hasbulaqil on September 6, 2010 4:00 am

      refer this :

      http://diythemes.com/plans/

      developer license. untuk kegunaan unlimited domain, recommend beli ini terus 😀

      Reply
      • Nasrul Hanis on September 6, 2010 4:06 am

        oh.. ya.. developer license for unlimited domains.. memang saya gunakan developer license ini sekarang.. dan saya gunakan thesis untuk semua blog niche saya.. setakat ni hasilnya memang memuaskan.. terbaik 😉

        recommended! 😀

        Reply
    12. Azza on October 18, 2012 3:08 pm

      hello… ni nasrul URP ka?

      Reply
      • Nasrul Hanis on February 6, 2013 4:13 pm

        hello.. yup.. benar sekali 😀

        Reply
    13. Pingback: Servis Premium Menjimatkan Masa & Tenaga

    Reply To hasbulaqil Cancel Reply

    Artikel Terkini

    Cabaran Ekonomi Hari Ini: Ayuh Bisnes Terus Bertahan dan Berkembang

    April 9, 2026

    Idea Affiliate Praktikal Sepanjang Bulan Ramadhan: Dari Konten Ringkas Hingga Jualan Berterusan

    February 20, 2026

    Wegic: Cara Mudah Usahawan Membina Website Profesional Dengan Kos Rendah

    November 16, 2025

    Cara Kira Break Even Point Untuk Bisnes Kecil-Kecilan

    November 2, 2025

    Jangan Paksa Kuda Mati Berlari: Pengajaran Penting Dead Horse Theory Untuk Bisnes

    October 10, 2025
    © 2026 AlamBisnes.com

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.