Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Alam Bisnes
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Alam Bisnes
    kisah

    So.. so.. so.. sodahla!!!

    Nasrul HanisBy Nasrul HanisMay 14, 20091 Comment2 Mins Read

    cakaptelinga1

    Kredit kepada ToonPool.com untuk gambar yang sedikit aneh ini. Hehe.

    Sebenarnya entri ini merujuk kepada kisah yang diceritakan oleh ayah aku namun aku tertarik dengan pengajaran yang boleh kita perolehi dari kisah ini.

    Jom baca dan renungkan.

    Macam ni kisahnya. Aku tak dapat la nak cerita dengan terperinci. Kisah ni lebih kurang macam ni la.

    Bapak aku pergi ke bank nak masukkan sikit simpanan. Nak dijadikan cerita, keluar je dari bank tu, ada sorang jurujual (salesman) datang dan nak promosikan barang dia. Barang apa ntah, yang aku pasti ia bukan alatan dapur mahupun perabot.

    Tak nak kecikkan hati jurujual dan kebetulan ada sedikit masa, bapak aku luangkan masa sikit untuk dengar apa jurujual tu nak cakapkan. Lebih kurang camnilah:

    “Terima kasih ye encik sebab sudi luangkan masa. So saya akan cerita pasal produk saya ni. Barang ni bagus encik so encik jangan risau akan kualiti dia. Tambahan pulak, ia tahan lama dan harga berpatutan so encik pasti tak menyesal beli.”

    Bapak aku mengerut2 kening.

    “Encik nampak macam berminat (dah seronok la kot). So encik, macam ma..”

    “So.. so.. sodahla! Macam mana nak promosi ni. Asyik so.. so.. so. Nak promosi pun bagi kenalah caranya,”

    Sekian.

    Pengajaran
    Aku tak nak kata apa2 mengenai respon bapak aku terhadap jurujual tersebut, mungkin jurujual tu sudah dilatih sebegitu sejak di syarikat. “Ko kene speaking sikit, baru mantap!” Macam tu la agaknya. Tapi aku sekadar nak highlightkan apa moral tersirat di sebalik kisah ni.

    1. Nak buat promosi apa-apun kenalah betul caranya. Banyak program affiliate yang lumayan tapi sebab tak betul caranya, hasil lumayan tu sekadar mimpi sajalah.

    2. Cara untuk promosi termasuklah ayat-ayat untuk promosi mestilah diambil kira. Prospek akan tertarik kepada penerangan yang mudah difahami dan berkesan. Elakkan ayat tunggang langgang dan pelik2.

    3. Ambil peduli hati dan perasaan prospek. Contohnya korang nak hantar email promosi kepada prospek atau subscriber, keadaan bagaimanakah yang disukai oleh rata-rata prospek. Itu contoh jela.

    Mengenai pemilihan produk yang tepat pun salah satu benda yang penting juga, tapi aku rasa ia tak termasuklah dalam pengajaran dari kisah ni.

    Selamat beramal! :sengih:

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Nasrul Hanis
    • Website

    Nasrul Hanis - Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.

    Related Posts

    Bisnes: Demi Wang atau Minat

    February 27, 2018

    Istiqamah Dalam Bisnes

    July 14, 2013

    Melangkah ke Dunia Baru

    January 30, 2012

    1 Comment

    1. samanosuke_04 on May 15, 2009 2:24 am

      huhu, setuju ngan ko.. aku paling bengang ngan mamat2 yang hantar iklan kat subscriber diorang, cam spam.. huhu

      Entri terkini samanosuke_04 ialah Nudging Nizhny : Luxury.. (part 1)

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini

    Wegic: Cara Mudah Usahawan Membina Website Profesional Dengan Kos Rendah

    November 16, 2025

    Cara Kira Break Even Point Untuk Bisnes Kecil-Kecilan

    November 2, 2025

    Jangan Paksa Kuda Mati Berlari: Pengajaran Penting Dead Horse Theory Untuk Bisnes

    October 10, 2025

    Bagaimana Cara Betulkan ‘There Has Been a Critical Error on This Website’ di WordPress?

    September 3, 2025

    Aidilfitri & Jaringan Perniagaan: Peluang Keemasan Yang Ramai Terlepas Pandang

    March 29, 2025
    © 2025 AlamBisnes.com

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.