Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Alam Bisnes
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Alam Bisnes
    luahan hati

    Perihal Mailing List

    Nasrul HanisBy Nasrul HanisDecember 27, 2009No Comments2 Mins Read

    Satu perkara yang tidak dapat disangkal ialah betapa efektifnya Mailing List dalam memasarkan atau mempromosikan sesuatu produk. Ini adalah kerana melalui Mailing List sesuatu promosi itu akan terus sampai ke email pelanggan dan prospek. Bila menyebut tentang email, di sinilah timbul pro dan kontranya Mailing List ini.

    Pro dari Mailing List ini ialah – promosi dapat terus sampai ke prospek dalam jumlah yang besar dan seterusnya menghasilkan jualan dan pendapatan yang lebih besar. Ya.. tapi ada kontranya. Kadangkala terlalu banyak email sampai 3-4 hari! Kadang2 ada email yang bolehlah dikategorikan sebagai ‘sampah’. Tak hantar pun takpe. Dan akhirnya, ramai prospek yang ‘unsubscribe’ dan merugikan marketeer tu sendiri.

    Bagaimanapun, kebelakangan ni ada perubahan positif dari IM2 Malaysia di mana mereka menyertakan dari laman mana prospek ‘subscribe’, mesej2 lebih berkualiti dan tak melalut macam bedtime stories. Saya sebenarnya seorang yang suka subscribe pada mailing list kerana melalui mailing list ni kita boleh dapat info2 tentang produk terbaru, maklumat terbaru dan sebagainya. Tahniah pada mereka yang betul menjaga kualiti mesej2 yang dihantar.

    Pada saya, tak semua orang mampun untuk maintain Mailing List. Hal ini perlukan usaha yang bersungguh2. Saya sendiri tidak menggunakan Mailing List sebagai method promosi (saya gemar Article Marketing) kerana saya sendiri tidak mampu untuk maintain list tersebut dan akhirnya akan ‘membenam’ terus apa yang saya usahakan. Bukan mengalah, tetapi setiap dari kita ada limitasi dan kelebihan sendiri yang berbeza2.

    Apa2 pun, saya secara peribadi berharap mereka yang menggunakan Mailing List untuk berpromosi – promosilah scara berhemah. Orang tidak akan ‘unsubscribe’ tanpa sebab melainkan muak dengan mesej2 anda. Semoga berjaya teman2!

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Nasrul Hanis
    • Website

    Nasrul Hanis - Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.

    Related Posts

    Menukarkan Pelawat Kepada Pembeli

    July 1, 2011

    Blogging Untuk Income?

    May 19, 2011

    Blogging Adalah Bisnes Jangka Panjang

    April 17, 2011
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini

    Wegic: Cara Mudah Usahawan Membina Website Profesional Dengan Kos Rendah

    November 16, 2025

    Cara Kira Break Even Point Untuk Bisnes Kecil-Kecilan

    November 2, 2025

    Jangan Paksa Kuda Mati Berlari: Pengajaran Penting Dead Horse Theory Untuk Bisnes

    October 10, 2025

    Bagaimana Cara Betulkan ‘There Has Been a Critical Error on This Website’ di WordPress?

    September 3, 2025

    Aidilfitri & Jaringan Perniagaan: Peluang Keemasan Yang Ramai Terlepas Pandang

    March 29, 2025
    © 2025 AlamBisnes.com

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.