Expand

Menjadi Blogger Kental

Malam yang dingin ditambah pula dengan rasa mengantuk yang agak mengancam. Petang tadi saya terlibat dengan Sukantara di sekolah. Penat juga jadi cikgu ni ya. Hehe.

Saya tertarik dengan istilah ‘blogger kental’ yang diutarakan saudara Rohaizad tapi kemungkinan pengertian ‘blogger kental’ dari perspektif adalah berbeza dari saya. Biar berbeza asalkan berguna, betul tak?

Pengertian ‘blogger’ adalah seorang yang melakukan aktiviti blogging manakala pengertian kental (setelah membuat carian di laman web DBP) merujuk kepada “teguh, kukuh, kuat: usaha-usaha ini memerlukan semangat yg ~ dan sanggup berusaha tanpa mengenal jemu” maka dari pemahaman saya frasa ‘blogger kental’ ini merujuk kepada blogger yang rajin berusaha dan bersemangat tanpa mengenal jemu. Ha.. inilah yang dinamakan blogger kental!

Di sini saya senaraikan beberapa ciri2 blogger kental:

  • Rajin update blog (minima 3 kali seminggu)
  • Sentiasa berusaha mantapkan blog (design, PR, Alexa, Backlinks)
  • Rajin mencari jobs dan offer. Salah satunya ialah dengan rajin Bid (penting!)
  • Sentiasa berusaha untuk memantapkan skil blogging
  • Tidak puas dengan apa yang ada dan dalam masa yang sama – bersyukur

Pendek kata, potensi blogger kental untuk lebih maju adalah tinggi. Jadi buat sahabat2 blogger, jom kita sama2 menjadi blogger kental!

* Post ini sebenarnya adalah motivasi untuk diri saya sendiri juga. Ada idea tapi rasa malas tetap ada! Harapnya dapat memotivasikan sikit diri ini =)

Nasrul Hanis – Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.
2 comments… add one
  • samanosuke_04 May 10, 2010, 8:47 pm

    hehe, nampaknye aku bukan blogger kental lagi laa, sebab bagi aku nak update blog 3 kali sminggu pun daa susah. haish, kena doa banyak2 lagi nie.. hohoho

    Reply

Leave a Comment