Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Alam Bisnes
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Alam Bisnes
    Blog

    Alamak! Blogger Pun Kena Bayar Cukai?

    Nasrul HanisBy Nasrul HanisJanuary 30, 20114 Comments2 Mins Read

    Saya tertarik dengan beberapa perkembangan terkini yang dipaparkan di media-media massa. Sekarang ni banyak betul kes-kes pelik tak ketinggalan mengenai masalah sosial, politik, teknologi dan sebagainya. Bak kata Astro – macam-macam ada!

    Satu perkembangan yang menarik perhatian saya ialah mengenai blogger pun kena juga bayar cukai. Pada mulanya ada yang faham sesiapa yang ada laman web termasuk blog akan dikenakan cukai. Ala-ala cukai pintu gitu. Yela, blog kan umpama “virtual property” yang boleh menjana pendapatan dari hari ke hari. Seperti yang telah saya katakan sebelum ini – blogging itu bisnes!

    Arahannya berbunyi lebih kurang macam ni:

    “Pengendali Blog/Forum perlu istihar perolehan online kepada LHDN. Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 dibawah seksyen 7 iaitu hasil pendapatan mereka melalui internet juga perlu dibayar cukai.”

    Pergh!

    Blogger di Malaysia yang setakat ini pernah didatangi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ialah RedMummy. Boleh baca kisahnya di sini. Dan dari pembacaan saya dari beberapa blog termasuk dari Amanz.my, situasinya sekarang macam ni:

    • pengendali blog/forum mesti isytihar (declare) online kepada LHDN
    • perlu bayar cukai jika income melebih RM2,500 sebulan

    Kewajaran cukai terhadap pemilik-pemilik blog ini turut dipersoalkan blogger2 termasuklah NakBebel. Saya setuju dengan NakBebel di mana pendapatan online tidak boleh disamakan 100% dengan bisnes lain. Namun begitu hakikatnya tidak mustahil untuk seorang blogger atau online marketeer memperoleh ribuan mahupun puluh ribuan ringgit sebulan. Kalau sebulan pendapatan mencecah RM5,000 – RM10,000 memang patutlah dideclare.

    Bagi saya lebih bagus sekiranya LHDN menetapkan satu penerangan yang jelas mengenai hal ini kerana banyak blog sekarang ni dah boleh buat duit. Adsense, Nuffnang, Advertlets, paid post dan sebagainya.. dah ramai yang jana pendapatan. Dan bagaimana pihak berwajib nak trace pendapatan online dari affiliate yang masyuk seperti Clickbank, Affiliate Amazon, CPALead, ShareASale, CJ dan sebgainya.. itu tidak pula saya ketahui.

    Namun dari segi positif, perkembangan ini memperlihatkan yang blog bukanlah satu bisnes yang main-main. Saya terkenang saya diketawakan rakan-rakan bila tahu saya berblogging sebagai bisnes. Zaman dah berubah, kan? Dan saya juga berharap perkembangan ini menjadi satu motivasi kepada blogger dan online marketeer untuk merasakan mereka juga setaraf dengan bisnes-bisnes bukan online di luar sana.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Nasrul Hanis
    • Website

    Nasrul Hanis - Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.

    Related Posts

    Mengesan dan Membaiki Broken Link di Laman Web

    March 4, 2025

    7 Idea Bisnes Online Yang Anda Boleh Cuba Sepanjang Ramadan

    March 2, 2025

    Berjaya Dalam Affiliate Dengan Menggunakan Blog Dan SEO

    February 27, 2025

    4 Comments

    1. nakbebel on January 30, 2011 8:20 pm

      terima kasih setuju akan pandangan saya. 🙂

      Reply
      • Nasrul Hanis on February 7, 2011 5:47 am

        sama-sama nakbebel 😉

        Reply
    2. tunepal on February 6, 2011 12:31 am

      kalau income tinggi melambung-lambung,memang wajar sangatlah kena bayar cukai. Bukan mahal sangat pun kalau berbanding dengan income yang daiorang dapat tu.

      Reply
      • Nasrul Hanis on February 7, 2011 5:48 am

        setuju2. income banyak, so kira adil la kalau kena cukai. hehe.

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini

    Wegic: Cara Mudah Usahawan Membina Website Profesional Dengan Kos Rendah

    November 16, 2025

    Cara Kira Break Even Point Untuk Bisnes Kecil-Kecilan

    November 2, 2025

    Jangan Paksa Kuda Mati Berlari: Pengajaran Penting Dead Horse Theory Untuk Bisnes

    October 10, 2025

    Bagaimana Cara Betulkan ‘There Has Been a Critical Error on This Website’ di WordPress?

    September 3, 2025

    Aidilfitri & Jaringan Perniagaan: Peluang Keemasan Yang Ramai Terlepas Pandang

    March 29, 2025
    © 2025 AlamBisnes.com

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.