Setelah beberapa lama tidak berkesempatan update blog PakarBisnes ini – Alhamdulillah.. pada malam raya ini akhirnya saya berjaya mengambil sedikit masa untuk update sepatah dua kata. Hehe. Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H kepada pembaca-pembaca Muslim. Semoga amalan kita diterima hendaknya.
Seperti biasa, ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan dengan pembaca sekalian.
Kesibukan Seorang Blogger
Perkara yang pertama ialah mengenai bagaimana perancangan masa yang efektif itu tersangatlah penting. Bagi seorang blogger, mengemaskini atau update blog dengan kandungan (content) terkini adalah sangat penting untuk mengekalkan prestasi dan hal ini yang kadangkala memeningkan saya. Seperti yang sedia maklum, saya memilih untuk menggerakkan banyak blog di bawah pelbagai niche sebagai strategi blogging saya dan hal ini sudah tentulah memerlukan perancangan masa yang teliti. Namun kadangkala memang tak cukup tangan dengan jobs yang kadangkala bertalu-talu dan permintaan guest posting yang meningkat. Akibatnya ada beberapa blog yang terpaksa ditinggalkan sementara demi memberi fokus kepada blog yang lebih penting peranannya.
Mujurlah sumber pendapatan pasif seperti TNX tidak memerlukan fokus untuk menjalankannya dan memberi peluang kepada saya untuk fokus kepada beberapa hal lain seperti rebranding, renovation, exposure dan sebagainya.
Peluang Berniaga Terbuka Luas
Saya tertarik kepada usaha yang dilakukan seorang kawan sekelas saya bersama isteri dan beberapa rakannya menjalankan bisnes menjual Takoyaki di Bazar Ramadan. Takoyaki ini ialah makanan berupa bebola sotong dan sedap dinikmati kerana ia datang dengan sos salmon istimewa, bahan perasa ikan dan mayonis.
Lebih menarik, bisnes kawan saya ini dipaparkan di suratkhabar Kosmo! dan ini sudah tentunya satu exposure yang bernilai tinggi untuk bisnes beliau. Kalau tak salah saya bisnes MyTakoyaki tersebut akan dibuka untuk franchais pada bulan Oktober- mungkin anda salah seorang yang ingin mencuba dalam bisnes tersebut.
Terpulang kepada minta masing-masing. Yang penting dalam apa jua bidang bisnes yang kita ceburi, perlu ada minat yang mendalam dan usaha yang gigih untuk memastikan bisnes kita itu berjaya.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin 1432H kepada semua pembaca Muslim. Harap dimaafkan segala salah dan silap dan semoga amalan kita diterima Allah Taala.
Taqabballahu Minna Wa Minkum!
3 Comments
hehe, betul2.. memang rezeki kat dunia bisnes nie luas, tunggu masa jer giliran aku plak dok kat receiving end.. huhu papepun slamat hari raya maaf zahir batin.
hoho..tnx masuk masyuk ker? aku punya jatuh teruk dah sekarang. haha..kira bersyukur dah kalau sebulan dapat dalam 30usd…
apapun, selamat hari raya.. š
Pingback: Bisnes Mesti Bersandarkan Kepada Realiti - PakarBisnes