Hari ini 7 April 2009.
3 Pilihanraya kecil (PRK) akan diadakan pada hari ini. N25 Bukit Selambau,N29 Batang Ai P059 Bukit Gantang.
Demi menghilangkan sikit tekanan menjawab soalan exam siang tadi, aku melepak dengan akak google untuk tau sedikit sebanyak info terbaru tentang PRK esok hari. Tekananterasa kembali apabila melihat ‘maklumat2 terbaru’ dari blog2 milik orang kita kebanyakannyaberbaur cemuhan, herdik, makian dan berbaur perkauman.
Media online xperlu cerita la kan, memang la ayat2nya skema belaka.
Sedang asyik mencari info, aku tiba2 terfikir – boleh x keadaan politik semasa ini menguntungkan kita.
Aku rasa boleh. haha :sengih:
Masyarakat sekarang memang ingin tahu. Bukan setakat ingin tahu, nak dapat info dengansegera pula tu. Cara yang paling mudah dan menjimatkan tenaga ialah dengan melayari Internet untuk mencari2 maklumat tersebut. Satu lagi, Malaysia ni memang bermusim. Musim di mana isu2 tertentu menjadi berita hot. Berita hot? Ya, berita hot :berpeluh:
Oklah, pendekkan cerita. Bagaimana keadaan politik atau isu semasa boleh menguntungkan kita.Aku xkan bercakap tentang pendirian politik, atau politik wang. Tambahan pulak aku ni neutral (buat masa inilah).
Kalau kita biasa mencari maklumat2 sebegini, mesti kita akan terjumpa berbagai2 jenis blogyang kena dengan keyword yang kita guna, contohnya “pilihanraya kecil bukitgantang”. Maka kita akan jumpa dengan blog2 yang berkaitan. Masalahnya sekarang, kebanyakanblog yang aku jumpa setakat ni artikelnya berbaur emosi dan kebencian, jadi sila elakkan benda ini ye.
Ok, buka satu blog baru menggunakan Blogspot. Aku galakkan Blogspot sebab ianyafree dan mudah untuk diedit. Lagi satu, ia cepat diindex oleh Google. Untuk cara cepat diindeks oleh Google, sila baca di sini. Guna alamat blog yang ada niche, contoh –http://pilihanrayakecil.blogspot.com
Gunakan theme yang ringkas sudah memadai.
Kemudian cari maklumat tentang PRK tersebut. Jangan ambil fakta yang belum tentu benar.Ambil maklumat asas yang sahih, contohnya siapa yang bertanding dan bilangan pengundi.Jadikan entri pertama.
Langkah kali ini adalah langkah yang paling penting. Yela, dari sini le yang nak dapatuntungnye. Masukkan banner2 affiliate korang di sini. Belum ada apa2 affiliate? ok2. sebagai percubaan, daftar affiliate pakej video Puan Lisa di sini.
Pesanan : Jangan main letak je banner2 tersebut. Nanti buang karan saja.
Letakkan di tempat2 yang menarik perhatian contohnya di bawah carta pai yang menunjukkanpecahan pengundi atau selang di antara post. Fixedkan saiz banner2 tersebut.
Masukkan poll untuk tarik minat pelawat2. Contoh poll : “Bagi anda,siapa yang akan menang?” dan sebagainya. Letakkan banner affiliate selepas vote.
Selepas saja korang siap, mulakan langkah seterusnya dengan update blog tersebut dari masa ke semasa. Kononnya blog xrasmilah tentang maklumat terkini tentang PRK. Jangan tiru bulat2dari media online, kalau tiru baik baca di media tersebut terus. Ubah2 la sikit. Korangboleh guna tajuk2 yang menarik untuk mendapatkan trafik, contohnya – “Apa komen Calon Y?”. Yang penting, elakkan fitnah, hasutan atau ayat berbaur perkauman.
Update dan update sehinggalah demam PRK ni dah surut. Tapi lebih baik korang maintain je dari masa ke semasa, update dengan maklumat selepas PRK tersebut. Sambil2 tu adjust la banner2 affiliate tersebut. Ada banyak affiliate dalam dan luar negara yang free terutamanya pay per lead. Nantilah aku kongsikan.
Cara ni boleh digunakan untuk isu2 yang lain. Yang paling penting, be neutral. Kandungan pastikan berbaloi la untuk tatapan. Ada je yang tajuk gempak, isinya hampes.
Kalau xberminat kali ni, korang boleh cuba untuk masa depan. Belum cuba, belum tahu kan?
Sekali lagi, elakkan fitnah dan hasutan :sgtmarah:
Trimas sebab sudi membaca :senyum:
13 Comments
terima kasih sudi berkongsi ilmu dan salam kenal
Entri terkini nazz ialah Kecik-Kecik Tak Nak Mampus
sama2. itu sekadar idea aku je :senyum:
salam kenal :sengih:
aku dah malas nak blog pasal 2 bukit 1 batang ni. haha
Entri terkini KNizam ialah Jom Kita Serbu “Pesta Buku Antrabangsa KL 2009? @ 17-26 April 2009 @ PWTC
haha. susah betul nak cari maklumat yang betul tentang PRK nih. maklumat yang betul, siapa calon yang bertanding jela. hoho.
Aku tak boleh buat blog pasal politik..
Terikat dengan OSA..
eh. yeke. OSA? :pelik:
Dalam apa pun suasana pasti ada PELUANG…tengah dok pikir-pikir nak iklan blog aku kat blog politik yang tinggi trafiknya…chedet mahal sangat pulak RM2500 sebulan.
Entri terkini denaihati ialah BN -1 PAKATAN – 2
ya, betul tu :senyum:
memang mahal kalau nak iklan kat blog2 yang popular dan tinggi trafiknya. yela, dah popular. xkanla nak bagi ruang murah kan? :ketawa:
bagus gak tips ni!hehehe
Entri terkini zuhairy ialah AL-QURAN UNTUK MELAYU SAHAJA?
terima kasih. sekadar berkongsi pendapat :senyum:
Adakah pandangan anda terhadap politik semasa di Malaysia neutral?
Pingback: Bisnes di Bulan Barakah
Yang banyak memperjuangkan nasib rakyat
pasti akan menjadi pilihan rakyat