Alhamdulillah hari ini kita menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Peristiwa bersejarah yang begitu bermakna bagi kita ini seharusnya disambut dengan penuh kesyukuran dan pengertian untuk kebaikan kita dan generasi mendatang.
Author: Nasrul Hanis
Alhamdulillah.. selesai juga saya modify blog PakarBisnes ni. Walaupun tidaklah gempak rekabentuknya, namun saya berpuas hati kerana blog dapat direkabentuk seperti yang saya mahukan. Bagaimana?
Mungkin ramai yang tidak sedar akan hal ini – betapa perlunya merancang untuk kejayaan tidak kiralah apa bidang pun termasuklah bisnes. Saya banyak membaca kisah usahawan2 online dan offline yang menyesal akan kelalaian mereka dalam merancang strategi untuk kejayaan dan akhirnya mengakibatkan kegagalan. Dalam merancang strategi, antara perkara yang penting untuk diambil perhatian ialah matlamat, jangkamasa perancangan dan kemampuan kita untuk melaksanakan perancangan tersebut. Saya selalunya membahagikan perancangan kepada beberapa jangkamasa – jangka pendek dan jangka panjang.