Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Alam Bisnes
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Alam Bisnes
    Blog

    Tarik Trafik: Tulis Apa Yang Orang Nak Baca

    Nasrul HanisBy Nasrul HanisDecember 23, 20092 Comments2 Mins Read

    Kadang2 kita tak tahu apa nak tulis dalam blog lalu kita update dengan artikel2 yang kita rasakan sedap untuk dibaca. Tetapi kadangkala yang sedap membaca itu adalah kita sendiri, bukannya para pengunjung yang kita sasarkan untuk melawat blog kita. Lalu termenunglah kita memikirkan – mengapa tak ada orang nak baca blog aku ini?

    Salah satu sebabnya ialah – kita tak tulis apa yang orang nak baca!

    Dalam zaman sekarang ini, rata2 dari kita gemar membaca di Internet. Mengapa? Mudah dan cepat! Cari apa yang hendak kita tahu dan kita boleh membaca apa yang kita cari itu dengan hanya beberapa klik sahaja. Sebab itulah jika anda mahukan trafik, anda mestilah menulis apa yang mereka di Internet mahu baca.

    Beginilah. Dipendekkan cerita, saya bagi satu tips untuk anda tahu apa yang orang mahu tahu dan baca.

    1. Buka Yahoo! Answers. Di sana anda akan jumpa 1001 soalan dari seluruh dunia. Dan sudah tentulah orang yang bertanya itu mahukan jawapan. Contohnya – “How can I get traffic to my site?“
    2. Klik pada ‘Advanced’. Masukkan keyword yang kena dengan niche blog anda dan pilih ‘Open Questions’ di mana ‘Open Questions’ ini adalah soalan2 yang masih belum ditutup persoalannya.
    3. Baca soalan tersebut.
    4. Buat carian untuk cari jawapan persoalan tersebut dan tulis satu artikel tentangnya. Saya galakkan anda jawab soalan English dan jawab dalam English untuk liputan yang lebih luas.
    5. Selepas publish di blog anda, jawab persoalan tersebut tapi seelok2nya jangan buat ayat yang sama macam dalam artikel yang anda tulis tadi. Jawab secara ringkas dan membantu.
    6. Masukkan URL ke artikel yang anda tulis tadi dalam ‘Source’
    7. ‘Submit Answer’ dan selesai!

    Mungkin anda akan terfikir yang hanya orang yang bertanya tersebut yang akan membaca jawapan anda. Tidak. Kerana ada mereka yang lain yang akan membaca jawapan anda melalui enjin2 carian dan akan sampai ke jawapan anda di Yahoo! Answers.

    Logik kan? Sekarang anda menulis apa yang orang mahu baca.

    Teknik ini adalah salah satu teknik hasil dari produk Google Traffic Pump System. Memang menarik panduan yang ditunjukkan untuk menarik trafik ke blog anda. Dan harganya akan meningkat setiap 25 pembelian. Kalau tak mahu terlepas panduan ni, dapatkan sekarang!

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Nasrul Hanis
    • Website

    Nasrul Hanis - Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.

    Related Posts

    Mengesan dan Membaiki Broken Link di Laman Web

    March 4, 2025

    Bisnes: Demi Wang atau Minat

    February 27, 2018

    Blogging Tetap Diteruskan!

    July 12, 2012

    2 Comments

    1. haida on April 15, 2015 12:18 am

      thanks 4 da informasi yg amat mmbantu sya..

      Reply
    2. Syed Azhar on January 12, 2016 12:23 pm

      salam tuan, nak bertanya..
      kalau kita sekadar tulis blog mengenai apa yang tersirat di fikiran sahaja boleh tak?

      maksudnya, sebelum ni saya banyak menulis di notepad, dan simpan je dalam pc..ringkas2 je

      so skrg saya rasa lebih baik saya menulis di dalam blog, dan jadi tatapan orang lain untuk tahu apa yang sedang saya fikirkan..kiranya blog saya ni macam jurnal pemikiran saya la gitu.. boleh ke?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini

    Wegic: Cara Mudah Usahawan Membina Website Profesional Dengan Kos Rendah

    November 16, 2025

    Cara Kira Break Even Point Untuk Bisnes Kecil-Kecilan

    November 2, 2025

    Jangan Paksa Kuda Mati Berlari: Pengajaran Penting Dead Horse Theory Untuk Bisnes

    October 10, 2025

    Bagaimana Cara Betulkan ‘There Has Been a Critical Error on This Website’ di WordPress?

    September 3, 2025

    Aidilfitri & Jaringan Perniagaan: Peluang Keemasan Yang Ramai Terlepas Pandang

    March 29, 2025
    © 2025 AlamBisnes.com

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.