Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Alam Bisnes
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Alam Bisnes
    Blog

    Dari Cikgu Kepada Seorang Blogger

    Nasrul HanisBy Nasrul HanisMay 27, 20102 Comments2 Mins Read

    Tugas saya sebagai seorang guru sementara di SK Penghulu Abu Bakar telahpun tamat pada hari Selasa (24/5/2010) yang lalu. Guru yang saya ganti itu telahpun pulang dari cuti bersalin. Menurut rekod, saya telah bertugas selama 36 hari. Wah, lama juga tu. Walaupun hanya guru sementara, saya mendapat begitu banyak pengalaman kerana kebetulan saya datang pada awal tahun di mana banyak aktiviti sekolah diadakan.

    Namun terasa agak janggal juga kerana hari kedua pulang bercuti di rumah, saya telahpun memulakan tugas sebagai guru ganti. Jadi bila tak pergi sekolah rasa janggal pula =p

    Antara aktiviti sekolah di mana saya melibatkan diri ialah:

    • Sukantara
    • Hari Sukan Sekolah
    • Majlis Permuafakatan PIBG
    • Hari Guru
    • Peperiksaan Pertengahan Tahun (buat soalan T_T)

    Terasa beruntung juga kerana dapat banyak pengalaman di sini. Terima kasih kepada Guru Besar yang menerima saya mengajar di situ.

    Namun dalam kesibukan di sekolah, saya tetap mengambil masa untuk blogging di mana kali ini saya dapat menilai diri saya sendiri untuk menyusun masa untuk bekerja dan berblogging. Jadi antara tips yang saya amalkan untuk bekerja sambil berblogging:

    • Menyusun jadual harian
    • Senaraikan idea untuk blogging dalam Notepad
    • Blogging dengan segera tanpa bertangguh

    Itu sahaja dan setakat ini tiada masalah rasanya. Blog memang perlu sentiasa diupdate untuk memastikan kualiti dan prestasinya terjamin.

    * Terkenang ketika saya ‘tertinggal’ blogging hampir sebulan, income menjunam dua kali ganda. Ngeri! =(

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Nasrul Hanis
    • Website

    Nasrul Hanis - Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.

    Related Posts

    Mengesan dan Membaiki Broken Link di Laman Web

    March 4, 2025

    Buat Duit Dari Blogging Melalui Pengiklanan

    August 26, 2024

    Blogging Tetap Diteruskan!

    July 12, 2012

    2 Comments

    1. samanosuke_04 on June 1, 2010 3:50 pm

      waaa.. multitasking nampak.. hoho, tapi yang bestnye bila ko jadik cikgu ganti, kena plak ngan hari guru.. haha, camne dapat hadiah x?

      Reply
      • Nasrul Hanis on July 5, 2010 12:41 am

        hehe.. kerja banyak, hasilnya pun banyak (harap2nya gitu la. huhu).. hadiah? itu sudah semestinya.. cikgu muda.. hoho :mrgreen:

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini

    Cabaran Ekonomi Hari Ini: Ayuh Bisnes Terus Bertahan dan Berkembang

    April 9, 2026

    Idea Affiliate Praktikal Sepanjang Bulan Ramadhan: Dari Konten Ringkas Hingga Jualan Berterusan

    February 20, 2026

    Wegic: Cara Mudah Usahawan Membina Website Profesional Dengan Kos Rendah

    November 16, 2025

    Cara Kira Break Even Point Untuk Bisnes Kecil-Kecilan

    November 2, 2025

    Jangan Paksa Kuda Mati Berlari: Pengajaran Penting Dead Horse Theory Untuk Bisnes

    October 10, 2025
    © 2026 AlamBisnes.com

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.