Adakah blog anda masih tidak memperoleh trafik seperti yang anda idamkan? Saya yakin kebanyakan blogger sudah pasti mahukan trafik yang tinggi untuk blog mereka namun masih belum memperolehinya.
Ada pelbagai cara dan teknik untuk mempromosikan blog anda namun bagaimana dengan hasilnya? Pasti ada yang telah berjaya dan ada yang belum. Itu lumrah blogging. Anda mungkin telah mendaftar blog anda di enjin carian seperti Google dan Yahoo! dan juga bertukar link dengan blogger lain namun hasil yang dicapai tidak begitu memberangsangkan.
Sebelum anda mula menghabiskan modal untuk membeli pelbagai panduan atau servis SEO, saya cadangkan anda mencuba blog carnival. Apa pula blog carnival ni?
Ya.. blog carnival adalah sejenis program perkongsian artikel dan isi kandungan blog. Dengan menghantar artikel ke blog carnival ini, artikel anda akan disiarkan di blog-blog yang telah menyertai blog carnival sebagai host carnival. Mereka akan menyiarkan artikel anda pada waktu yang telah ditetapkan. Apa yang penting ialah anda sudah pasti mendapat backlink dari blog carnival ini.
Blogger lain, host carnival, dan pembaca lain akan melihat artikel anda di carnival tersebut. Jika tajuk artikel anda menarik, ia akan membawa pelawat ke blog anda dan meningkatkan trafik blog anda dan sebagai bonus, mereka akan link ke artikel anda.
Ya.. ianya PERCUMA! Ia adalah percuma untuk anda menghantar artikel anda atau menjadi host carnival. Kedua-duanya ada faedah tersendiri namun saya ingin fokuskan kepada menghantar artikel saja untuk kali ini.
Jadi bagaimana untuk menghantar artikel anda ke blog carnival ini? Ikuti langkah-langkah mudah ini.
- Tentukan artikel yang ingin anda hantar.
- Lawat ruangan submit Blog Carnival.
- Pilih carnival yang sesuai dengan artikel anda. Contohnya anda ingin menghantar artikel dengan niche “health”, jadi pilih carnival yang ada kaitan dengan niche “health” itu.
- Masukkan URL artikel, nama submitter iaitu nama anda, email anda dan Remarks: iaitu sedikit pengenalan untuk artikel anda.
- Jawab kod sekuriti dan klik Submit. Selesai!
- Anda mungkin akan dimaklumkan yang link ke artikel anda telah disiarkan.
Ini link yang akan anda perolehi untuk 1 artikel. Jadi bagaimana untuk 10, 100 atau 1000 artikel? Ini adalah trafik dan link percuma untuk anda! Dan anda tidak perlu tulis artikel baru kerana blog carnival hanya memerlukan link ke artikel anda untuk disiarkan. Mudah dan menarik bukan?
Namun jika anda berhasrat untuk memaksimumkan lagi kehebatan trafik dan link dari blog carnival ini, saya cadangkan anda menggunakan Blog Carnival Submitter untuk menghantar banyak link artikel dalam masa yang pantas dengan cara yang lebih mudah. Saya kini menggunakan perisian ini dan ternyata ianya memang mudah dan pantas. Saya mampu untuk menghantar hampir keseluruhan link artikel dari mana-mana blog saya menggunakan Blog Carnival Submitter ini.
Oh ya.. jangan pula anda spam blog carnival ini dengan artikel yang tidak relevan atau menghantar artikel yang sama lebih dari sekali ke satu-satu carnival. Gunakan dengan sebaiknya 🙂
Semoga berjaya!
4 Comments
nice sharing, siyes.. thanks.. hehe, tgh checkout blogcarnival nie.. hohohoho
welcome2.. semoga berjaya dengan blog carnival ni 😀
thanks utk info yg menarik ni bro . 🙂 nnt aku test tgk.
welcome paan.. cuba jangan tak cuba.. dan selamat berjaya! 🙂