Sedar tak sedar dalam berblogging sudah berpuluh-pulah atau beratus-ratus artikel yang telah kita terbitkan di dalam blog terutamanya bagi anda yang mempunyai blog-blog berbentuk informasi seperti blog kesihatan, automotif dan sebagainya.
Namun pernah anda terfikir yang anda boleh menarik trafik dari hanya SATU artikel? Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips untuk menarik trafik ke blog anda menggunakan artikel yang diterbitkan di blog anda.
Langkah pertama ialah pilih satu artikel dari blog anda. Mana-mana artikel pun boleh.
Buat Presentation dari Artikel
Tukarkan artikel anda ke bentuk persembahan (presentation) atau kadang-kadang kita panggil slides. Anda boleh gunakan Microsoft PowerPoint atau OneOffice untuk jadikan artikel anda presentation. Masukkan isi-isi penting dan lagi bagus kalau disertakan bersama gambar yang relevan.
Upload presentation yang telah anda hasilkan ke laman web perkongsian dokumen seperti Scribd dan SlideShare. Sertakan link ke blog anda di dalam presentation dan description.
Buat Video dari Artikel
Konsepnya lebih kurang sama seperti presentation tapi kali ini anda tukarkan artikel anda ke bentuk video. Anda boleh hasilkan video dengan perisian-perisian video yang mudah seperti Windows Movie Maker, Ulead Video Studio, Pinnacle dan sebagainya. Masukkan isi-isi penting dalam bentuk perkataan beserta gmabar yang relevan, suara latar dan sedikit muzik latar yang sesuai.
Anda boleh upload video yang telah anda hasilkan di YouTube, Vimeo, DailyMotion dan sebagainya. Dan sertakan link ke blog anda di dalam video dan ruangan description.
Hantar Artikel ke Direktori Artikel
Ada pelbagai direktori artikel di Internet tapi laman web yang paling saya gemari ialah EzineArticles kerana ia ada pengaruh dan populariti yang tinggi di mana pelaung untuk artikel dan link anda dipaparkan lebih tinggi. Paparan tinggi = lebih banyak trafik!
Sebelum anda menghantar artkel ke direktori artikel, ubah sikit artikel anda (spinning) supaya tidak terjadi masalah duplicate content dengan artikel asal. Saya cadangkan anda modify sendiri tanpa perisian spinning automatik untuk artikel yang lebih asli. Jangan lupa sertakan link anda di ruangan Author.
Begitulah beberapa tips untuk menarik trafik menggunakan SATU artikel dari blog anda. Jadi anda boleh gunakan tips yang sama untuk artikel-artikel anda yang lain. Selamat mencuba!
8 Comments
makasih atas infonya.
kunjungi blog saya : http://www.mzharfan.blogspot.com
semoga bermanfaat
sama-sama 😀
tinggi la trafik jika
buat blog berbentuk
informasi.
memang. dan kita boleh membantu pembaca untuk dapatkan informasi yang mereka mahukan 🙂
Terima kasih infonya juragan..
sama-sama John!
agak susahlah menarik trafik dengan artikel yg keywordnya top
Pingback: Aplikasi Teknologi AI Dalam Pemasaran Terkini