Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Alam Bisnes
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Alam Bisnes
    Produk

    Rahsia Reward dari Rohaizad Akan Dilancarkan Esok

    Nasrul HanisBy Nasrul HanisSeptember 2, 20105 Comments2 Mins Read

    Assalamualaikum semua dan salam sejahtera.

    Maklumat terbaru hari ini dari saudara Rohaizad ialah Rahsia Reward akan dilancarkan esok! (3 September 2010)

    Apa? Rahsia Reward?

    Sebenarnya saya sendiri belum faham sepenuhnya apa yang ingin disampaikan oleh Rohaizad dalam Ebook beliau tersebut. Namun yang pasti ialah pengetahuan yang dikongsi di dalam Ebook itu mampu membantu untuk menambah pendapatan dari blogging. Menarik bukan?

    Saya sebenarnya sudah lali dengan promosi dan iklan Ebook ini memandangkan Ebook yang pernah saya dapatkan sebelum ini sama sahaja kandungannya dan ada yang sekadar diceduk dari Ebook luar negara. Kandungan lebih kurang sama dengan Ebook percuma dan malahan kita sendiri boleh mengetahuinya dengan membuat carian di Internet. Namun Rohaizad memberi jaminan bahawa apa yang ingin beliau kongsi ini adalah dari pengalaman beliau sendiri dan tidak diceduk dari mana-mana sumber seperti Ebook yang pernah diterbitkan mana-mana pihak sebelum ini.

    Ebook ini akan dijual dalam jumlah yang terhad iaitu sebanyak 300 unit atau sehingga 10hb September sahaja pada harga promosi RM70. Selepas itu, tiada lagi harga di bawah RM100.

    Saya tidak kata bagus atau tidak bagus, kita tengok dulu bagaimana isi kandungan dan hasilnya.

    Sekiranya anda serius dalam menjana pendapatan dari blogging, mungkin inilah masanya. Dan sekiranya saya sudah mendapatkan Ebook tersebut dan mempraktikkannya, akan saya kongsi pandangan saya mengenai Ebook tersebut bersama anda.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Nasrul Hanis
    • Website

    Nasrul Hanis - Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.

    Related Posts

    Buat Duit Dari Blogging Melalui Pengiklanan

    August 26, 2024

    Bisnes: Demi Wang atau Minat

    February 27, 2018

    Buntu Idea Artikel & Promosi? Headline Generator Pantas Membantu

    September 20, 2017

    5 Comments

    1. HIDUP SEORANG BLOGGER on September 2, 2010 8:40 pm

      aku ada buat tempahan, tapi tak tahulah sempat nak beli atau tidak sebelum 10/9. masalah kewangan la plak. haha

      Reply
      • Nasrul Hanis on September 6, 2010 4:12 am

        kalau boleh jangan tunggu lama-lama, bro. nanti naik harganya. huhuhu.

        Reply
    2. idan on September 5, 2010 12:40 am

      Oh.. program untuk blogger ke ni? menarik ni. Tambah menarik kalo ditulis base on experience. Hope bro dapat buat review cun cun.

      Reply
      • Nasrul Hanis on September 6, 2010 4:14 am

        lebih kurang gitula. memang panduan ni ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. bahasa pun santai dan bersahaja.

        mengenai review yang cun tentang Rahsia Reward.. boleh cuba tengok dalam artikel seterusnya.. hehe 😀

        Reply
    3. Pingback: Rahsia Reward Memang Terbaik!! - PakarBisnes

    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini

    Wegic: Cara Mudah Usahawan Membina Website Profesional Dengan Kos Rendah

    November 16, 2025

    Cara Kira Break Even Point Untuk Bisnes Kecil-Kecilan

    November 2, 2025

    Jangan Paksa Kuda Mati Berlari: Pengajaran Penting Dead Horse Theory Untuk Bisnes

    October 10, 2025

    Bagaimana Cara Betulkan ‘There Has Been a Critical Error on This Website’ di WordPress?

    September 3, 2025

    Aidilfitri & Jaringan Perniagaan: Peluang Keemasan Yang Ramai Terlepas Pandang

    March 29, 2025
    © 2025 AlamBisnes.com

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.