Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Alam Bisnes
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Alam Bisnes
    Laman Web

    Servis Premium Menjimatkan Masa & Tenaga

    Nasrul HanisBy Nasrul HanisDecember 2, 2017No Comments3 Mins Read

    Baru-baru ini ketika membangunkan lawan web rasmi untuk agensi hartanah saya di AlamHarta.my, saya telah belajar sesuatu mengenai produk & servis premium.

    Sebagai seorang yang memiliki sedikit pengetahuan di dalam pembangunan laman web, langkah pertama saya dalam pembangunan laman web ini ialah dengan mencari pilihan yang percuma atau sekurang-kurangnya melibatkan kos yang minimum. Justeru setelah selesai dengan urusan pembelian hosting dan domain .my dengan KLhost.com, perkara pertama yang saya lakukan selepas memasang WordPress ialah mencari themes yang percuma dan bersesuaian. Setelah tiada yang berjaya memuaskan hati, saya memilih untuk menggunakan Derby versi lama yang dibangunkan oleh Themedy. Saya pernah membeli skin ini beberapa tahun dulu. Derby ialah skin kepada Thesis framework justeru saya juga menggunakan Thesis versi 1.8.5 untuk tujuan ini.

    Kos yang saya tanggung pada fasa ini hanyalah kos hosting dan domain.

    Setelah selesai menggodek web semalaman, pagi keesokannya saya menemui plugin WP Real Estate yang membolehkan laman web dengan apa-apa themes beroperasi sebagai laman web listings hartanah. Terasa puas di hati setelah semalaman berusaha.

    Namun apa yang kemudiannya menjadi masalah ialah apabila saya hendak menambah apa-apa fungsi tambahan dan juga pembetulan pada coding yang bermasalah. 2 hari juga sangkut di situ. Masa saya tidaklah sama seperti beberapa tahun dahulu yang membolehkan saya sentiasa berjaga malam kerana kini saya juga ada tanggungjawab dengan pelanggan dan juga pejabat agensi.

    Setelah beberapa hari menghadapi saat separa kemurungan – saya mengambil keputusan untuk menggunakan servis premium. Walaupun terasa berat di hati, kos perlu juga dikeluarkan untuk menjayakan laman web tersebut. Servis premium yang telah diambil ialah Creative Bundle yang mengandungi skin Derby dari Themedy dan yang kedua plugin WP Real Estate Pro dari MyThemeShop. Setelah kedua-dua produk ini dibeli, saya telah memulakan semula & berjaya menyiapkan pembangunan laman web menggunakan framework Thesis 2.

    Dari sini saya telah belajar beberapa perkara yang penting.

    Hasil Yang Berkualiti & Memuaskan

    Setiap produk yang diletakkan harga pasti ada sebabnya. Dalam hal ini saya berpuas hati dengan kedua-dua produk yang telah saya beli. Terasa berbeza dengan plugin percuma. Oleh kerana produk terbaru yang berbayar kebanyakannya updated, fungsi yang dikehendaki dapat dilakukan dengan mudah sekali.

    Bantuan Teknikal Yang Pantas & Tepat

    Ada beberapa masalah teknikal yang berlaku pada mulanya ketika plugin dipasang pada laman web. Sebagai pengguna premium kita berhak meminta bantuan dari pengeluar produk. Alhamdulillah setelah beberapa langkah yang dicadangkan oleh pihak penyedia hosting dan plugin, laman web telah berfungsi seperti yang saya kehendaki. Cadangan yang diberi adalah pantas dan tepat untuk menyelesaikan masalah. Dalam situasi ini saya membayangkan bagaimana jika tiadanya support pasti akan memakan begitu banyak masa & tenaga untuk menyelesaikannya.

    Kos Yang Berbaloi

    Dalam kes saya ini, saya merasa berbaloi mengeluarkan kos untuk servis premium kerana ia benar-benar menjimatkan masa saya. Mungkin berbeza untuk anda yang expert dalam pembangunan laman web di mana anda boleh selesaikan sendiri permasalahan yang berlaku. Namun mendapat bantuan terus dari pembangun produk benar-benar melegakan hati.

    Servis Premium untuk Pelanggan

    Jika anda seorang penyedia servis atau pengeluar produk, harga yang dibayar oleh pelanggan itu bukan semata-mata untuk pembelian servis atau produk pada ketika itu sahaja (one-off) tapi juga untuk kepuasan dan kejayaan mereka dalam mendapatkan apa yang diingini hasil bantuan anda. Di dalam hal saya ini, saya begitu berpuas hati dengan bantuan yang diberikan sehingga saya berjaya mendapatkan fungsi laman web yang saya ingini.

    Letakkan diri kita di tempat pelanggan, tahu apa yang mereka mahukan dari kita – dan berikan servis yang terbaik!

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Nasrul Hanis
    • Website

    Nasrul Hanis - Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.

    Related Posts

    Wegic: Cara Mudah Usahawan Membina Website Profesional Dengan Kos Rendah

    November 16, 2025

    Mengesan dan Membaiki Broken Link di Laman Web

    March 4, 2025

    Kurang Modal Berniaga? Ceburi Bisnes Dengan Modal Rendah

    December 17, 2018
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini

    Wegic: Cara Mudah Usahawan Membina Website Profesional Dengan Kos Rendah

    November 16, 2025

    Cara Kira Break Even Point Untuk Bisnes Kecil-Kecilan

    November 2, 2025

    Jangan Paksa Kuda Mati Berlari: Pengajaran Penting Dead Horse Theory Untuk Bisnes

    October 10, 2025

    Bagaimana Cara Betulkan ‘There Has Been a Critical Error on This Website’ di WordPress?

    September 3, 2025

    Aidilfitri & Jaringan Perniagaan: Peluang Keemasan Yang Ramai Terlepas Pandang

    March 29, 2025
    © 2025 AlamBisnes.com

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.