Expand

Rasai Keenakan Blog di Biskoot

pb_biskoot

Ya.. kali ini aku mahu buat ulasan lagi. Ini merupakan ulasan yang kedua setelah ulasan yang pertama di mana aku mengulas mengenai blog Dilarang Melarang.

Blog yang akan diulas kali ini ialah Biskoot oleh saudara Armadzim. Jom usha.

Biskoot.blogspot.com ialah sebuah blog yang dimiliki oleh saudara Biskoot @ Armadzim. Nama sebenar beliau ialah Ahmad Zaim bin Hamzah dan masih bujang (ketika entri ini ditulis). Nama ‘Biskoot’ yang digunakan sebagai nama blog juga pada asalnya adalah untuk mengenang jasa biskut2 yang telah membantu beliau. Hehe. Itu yang dia cerita ya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tuan punya Biskoot dan blognya ini, boleh baca melalui halaman Tentang Aku.

Pada mulanya aku menyangkakan Biskoot adalah sebuah blog makanan, namun rupanya ia adalah sebuah blog yang mengandungi perkongsian tutorial yang berguna untuk kita pelajari.

Kebanyakan tutorial yang dikongsi oleh Biskoot ialah tutorial Photoshop dan aku jumpa Biskoot pun ketika aku mahu cari tutorial tentang Photoshop. Manakala entri2 lainnya ada berkenaan dengan pelbagai hal duniawi seperti origami dan sebagainya.

Antara tutorial yang boleh korang dapatkan dari Biskoot ialah:

Kriteria yang paling menarik minat aku sebagai pembaca ialah rekabentuk blog itu sendiri. Memang cool la. Memang tak dapat dinafikan yang gabungan warna putih, oren dan hitam memang masukkk. Cayalah. Ditambah pula dengan susunatur elemen2 blog yang kemas dan rapi. Secara peribadi, aku melihat rekabentuk Biskoot memang profesional.

Biskoot memang sesuai untuk anda yang gemarkan tutorial yang bersahaja sambil membaca entri2 dari pelbagai kategori. Namun dari entri yang paling terbaru di Biskoot ketika entri ini ditulis, penulis mengatakan yang beliau akan berehat seketika. Jadi sama-samalah kita menunggu entri terkini dari beliau.

Yosh!

p/s: Dah siap ulasan ni baru aku teringat ada yang pernah rekues ulasan hari tu. Uhuhu. Aku akan buat nanti ya.

Nasrul Hanis – Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.
2 comments… add one

Leave a Comment