Author: Nasrul Hanis

Nasrul Hanis - Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.

Tugas saya sebagai seorang guru sementara di SK Penghulu Abu Bakar telahpun tamat pada hari Selasa (24/5/2010) yang lalu. Guru yang saya ganti itu telahpun pulang dari cuti bersalin. Menurut rekod, saya telah bertugas selama 36 hari. Wah, lama juga tu. Walaupun hanya guru sementara, saya mendapat begitu banyak pengalaman kerana kebetulan saya datang pada awal tahun di mana banyak aktiviti sekolah diadakan. Namun terasa agak janggal juga kerana hari kedua pulang bercuti di rumah, saya telahpun memulakan tugas sebagai guru ganti. Jadi bila tak pergi sekolah rasa janggal pula =p

Baca Lanjut

Kita memerlukan idea untuk berblogging dan kadangkala atas sebab ‘cari idea’ inilah blogger selalu blur atau tersangkut ketika hendak berblogging. Hal ini memang merugikan terutama sekali jika anda memiliki blog yang banyak di mana blog memerlukan update yang konsisten dan berterusan untuk memastikan kualitinya terjamin. Ya, cari idea untuk blogging memang penting dan idea yang berkualiti juga adalah penting untuk memastikan kualiti blog. Di sini saya akan kongsikan 5 tips untuk mencari idea blogging yang diamalkan oleh saya sendiri.

Baca Lanjut

“Saya ingin mendedahkan satu rahsia bagaimana anda dapat tingkatkan trafik, subscriber dan pendapatan blog anda. Untuk pengetahuan anda, panduan ini adalah berbentuk audio selama 59 minit yang diperdengarkan kepada anda dengan gaya santai, bebas dan mudah beserta contoh.” – itulah yang diungkapkan oleh Raja Kamil mengenai produknya, Aku Seorang Blogger. Jujurnya, saya begitu tertarik dengan pendekatan produk ini di mana panduan berbentuk audio kadangkala lebih mudah ‘dihadam’ dan difahami seterusnya dapat dipraktikkan oleh pendengar.

Baca Lanjut