Expand

Blogging Adalah Bisnes Jangka Panjang

Blogging Adalah Bisnes Jangka Panjang post image

Pertama sekali, ingin saya ulangi yang blogging boleh menjadi bisnes yang hebat dan berpotensi tinggi untuk anda. Yang kedua, blogging adalah bisnes jangka panjang.

Maksudnya?

Maksudnya mudah – buat duit dari blogging bukanlah berhasil dari masa yang begitu singkat seperti yang disangka. Ya, tidak mustahil anda boleh buat duit dari blogging dalam masa yang singkat contohnya 2-3 hari, tetapi hakikatnya blogging memerlukan masa untuk anda beroleh hasilnya.

Hal ini telah dikongsikan di dalam blog saudara Rohaizad mengenai 5 tips blogging yang tidak dikongsi oleh Darren Rowse dan tip yang ke-5 ialah: “Blog Adalah Bisnes Jangka Masa Panjang”

Bagi setiap blog yang saya jalankan, saya meletakkan beberapa tahap kepada blog-blog tersebut iaitu:

  • Blog baru – baru beroperasi kurang dari 3 bulan. Perlu kepada optimization berterusan untuk menempatkannya di tempat terbaik di enjin carian.
  • Blog matang – beroperasi lebih dari 3 bulan dan memiliki trafik yang agak baik dan sambutan dari pembaca/prospek. Sudah boleh mula monetizing seperti artikel berbayar, jualan link dan iklan dan sebagainya.
  • Blog optimum – blog yang memiliki trafik yang bagus (saya cuma tetapkan >2000 sebulan), mendapat sambutan baik, mempunyai kedudukan baik di enjin carian dan menghasilkan pendapatan yang baik untuk saya. Setakat ini hanya dua blog saya yang berada di kategori ini.

Jika dilihat dari tahap-tahap ini, dapatlah difahami yang proses untuk menjadikan blogging itu sendiri sebagai bisnes memakan masa yang panjang, dan bukan sekadar 1 atau 2 bulan sahaja. Dan sudah tentu anda memerlukan usaha yang gigih dalam hal ini.

Saya sendiri mula berblogging pada 2008 dan baru kini merasa hasilnya di mana baru tahun 2011 inilah saya mampu untuk mula mengumpul pendapatan dari blogging. Bagi saya terma “mendapat” dan “mengumpul” itu berbeza di mana di saat mengumpul inilah barulah anda akan merasakan yang penat lelah anda selama ini berbaloi.

Dan ingat.. pintu rezeki Allah itu sentiasa terbuka luas untuk anda 🙂

Selamat berblogging!

 

Nasrul Hanis – Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.
26 comments… add one
  • Na'imah Zuki April 18, 2011, 2:37 am

    bukan senang nak senang.. blogging pun bukan senang nak buat tu 😀

    Reply
  • Sam Smassh April 20, 2011, 9:11 pm

    Betul! Sekarang,terdapat banyak cara untuk kita menjana pendapatan menerusi internet.Saya juga ingin mengkongsikan tips-tips dan cara-cara untuk menjana pendapatan menerusi internet.Untuk melawat laman web saya,klik pada nama saya sekarang!

    Reply
    • Nasrul Hanis May 5, 2011, 5:06 pm

      betul tu, Sam.. yang penting kita kena rajin mencari il,u yang tersedia kat Internet ni.. saya akan lawat website tu.. terima kasih! 🙂

      Reply
  • samanosuke_04 April 21, 2011, 12:36 am

    waaa.. dah ader 2 blog >2000 trafik… blog english ke? aku blog nie yang satu pun tak cecah 1000 trafik lagi walopon dah betahun2 blogging.. hahaha

    bleh share tips sket bro?

