Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Alam Bisnes
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Alam Bisnes
    Blog

    Cuti-cuti Semester

    Nasrul HanisBy Nasrul HanisApril 12, 200912 Comments2 Mins Read

    bilik

    Yeay! 10hb merupakan hari untuk paper terakhir final exam kali ni. Mulanya aku nak postkan entri ni lebih awal, tapi sebab ada beberapa insiden yang terjadi, so terpaksa la aku lewatkan sikit :sedih:

    Kali ini aku akan bercuti lebih kurang 3 bulan. Wow. Lama tu. Apa yang aku nak buat cuti nih?

    Itulah sebabnya aku tulis entri ni. haha :sengih:

    Sebelum bercakap tentang cuti, teringin pula aku nak berkongsi pengalaman sebelum balik bercuti.

    Final Exam

    Hm.. bagi aku, final exam kali ni biasa, cuma xdapatla aku nak skor. Biasa2 saja. Adakah kerana aku pemalas? hehe, ntahla. Yang penting, aku dah buat yang terbaik dan sekarang adalah masa untuk bercuti.

    Jamming Bersama Teman-teman

    Sempena cuti semester, tambahan pula aku akan bercuti panjang, aku dan teman2 pun berkunjung ke jamming studio di Wangsa Maju untuk berseronok seketika. Yela, malamnya dah nak balik kampung kan. So, kitorang amik keputusan untuk jamming bersama. Wuhu.

    jamming
    Dari kiri : EP JB, Madlan & aku. Napi & Akem di luar gambar. Uhu, sori!

    Akibat terlupa membawa ‘pick’ gitar, ibu jari kanan aku telha terluka semasa asyik menggoreng. wargh. dapat kenangan xrasmi sebelum bercuti.

    AloneinHome.com diHack & Makcik aku Kemalangan

    Sepatutnya aku balik kampung pada malam tersebut, namun kita mampu merancang je kan. AloneinHome.com tetiba lak kena hack & makcik aku kemalangan.

    Jadi aku pun balik keesokan harinya. Alhamdulilla, makcik aku selamat walaupun dah remuk sampai jadi bentuk L keretanya itu :berpeluh:

    ok2. yang sudah berlalu sudahlah. Banyak benda yang aku nak buat masa cuti ni. Aku ringkaskan sajalah ya.

    Yang penting sudah tentulah mahu blogging dan blogwalking dengan sepuas hati. Kesempitan masa sepanjang semester selalu menyekat minat aku ni. AloneinHome.com aku akan update macam biasa. PakarBisnes.com pula akan aku update dengan entri2 berkaitan blogging dan buat duit online, yang dalam kemampuan aku la.

    Oh ya, aku juga akan buat ulasan mengenai blog2 yang sepatutnya korang baca, walaupun korang dah tau, aku akan tetap buat ulasan juga. haha :seronok:

    Apa lagi ya? Oh ya, sepanjang cuti ni, aku akan praktikkan segala ilmu dan teknik2 yang aku dah belajar termasuklah dari Pakej Video Puan Lisa Hilmi. Harap2 menjadilah. Amin.

    Jangan lupa bagi komen ya!

    p.s : Kenapakah bunyinya skema bila aku tulis dalam Bahasa Melayu? oh.

    p.s.s : Aku di rumah sekarang. Relaks :bagus:

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Nasrul Hanis
    • Website

    Nasrul Hanis - Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.

    Related Posts

    Mengesan dan Membaiki Broken Link di Laman Web

    March 4, 2025

    Buat Duit Dari Blogging Melalui Pengiklanan

    August 26, 2024

    Blogging Tetap Diteruskan!

    July 12, 2012

    12 Comments

    1. KNizam on April 12, 2009 7:14 pm

      selamat bercuti semester ! hehe 🙂

      Entri terkini KNizam ialah Blog Review : All About Melaka Blog by Razak Latif – Banyak JJCM at Melaka Ni !

      Reply
      • alone on April 16, 2009 5:41 am

        selamat juga untuk kau. hehe.

        aku nak ucap apa ye. selamat menjalankan kehidupan seharianlah :ketawa:

        Reply
    2. zuhairy on April 12, 2009 8:23 pm

      wah,pandai kau main muzik! hehehe

      Entri terkini zuhairy ialah AKHIRNYA….

      Reply
      • alone on April 16, 2009 5:42 am

        huhu. sikit2 je, bro. gambar je poyo tu :muntah:

        Reply
    3. zool on April 12, 2009 10:13 pm

      Hm.. jamming jgn tak jammming..
      beli aku sikit jem ek..

      Entri terkini zool ialah Perniagaan tengah top sekarang

      Reply
      • alone on April 16, 2009 5:43 am

        hehe.

        teringat aku kisah jem roti dengan trafik jem yang aku kat baca kat satu blog.

        aiseh. dah x ingat la alamatnya :berpeluh:

        Reply
    4. zelo55 on April 12, 2009 11:56 pm

      agaknye…
      masuk x blog aku dlm list yang patut dibaca?

      hurrmm…

      Entri terkini zelo55 ialah Entri Malas. Lagu Dan Video 3oh!3. Don’t Trust Me.

      Reply
      • alone on April 16, 2009 5:44 am

        selagi ia bernama blog, ia adalah sejenis benda yang patut dibaca :seronok:

        lagu 3oh!3 tu menarik. haha :bagus:

        Reply
    5. Adry on April 13, 2009 2:40 am

      Happy Holiday!!

      Ni blog baru ek??

      Entri terkini Adry ialah ABPBH Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008

      Reply
      • alone on April 16, 2009 5:45 am

        terima kasih :ketawa:

        xdela baru sangat :senyum:

        Reply
    6. Doku on April 16, 2009 2:01 am

      owh..kamu sedang bercuti..bestnye. aku masih di ambang final xm. :sedih: tinggal last paper..gap seminggu..mmg menyeksakan. btw nice blog and contain. :lanun:

      Entri terkini Doku ialah Penampilan Itu Penting?

      Reply
      • alone on April 16, 2009 5:46 am

        hehe. rilek. minggu exam itu akan berlalu jua akhirnya :ketawa:

        seronok! :seronok:

        terima kasih :senyum:

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini

    Wegic: Cara Mudah Usahawan Membina Website Profesional Dengan Kos Rendah

    November 16, 2025

    Cara Kira Break Even Point Untuk Bisnes Kecil-Kecilan

    November 2, 2025

    Jangan Paksa Kuda Mati Berlari: Pengajaran Penting Dead Horse Theory Untuk Bisnes

    October 10, 2025

    Bagaimana Cara Betulkan ‘There Has Been a Critical Error on This Website’ di WordPress?

    September 3, 2025

    Aidilfitri & Jaringan Perniagaan: Peluang Keemasan Yang Ramai Terlepas Pandang

    March 29, 2025
    © 2025 AlamBisnes.com

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.