Saya yakin ramai yang pernah mendengar ungkapan “Lebih banyak belajar, lebih banyak perkara yang kita tidak tahu”. Saya juga ada membaca pelbagai ulasan mengenai ungkapan ini. Namun apa yang ingin saya bincangkan kali ini ialah bagaimana untuk mengaplikasikan ungkapan ini untuk bisnes yang kita lakukan terutamanya melibatkan blogging.
Sebelum saya mula berblogging secara serius kira-kira 2 tahun yang lalu, pengetahuan saya mengenai blogging adalah sangat sedikit. Ini adalah kerana saya melihat Internet dan penggunaan blog sebaga satu trend sahaja. Pengetahuan mengenai HTML, PHP dan CSS pula amatlah terhad.
Apabila saya mula berjinak-jinak dengan WordPress dan penggunaan hosting dan domain premium, saya terus mengorak langkah dan belajar satu demi satu perkara dan pengetahuan baru hari demi hari. Dan ketika itulah saya sedar yang ungkapan “lebih banyak belajar, lebih banyak perkara yang kita tidak tahu” adalah begitu relevan sekali.
Semakin banyak saya mendalami ilmu pengetahun tentang blogging, saya menyedari lebih banyak yang saya tidak tahu terutamanya mengenai soal teknikal (scripting, SEO, dll.) dan juga aspek fundamental seperti etika dan juga bagaimana untuk berkomunikasi dengan blogger-blogger yang lain. Ianya tidak mudah namun begitu menyeronokkan dan memberi kepuasan kepada diri saya.
Apabila kita belajar sesuatu, ia akan membuka kita kepada pengetahuan yang lain yang kita tidak tahu. Apabila kita meneroka lagi perkara baru itu, kita akan mnemui lagi perkara baru dan seterusnya. Ini adalah satu proses yang berterusan dan sebenarnya menjadikan kita lebih berkemahiran dalam sesuatu bidang termsuklah blogging.
Kesimpulannya, ambil peluang yang ada untuk belajar pelbagai perkara baru sebanyak mungkin kerana dunia Internet hari ini sarat dengan plebagai informasi yang berguna untuk kita pelajari.
Lebih banyak yang kita belajar, lebih banyak yang kita tidak tahu! 😀
15 Comments
hehe, ilmu kat dunia nie terlalu luas.. the more you know, the more you know you don’t know…
betul tu 😀
aku sokong…tipu la kalau seseorang insan tu bagitau yg suma ilmu ada di dlm kepalanya sebab ilmu itu luas..manusia tak munking akan dpt menguasai keseluruhan ilmu yang ada dlm dunia ni
setuju.. yang penting kita kena sentiasa tambahkan ilmu dalam dada 😉
betul , ilmu kat dunia ni terlalu luas..
hari ini berkenalan dgn niche baru , bertambah ilmu , pastu tersedar , makin banyaklah yg kita xtahu .
Entri terbaru ->Bagaimana meningkatkan trafik blog ?
setuju dengan paan!
even dari satu niche tu sendiri banyak yang kita boleh belajar.. nikmat belajar tu memang terasa.
Yang penting ilmu kita sentiasa bertambah walaupun byk lagi belom diterokai. 😀
setuju. jangan biasakan diri cepat puas hati dengan apa yang sedia ada 😀
proses pembelajaran tidak akan berhenti, sehinggalah kita menutup mata. masa nak meninggalkan pun kita diajar mengucap 🙂
betul tu, noreed. proses pembelajaran tu dari buaian hingga ke liang lahad 😉
Kdg2 bila lebih banyak tak tahu, lebih serono & teruja utk belajar & ambil tahu. 🙂
Yup. Dapat belajar benda baru tu yang menyeronokkan tu.. bila belajar benda baru.. jumpa lagi benda baru.. unlimited!
ilmu memang sentiasa berekmbang.. kita mengejarnya.. siapa leka pasti ketinggalan..
benar, Boss. masa itu emas!
Pingback: Pengetahuan Aset Kejayaan - PakarBisnes