Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga peluang keemasan untuk anda menjana pendapatan. Dengan perubahan gaya hidup sepanjang bulan ini, ramai yang mencari produk dan perkhidmatan tertentu, menjadikan ia masa terbaik untuk mulakan bisnes online. Jom saya kongsikan beberapa idea bisnes yang boleh anda cuba sepanjang Ramadan.
1. Jual Design Canva
Jual design Canva boleh menjadi idea bisnes yang menguntungkan sepanjang Ramadan, terutama bagi usahawan yang ingin menonjol dalam pemasaran. Anda boleh menawarkan pelbagai reka bentuk seperti poster promosi, menu berbuka puasa, template media sosial, kad ucapan Ramadan, atau bahan pemasaran lain yang sesuai untuk perniagaan makanan, pakaian, dan produk Islam.
Dengan platform seperti Shopee, Etsy, atau media sosial, anda boleh menjual template yang boleh diedit sendiri oleh pelanggan, menjadikannya lebih praktikal dan mudah digunakan.
2. Jual Makanan & Minuman Berbuka
Tak semua orang ada masa nak masak, jadi jual makanan berbuka boleh jadi bisnes yang laku keras. Anda boleh jual kuih-muih, lauk-pauk, atau minuman seperti air buah dan cendol. Gunakan platform seperti WhatsApp, Facebook, dan Instagram untuk promosikan menu harian.
3. Kurma & Produk Sunnah
Kurma antara makanan paling dicari sepanjang Ramadan. Anda boleh jual kurma premium, set hamper Ramadan, atau produk sunnah lain seperti madu dan habbatus sauda. Tambahkan nilai dengan pakej hadiah untuk pelanggan yang nak beri kepada orang tersayang.
4. Pakaian Raya & Telekung
Walaupun Ramadan baru bermula, orang dah mula mencari pakaian untuk Hari Raya. Anda boleh jual baju kurung, jubah, telekung eksklusif, atau kain pasang. Gunakan Shopee, TikTok Shop atau Facebook Marketplace untuk tarik lebih ramai pelanggan.
5. Bisnes Kuih Raya Pre-Order
Ramai yang nak kuih raya homemade tapi tak sempat buat sendiri. Ini peluang anda untuk ambil tempahan awal! Pastikan anda promosikan lebih awal supaya pelanggan boleh buat pesanan sebelum tarikh tutup.
6. E-Book & Kelas Online
Ramadan juga masa terbaik untuk menambah ilmu. Jika anda ada kepakaran dalam sesuatu bidang, cuba jual e-book atau buat kelas online seperti kelas memasak, kelas mengaji, atau bengkel perancangan kewangan.
7. Produk Kesihatan & Supplement
Ramai yang nak kekal bertenaga sepanjang puasa. Anda boleh jual produk seperti suplemen tenaga, teh detoks, atau vitamin yang sesuai diambil ketika berpuasa.
Nak Belajar Urus Kewangan dengan Bijak?
Ramadan bukan sahaja masa untuk tambah rezeki, tetapi juga masa untuk lebih bijak menguruskan kewangan! Jika anda nak belajar cara merancang kewangan dengan lebih baik, saya sangat sarankan anda sertai Akademi Bijak Merancang Wang. Sepanjang Ramadan ini, ada promosi khas yang anda boleh dapatkan di sini:
Jadi, mana satu idea bisnes yang anda nak cuba tahun ini? Apa pun pilihan anda, yang penting mulakan sekarang supaya sempat buat keuntungan sepanjang Ramadan.
Selamat berniaga & semoga berjaya!