Expand

Membina Laman Web/Blog Mesra Pelawat

mesrapelawat

Mungkin anda pernah dengar istilah “mesra pengguna” bagi produk2 tertentu. Tak kiralah produk apa pun, kosmetik ke, laptop, handset, dan sebagainya. Sifat mesra pengguna ni memudahkan pengguna dan menyebabkan produk2 sebegini diterima ramai dan menjadi bahan tarikan.

Begitulah juga dengan laman web/blog anda. Tapi untuk laman web atau blog, lebih sesuai rasanya jika kita menggunakan istilah “mesra pelawat”.

Hm.. camna yang dikatakan mesra pelawat tu?

Pelawat atau visitors adalah umpama pengguna yang saban hari mengunjungi laman web / blog kita. Hari ini weblog menjadi pilihan kebanyakan entrepreneur untuk mempromosi dan menjual barangan kerana sifatnya yang mudah dimaintain. Penggunaan blog juga membolehkan kita sentiasa update maklumat terbaru mengenai produk/servis kita. Selain itu, perkembangan bisnes paid post yang memang menguntungkan merancakkan lagi perkembangan dunia blog.

Ada blogger yang suka kongsi idea (macam saya), ada yang nak promosi produk / jadi affiliate, dan ada yang buat income melalui paid post (macam saya juga. haha). Ada yang gunakan blog untuk pelbagai tujuan (multi-purpose) Jadi kita perlukan la blog yang mesra pelawat. Aiseh. Panjang pulak intro. Ok, jom kita tengok bagaimana yang dikatakan mesra pelawat itu.

1. Domain Yang Tepat
Pemilihan domain yang tepat merupakan satu perkara yang amat penting kerana tanpa domain, tiadalah pelawat akan sampai ke blog anda. Gunakan domain yang kena dengan kandungan blog, contohnya jika blog anda tentang produk2 kesihatan, anda boleh gunakan http://healthcareproducts.net dan sebagainya yang berkaitan.

**Satu tips yang boleh anda cuba ialah kenalpasti laman web atau blog yang menarik dan guna domain yang hampir sama dengan laman web / blog tersebut. Contohnya laman web tersebut guna domain http://makemoneyonline.net, jadi anda boleh guna http://makingmoneyonline.net dan mendapat trafik dari kepopularan laman web tadi dan kebarangkalian pelawat yang tersalah taip. Teknik ni lazimnya digunakan oleh phisher tapi apa salahnya kita gunakan untuk kebaikan, kan? :lanun:

2. Tidak terlalu lambat untuk ‘Load’
Kadang2 kita terlalu menghias blog kita dengan pelbagai ‘aksesori’ yang kadang2 xperlu dan xde kegunaan pun, contohnya jam (kat taskbar dah ada jam kan). Ini akan melambatkan blog dari load dan akibatnya pelawat akan datang sekali je, lepas tu dah xberminat nak melawat lagi kerana jenuh nak menunggu blog anda yang lambat load itu. Kita xboleh nak menganggap semua pelawat menggunakan sambungan Internet yang laju (streamyx pun dikatakan slow sekarang nih) jadi gunakanlah theme yang ringan dan jangan letakkan banyak sangat benda2 yang memberatkan itu :sedih:

3. Mudah Difahami
Tidak kiralah anda menggunakan bahasa apa sekalipun, pastikan bahasa anda mudah difahami oleh pelawat. Jangan masukkan kandungan yang anda sendiri xfaham. Hal ini sangat penting bagi mereka yang ingin mendapatkan income melalui paid post kerana aspek grammar dititikberatkan oleh pengiklan (advertiser) yang menawarkan bayaran yang tinggi. Kalau nak buat kandungan yang merepek, anda boleh gunakan blog peribadi. Jangan campur dengan blog tadi.

4. Susunatur yang Kemas & Sesuai
Ini lagi satu hal yang kadangkala kita lupa. Kandungan dah menarik, bahasa mantap tapi warna la pulak yang spoil. Tulisan kuning dengan warna biru muda memanglah sangat x masuk kan :muntah: Jadi gunalah warna yang sesuai dan sedap dipandang dengan susunatur (layout) yang kemas. Guna theme yang compatible dengan kebanyakan browser dan yang ringkas. Elakkan theme yang terlalu kompleks dan berserabut. Kalau nak letakkan Adsense atau apa2 iklan, letakkan di tempat yang sesuai (akan dibincangkan nanti).