    Reply
    • Nasrul Hanis May 5, 2011, 5:09 pm

      yup.. blog English 😀 ..sebab blog English ada potensi lebih luas untuk dilawati worldwide..

      tips ea.. kuatkan networking dengan bloggers2 lain di seluruh dunia based on niche blog tu 😀

      Reply
  • Mohd Isa April 24, 2011, 9:04 pm

    baik untuk yang baru nak merasa buat duit dengan blog, ingat senang ke nak buat duit dari blog. terus kaya, haha. 🙂

    Reply
    • Nasrul Hanis May 5, 2011, 5:10 pm

      hehe.. setahu saya yang nak senang cepat tu.. bukannya kaya.. kayap adalah.. hehe

      Reply
      • Mohd Isa May 6, 2011, 10:37 am

        haha, tahu takpa…ingat senang kot…

        Reply
  • nizamghazi April 27, 2011, 10:38 am

    sy pun tak pasti adakah blog sy berpontensi utk jangka masa panjang. Lagi satu relevan ke guna nama domain nama sendiri, mungkin ada sesetangah pihak xpecially kwn2 yg knl ssh nak support akibat cemburu. Aish…harap pakar dpt bantu

    Reply
    • Nasrul Hanis May 5, 2011, 5:15 pm

      potensi tu kena dilihat dari masa ke semasa based on trafik dan feedback dari pembaca.

      mengenai domain tu.. ada betulnya juga.. bagi saya branding blog tu biar selari dengan niche blog tersebut 🙂

      Reply
  • nizamghazi May 5, 2011, 7:45 pm

    Ok Thanks Nasrul Hanis.
    Lagi 1 nak tanya sejauh mana jadi blogger boleh jadi side income.

    Reply
    • Nasrul Hanis May 6, 2011, 2:30 pm

      welcome nizamghazi.. hm.. soalan yang menarik tu.. InsyaAllah akan saya kongsikan dalam artikel yang akan datang 😀

      Reply
    • Nasrul Hanis May 19, 2011, 7:56 pm

      bro Nizam Ghazi,

      saya ada cuba menjawab soalan bro tu di artikel terbaru saya.. semoga kita sama2 beroleh manfaat 😉

      Reply
  • Mohd Isa May 6, 2011, 10:39 am

    bro, nak tya. cam mana dgn mangga ads. ada income ke? pernah cash out ke?

    Reply
    • Nasrul Hanis May 6, 2011, 2:31 pm

      ada memang ada.. tapi slow sikit.. saya sebenarnya kurang menjadi buat income dari ads macam adsense.. nuffnang atau mangga ads nih.. tapi okeylah daripada takde langsung kan 😀

      Reply
  • titan May 13, 2011, 6:39 pm

    yap, blogging tu itu indah.

    Reply
  • Fazreen May 19, 2011, 1:01 am

    betul tu..tapi orang sekarang masih tak paham konsep bisnes blog ni. Bila gagal mula lah salahkan blogging itu sendiri

    Reply
    • Nasrul Hanis May 19, 2011, 7:55 pm

      hehe.. setuju. banyak yang kena belajar kalau nak betul2 buat duit dari blogging ni.. tak boleh main rempuh je 😀

      * tersilap menari jangan salahkan bumi.. hehe

      Reply
  • Ali ridha May 19, 2011, 11:20 am

    lama dah aku masuk arena blogging ni.
    hingga kini tak pun kaya-raya.tapi seronok
    dapat kawan.duit tu sedang aku hasilkan
    untuk tahun akan datang.

    Reply
    • Nasrul Hanis May 19, 2011, 7:54 pm

      minat, passion dan kepuasan tu yang lebih bermakna, bro. duit ni kita anggap sebagai bonus atas usaha kita tu 😀

      Reply
  • paan June 12, 2011, 3:19 pm

    blogging itu memang best.. sangat suka jana pendapatan dari blogging nie.. tapi dalam berblogging , kena ada fikir halal haram jugak . diharapkan , semua income kita datang dari sumber yang halal , dengan jalan yang halal.

    Reply
    • Nasrul Hanis June 29, 2011, 12:28 am

      InsyaAllah.. betul cakap paan.. kena pilih yang mana betul yang mana tidak.. terpulang pada kita untuk memilih.. pastikan kita ambil rezeki yang halal dan elakkan yang samar2 dan haram..

      terima kasih paan atas peringatan 🙂

      Reply

Leave a Comment