Hai pembaca dan teman-teman blogger, kita berjumpa lagi dalam artikel kali ini.
Terasa lama tak update blog PakarBisnes ini atas sebab-sebab tertentu terutamanya melibatkan beberapa projek yang perlu saya siapkan dan persiapan menghadapi peperiksaan akhir semester.
Oh ya, saya dan seorang teman baru saja menyiapkan BuySellinside.com, ruang pengiklanan online untuk anda mengiklankan barangan/tawaran servis dan juga untuk anda yang mencari barangan/tawaran servis. Ianya percuma dan jika anda anda barangan untuk dijual atau servis/kerja kosong untuk ditawarkan, dijemput untuk meletakkan iklan di BuySellinside.com. Percuma saja =)
Berbalik kepada topik perbincangan kali ini, ianya merupakan sedikit kesinambungan dari perbincangan sebelum ini iaitu “Lebih Banyak Belajar, Lebih Banyak Tidak Tahu“.
Apabila saya mula berjinak-jinak dengan bisnes, salah satu perkara yang saya sedar ialah – pengetahuan merupakan aset yang penting untuk anda berjaya dalam bisnes. Dari segi pendidikan, sudah tentulah ianya penting namun jika dilihat dari konteks bisnes, pengetahuan memberikan impak yang besar untuk anda berjaya.
Saya beri contoh.
Penjual A dan Penjual B menawarkan barangan yang sama iaitu produk X. Produk yang sama, harga yang sama dengan kualiti yang sama. Tapi apa yang membezakan prestasi penjual A dan B? Ya, pengetahuan. Dengan adanya pengetahuan, tidak mustahil penjual A mampu menjual berkali ganda produk X dari penjual B, dan begitulah sebaliknya.
Bukan itu sahaja, dengan adanya pengetahuan, kita mampu untuk membuka peluang yang lebih besar untuk bisnes kita. Dengan adanya pengetahuan, kita akan lebih mudah dikenali kerana pengetahuan adalah satu elemen yang memberikan nilai tambah bukan sahaja untuk diri kita, malah bisnes kita. Dan pelabur atau rakan kongsi akan lebih tertarik untuk bersama kita.
Misalnya anda menjalankan bisnes T-Shirt, anda faham bagaimana untuk menjual T-Shirt. Tapi dengan adanya pengetahuan bagaimana untuk memasarkan barangan, bagaimana untuk mengetahui kehendak pelanggan, bagaimana untuk membina laman web untuk memasarkan T-Shirt anda, sudah tentu bisnes T-Shirt anda akan lebih maju dari masa ke semasa.
Di sini kita lihat pengetahuan sebagai elemen yang memberi kekuatan kepada bisnes kita. Dan saya sudah mengalaminya. Oleh sebab itu saya menjadikan ilmu pengetahuan sebagai satu elemen yang sentiasa saya tingkatkan (upgrade) demi memastikan perjalanan bisnes saya berterusan dan membuka peluang-peluang baru untuk berjaya.
Cari pengetahuan dan jangan berpuas hati dengan apa yang sedia ada – dan anda akan lihat hasilnya =)
* Doakan saya tenang menjawab peperiksaan.. Terima kasih =p
7 Comments
hehe.. coolgak buysellinside tue.. tapi aku rasa cam penah tengok site camnie.. hehe
oit, kalo tengah cari partner JV, roger2 laa aku ye.. aku pun berminat gak dalam bisnes..
hehe.. trimas.. yup.. sebab itu free skin.. ramai yang install tapi kebanyakannya tak modify langsung.. sedang dalam proses modifikasi.. lama kelamaan dah tak sama la π
InsyaAllah.. kalau ada akan diroger π
semoga berjaya exam..samalah kita..huhu.. masih banyak lagi harus belajar…
terima kasih zik! ya, betul tu.. masih ada banyak lagi yang kita perlu pelajari!
Tidak semua ilmu pengetahuan kita menjadi aset..
Sebagai contoh..jika kita seorang yang pandai masak megi..tapi kita tak jana duit dari ilmu tersebut..ianya sudah tidak dipanggil aset..tetapi dipanggil liabiliti..
betul tu.. sebab itu kita kena gunakan ilmu pengetahuan yang ada sebaik mungkin π
Pingback: Pengorbanan Dalam Blogging - PakarBisnes