Expand

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-53

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-53

Alhamdulillah hari ini kita menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Peristiwa bersejarah yang begitu bermakna bagi kita ini seharusnya disambut dengan penuh kesyukuran dan pengertian untuk kebaikan kita dan generasi mendatang.

Dalam kegembiraan kita menyambut ulangtahun kemerdekaan ini haruslah kita ingat dan sedar bahawa kita ada maruah dan kedaulatan sebuah negara yang perlu dipertahankan. Menjaga kedaulatan negara bukanlah hanya terletak pada bahu seorang askar, anggota polis atau ahli politik. Tanggungjawab ini harus dipikul oleh setiap dari kita yang mengaku diri kita rakyat Malaysia.

Cuba kita berfikir sejenak – adakah kita benar-benar bebas dan merdeka?

Kebimbangan yang timbul dari peningkatan masalah gejala sosial, jenayah, pembuangan bayi dan yang terbaru isu rasis menunjukkan ada sesuatu yang perlu kita lakukan demi memahami erti kemerdekaan yang sebenar.

Marilah kita sama-sama menghayati erti kemerdekaan ini kerana sejarah telah membuktikan yang keharmonian hanya dapat dicapai dengan persefahaman dan pengertian akan erti hidup bermasyarakat.

Sebagai penutup bicara, mari kita hayati video berikut dan renungkan maksudnya.

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-53 dari PakarBisnes!

“1 Malaysia Menjana Trasnformasi”

Nasrul Hanis – Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.
4 comments… add one
  • mohdisa September 1, 2010, 6:26 am

    salam kemeredekaan dari saya bro. 🙂

    Reply
    • Nasrul Hanis September 2, 2010, 11:50 am

      salam kemerdekaan juga untuk bro 😉

      Reply
  • Hadi Rofiee September 2, 2010, 11:36 am

    Salam kemerdekaan juga.

    Sama2 kita mengekalkannya. Aamiin. 🙂

    Reply
    • Nasrul Hanis September 2, 2010, 11:52 am

      Salam kemerdekaan juga untuk bro Hadi.

      Ya.. sama2 kita hayati maksud sebenar kemerdekaan itu dan sama-sama mengekalkannya.. Amin..

      Reply
Cancel reply

Leave a Comment