Expand

Blogging Untuk Income?

Blogging Untuk Income? post image

Sejauh mana blogging boleh jadi side income?

Itulah soalan yang dikemukakan oleh saudara Nizam Ghazi di ruangan komen artikel yang terdahulu. Pengalaman saya tidaklah begitu banyak namun saya akan cuba menjawab soalan tersebut di dalam artikel kali ini.

Saya mula berblogging menggunakan hosting dan domain premium pada 2008 melalui blog peribadi saya – AloneinHome yang pada mulanya hanya untuk suka-suka sahaja. Kemudian seronok bila dapat ramai kawan online dan ada yang komen-komen pada artikel saya. Setelah beberapa ketika saya mencuba-cuba pula untuk letak sedikit iklan dan tulis sponsored post. Barulah peluang untuk buat duit dari blogging itu terbuka kepada saya.

Namun menghasilkan income dari blogging bukan mudah. Kalau ada yang kata boleh buat duit hanya dalam beberapa hari atau jam memang saya percaya tapi tak bermakna ianya mudah. Ingin saya kongsikan di sini yang walaupun saya mula berblogging pada 2008, hasilnya barulah dapat saya rasakan pada akhir 2010 dan awal 2011 ini. Alhamdulillah.

Jadi sejauh mana blogging ini boleh menghasilkan income untuk anda?

Jawapan saya – anda yang menentukannya. Oleh kerana blogging kini adalah bisnes, anda boleh memilih samada untuk jadikan blogging sebagai sumber full income atau side income anda. Jangan hairan jika anda terjumpa blogger yang buat full time blogging kerana mereka memang wujud πŸ˜€

Kita ambil contoh kalau sehari seorang blogger boleh dapat purata 5USD dari satu blog sehari. Kemudian katakanlah beliau ada 6 blog dari niche yang berbeza yang setiap satunya menyumbang 5USD sehari. Dah dapat 30USD sehari. Dalam sebulan boleh dapat lebih kurang 900USD bersamaan (lebih kurang) RM2700 kalau 1USD = RM3. Okaylah tu sebulan dapat lebih kurang RM2700.

Tapi yang harus diingat yang seperti bisnes-bisnes yang lain, blogging pun ada turun naik dan market trend juga dan ini adalah beberapa perkara yang harus dilihat dalam blogging.

Dari segi income dari blogging, saya bahagikan kepada dua:

  • Income berkala (dapat setiap bulan/hari)
  • Income sekali masuk (buat kerja baru masuk)

Pasal income ni dan beberapa cara untuk buat duit dari blogging akan saya kongsikan dengan lebih mendalam dalam artikel-artikel akan datang.

Di sini saya kongsikan beberapa screenshot dari beberapa deal blogging yang terbaru. Alhamdulillah. Maaf ye ada part perlu dicensored atas dasar sekuriti πŸ˜€

Kembali kepada tujuan saya untuk menjawab soalan di atas – sejauh mana blogging boleh menjadi side income..?

Jawapan saya – Ya! Bukan saja untuk side income, malah full income pun anda boleh buat dari blogging! Cuma apa yang perlu anda lakukan ialah sabar dan rajin mendalami teknik2 blogging di samping tingkatkan hubungan (network) dengan blogger-blogger dan mereka yang lain di Internet.

Harapnya saya menjawab soalan tersebut! πŸ˜€

Nasrul Hanis – Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.
18 comments… add one
  • titan May 24, 2011, 7:19 am

    hehe..ramai dah berjaya dengan niche blog. Tahniah..bukan senang tu nak dapat banyak tu..tapi memang pukul rata..diorang suka bayar kita 100 dollar untuk satu artikel..bagi diorang, memang murah agaknya untuk jangka masa panjang..

    betul. kena sabar dan yakin. Disusuli dengan usaha yang berganda-ganda..barulah nampak hasil dari blog kita tu.

    Reply
    • Nasrul Hanis June 9, 2011, 3:00 am

      niche blog memang satu teknik yang berkesan untuk luaskan skop blogging dan tingkatkan pelunag untuk blogging jobs dan deals.

      tapi memang best dapat deal dengan company2 yg memang selalu pukul rata.. mudah pun mudah.. hehe

      sabar + yakin + usaha – memang satu kombinasi yang tersangatlah penting! πŸ˜€

      Reply
  • samanosuke_04 May 24, 2011, 8:22 pm

    bro.. bleh bg emel ko? nak chat arr.. nak tanye teknik2.. hehehe

    Reply
    • Nasrul Hanis June 9, 2011, 3:01 am

      hehe.. xde hal.. tapi teknik2 biasa dan umum.. tiada rahsia di situ.. InsyaAllah akan saya kongsikan antara teknik2 yang saya guna.. hrpnya dapat membantu πŸ™‚

      Reply
  • afzal May 25, 2011, 8:00 pm

    Ini memberikan semangat untuk terus berblog.

    Reply
    • Nasrul Hanis June 9, 2011, 3:02 am

      betul tu, afzal. income juga adalah satu elemen yang meningkatkan motivasi untuk terus berblogging!

      Reply
  • azizan4444 May 27, 2011, 9:48 am

    aku pon minat benda2 cmni..tp kena ada sifu la..bro, tunjuk ajar boleh?huhu

    Reply
    • Nasrul Hanis June 9, 2011, 3:04 am

      selalu2 la berkunjung ke blog ni.. InsyaAllah apa yang boleh dikongsi akan dikongsikan bersama πŸ™‚

      Reply
  • GM June 7, 2011, 1:36 pm

    Yap. Harus bersabar kalau blog yg kita bina tu tak jana hasil seperti duit. Mula dari bawah, InsyaAllah akan merasa jugak kalau kena dengan caranya πŸ˜€

    Reply
    • Nasrul Hanis June 9, 2011, 3:07 am

      betul!

      selalunya blog memang kena sabar skit sebelum nak jana income dari dia.. so memang kena konsisten update dan tingkatkan ranking dia.

      usaha + cara yang betul = hasil yang memuaskan πŸ™‚

      Reply
    • reezluv July 5, 2011, 3:30 pm

      yes.memang kena sabar..:D

      Reply
  • faisalmizi June 23, 2011, 3:35 pm

    blogging nie macam panjat gunung…mula2 mmg penat, tp bila dh sampai puncak insyaallah dpt hasilnya. πŸ™‚

    Reply
    • Nasrul Hanis June 29, 2011, 12:27 am

      setuju dengan kata-kata bro tu.. nak dapat hasil tu bukan dengan sekelip mata.. kena usaha habis-habisan.. ye tak? πŸ˜‰

      Reply
  • reezluv July 5, 2011, 3:29 pm

    niche dan PR berapa tu bro USD100? πŸ˜€

    Reply
    • Nasrul Hanis July 12, 2012, 12:04 am

      Niche auto dengan PR1 pun InsyaAllah boleh dapat camni πŸ™‚

      Reply

Leave a Comment