Kata2 dari satu blog (dah lupa apa blognya) : “Design for your visitors, not for you

Cukuplah rasanya setakat ini. Nanti bosan pula korang nak membaca panjang2. Ada yang bertanya bagaimana nak dapatkan trafik dan Pagerank yang tinggi dan seterusnya tawaran2 paid post yang masyuk. Ha, korang setel bab ‘mesra pelawat’ ni dulu. Barulah boleh pergi ke langkah yang seterusnya :bagus:

Semoga bermanfaat buat anda. Trimas :senyum:

Nasrul Hanis – Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.
22 comments… add one
  • life4hire April 6, 2009, 3:19 am

    aku datang meninggalkan jejak..haha :gembira:

    Reply
    • alone April 6, 2009, 12:51 pm

      haha. terima kasih bro :senyum:

      btw, aku xdapat akses ke mana2 domain berceloteh.com dan aeropama.com dan beberapa domain lain. ini disebabkan domain2 tu diblock oleh wireless uia nih. aduhai.

      cuti nanti aku akan berkunjung ke blog2 korang! :sengih:

      Reply
  • fazreen April 6, 2009, 4:04 am

    sy pn ade bt post ttg user friendly ni gak..tp bro pnya lg detail la..btw thanks for sharing

    Reply
    • alone April 6, 2009, 12:43 pm

      ya. saya ada baca di sana. artikel2 yang bagus :bagus: :senyum: i hope we can keep in touch.

      welkam :sengih:

      Reply
  • KNizam April 6, 2009, 7:42 am

    pasal nak cepat load tu lah ko tengok sidebar aku simple giler. hehe 🙂

    KNizam’s last blog post..Malaysian F1 Grand Prix 2009 : Jensen Button Steers To Win Through Rain – From BBC Sports Online

    Reply
    • alone April 6, 2009, 12:46 pm

      hehe. itula. aku pun ada jugak amik ciri-ciri dari blog ko sebagai inspirasi :bagus: :senyum:

      Reply
  • hazman aka species1980 April 6, 2009, 12:23 pm

    yess….susun atur dan cepat load …ciri memang mesra pembaca…

    Entri terkini hazman aka species1980 ialah Ammar Zahar yang saya kenali…..

    Reply
    • alone April 6, 2009, 12:48 pm

      ya. cepat load memang satu karakteristik yang penting. blog yang lambat loading membuat pelawat jemu menunggu dan xberminat untuk melawat lagi. isk3 :sedih:

      Reply
  • Active Blogger April 6, 2009, 12:44 pm

    haha…betul la tu…blog peribadi kalau merepek pun tak pelik…tapi kalau serius lagi orang tak pelik…tapi kalau log business…tak tahulah apa pandangan pengunjung…

    Entri terkini Active Blogger ialah Kisah Kreativiti Rakyat Malaysia

    Reply
    • alone April 6, 2009, 12:54 pm

      blog ni asalnya diari secara online tapi lama-kelamaan jadi platform untuk bisnes dan penyebar maklumat yang sangat berkesan :bagus: :suka:

      memang xpelik blog peribadi mengarut ntah apa2. tapi kalau ko mengarut di blog promosi / bisnes ko. memang silap banyak la. haha :muntah:

      Reply
  • hady April 6, 2009, 6:28 pm

    terima kasih Banyak info yang saya dapat dari post ni. Mengenai load page yang lambat mungkin banyak mengunakan javascript

    Entri terkini hady ialah Upgarde hosting plan

    Reply
    • alone April 6, 2009, 9:23 pm

      sama2 :senyum:

      hm.. ya. betul. dan kehadiran script tu kadang2 disebabkan oleh macam2 widget yang kita letakkan. so pandai2 la memilih dalam mencari widget yang sesuai dan tidak melambatkan loading :bagus: :senyum:

      Reply
  • menteil April 7, 2009, 1:00 am

    salah satu kelemahan aku ialah nama domain yang susah diingat dan dieja..
    sila jangan contohi aku.. hehe..

    Entri terkini menteil ialah Kemesraan Dalam Keluarga

    Reply
    • alone April 7, 2009, 4:04 am

      hehe. walaupun pahit untuk diakui, aku setuju dengan kata2 mu itu :senyum:

      Reply
  • zelo55 April 7, 2009, 4:24 am

    aku dalam golongan menteil gk…
    hahahahah…

    tp xpe…aku bhagia begini…ho3

    Entri terkini zelo55 ialah Aku Benci Mak Nyah Dan Bapok! Period!

    Reply
    • alone April 7, 2009, 1:23 pm

      haha. yang penting, bahagia :suka:

      Reply
  • shafie[dot]biz April 12, 2009, 10:16 am

    thank for da info..leh la ssn blk blog aku nnt..

    Entri terkini shafie[dot]biz ialah Top 20 Plugin WP pilihan anda

    Reply
    • alone April 12, 2009, 6:49 pm

      trimas :senyum:

      ya. susunatur tu penting :bagus: :sengih:

      Reply
  • penhitam February 19, 2011, 11:58 pm

    agak detail. bagus untuk dibaca dan mudah difahami.

    Reply
  • nizamghazi April 27, 2011, 10:44 am

    Yang no. 1 tu ase nye sy dah buat salah, sptutnye kena guna nama domain yg bkn nama sendiri

    Reply
  • promosipercuma.net August 22, 2012, 6:13 pm

    Hi bro..info u cukup santai walaupun masih student..tapi nampak pro..:)

    Reply
Cancel reply

Leave a Comment