Pergh. Lama rasanya tak update PakarBisnes.com ini dek kesibukan kerja yang saban hari kian bertambah. Namun aktiviti blogging mesti diteruskan juga. Saya belum dan tidak mungkin akan menganggap income yang saya peroleh adalah passive income kerana bak kata seorang teman, “jangan cepat puas hati dengan apa yang kita peroleh, tapi jangan lupa bersyukur”
Terkenang keluhan seorang teman yang lain mengatakan bahawa blogging ini sukar kerana terlalu advanced dan banyak persaingan. Jadi mengapa? Di mana2 pun ada persaingan. Yang penting ialah jika hendak menjadi seorang blogger yang berjaya haruslah berani mencuba. Setiap hari kita mesti mencuba benda dan teknik yang baru untuk diaplikasikan dan saban hari ada saja teknik2 terbaur untuk menjana income online. Jadi apa salahnya kalau kita mencuba?
Dalam hal ini saya tertarik dengan teknik2 dan tips2 blogging yang diutarakan oleh Darren Rowse dari ProBlogger dan saudara Rohaizad di mana mereka selalu mencuba teknik2 terbaru untuk mempelbagaikan teknik blogging, menarik traffik dan menjana income online. Contoh sudah ada, jadi apa salahnya kita mencuba teknik yang mereka perkenalkan?
Namun jangan dilupa berani mencuba juga ada batasannya. Terdapat segelintir blogger yang menerima padah akibat keberanian mereka sendiri. Fikir2kanlah.
Bloggers – anda perlu berani mencuba!