Blogging merupakan sesuatu yang mencerminkan penulis blog itu sendiri, apa yang disukainya, apa yang diperjuangkan dan pendiriannya.
Hal ini merupakan asas yang penting terutamanya jika seorang blogger ingin mempromosikan sesuatu produk atau affiliate.
Tidak kira apa jua bahasa pengantara yang digunakan oleh blog tersebut, pendekatan dan pembawaan dalam menyampaikan maksud yang ingin disampaikan oleh penulis kepada pembaca merupakan satu elemen yang amat penting untuk menentukan kejayaan promosi mahupun blog itu sendiri.
Kadangkala kita akan menjumpai promosi yang terlalu skema sehinggakan rasa penat untuk membaca walau seperenggan. Ini akan mengakibatkan anda kehilangan prospek.
Promosi tidak semestinya menggunakan ayat-ayat promosi yang megancam mahupun gempak. Lebih baik sekiranya anda tidak menonjolkan ayat-ayat promsi tersebut. Ceritakan mengenai produk tersebut secara bersahaja dan selitkan bersama pengalaman peribadi mahupun kisah-kisah menarik berkenaan dengan produk tersebut.
Begitu juga halnya dengan penggunaan autoresponder. Elakkan mesej yang terlalu sarat dengan link dan ayat-ayat promosi. Cukuplah yang simple sahaja. Memang benar lebih banyak link bermaksud lebih banyak potensi untuk diklik, tetapi hal ini akan menyebabkan sesetengah subscriber berasa terganggu dan akhirnya unsubscribe dari mailing list anda. Rugi kan?
Autoresponder yang hebat seperti EasyAutoRes memang banyak membantu tetapi ianya akan menjadi sia-sia sekiranya anda tidak menggunakannya secara efektif.
Pastikan promosi anda bersahaja. Dan akan akan lihat hasilnya! =)
KEMASKINI!
Produk ini adalah produk lama dan saya sudah tidak menjualnya lagi. Link ke laman jualan telah pun saya nyahaktifkan.
Saya menerima bayaran dari Najah Mamashop Rohana sebanyak RM25 & Mohd Ibrahim RM25 PADA 15 April 2014 untuk pembelian produk ini.
Buat kedua-dua individu, sila hubungi saya melalui ruangan Hubungi Saya dengan segera dan berikan maklumat akaun bank anda dan bukti pembayaran tersebut – untuk saya pulangkan wang tersebut kepada anda. Saya memohon maaf atas kelewatan notis ini.