Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Selamat datang ye tuan2 dan puan2 :sengih:
Phew. Lain pulak rasanya bila menulis dalam BM nih. Tapi aku rasa nak bereksprementasi berblog dalam dua-dua bahasa, so aku pun ambil inisiatif dengan wujudkan pula blog ni – PakarBisnes.com
Pakar la sangat.
Apa yang (bakal) ada kat PakarBisnes.com nih? :pelik:
Idea tentang blogging
Kadang2 susah aku nak terangkan pada kawan2 macam mana nak buat blog, maintain blog, post entri dan bla3. so terang dalam bahasa ibunda rasa2nya lebih mudah faham la ye. kalau minta aku translate lagi, aku luku kepala sorang2. Aku juga dapat inspirasi dari blog DilarangMelarang.com milik Marzuki Jalil. cool dan interaktif. Mungkin aku akan kongsi beberapa penemuan tentang blogging yang aku jumpa, itu pun kalau ada lah ye.
Income Online
Aku sendiri x pasti sama ada ia adalah ‘income online’ atau ‘online income’ tapi rasanya faham la ye. ‘pendapatan dari internet’. Bab2 pendapatan dari Internet nih, aku salute bro rohaizad. Fuh, memang masyuk lah beliau! :seronok: Aku still newbie tentang income online nih. Dah berapa income? Adalah sikit2. Heh3 😎 Dah nama pun PakarBisnes (sekali lagi, pakar la sangat. niche je tu. haha), aku akan kongsi penemuan2 yang telah aku cuba dalam dapatkan income online nih. Semoga kita sama2 dapat manfaat :bagus:
Entri2 Merapu & Peribadi
Disebabkan dah boleh merapu sikit, aku pu terasa nak sumbat la juga entri2 merapu dan peribadi dalam PB ni. susah aku nak merapu dalam AloneinHome.com. yela, xmerapu pun kadang2 pelawat omputih susah nak faham, lagila nak merapu. Lagipun AloneinHome.com platform aku nak baiki skill language dan cuba nak dapatkan trafik dari serata dunia. haha. niat tersembunyi tu :lanun:
okeh. sebelum aku mengarut lebih panjang, terima kasih sebab sudi datang. aku akan upload dari masa ke semasa.
p/s : kalau KNizam boleh maintain KNizam.com dengan MakanMalaya, aku pun boleh! – sekadar ayat motivasi :seronok:
14 Comments
wahhhh aku suka la ngan theme dark camni. cool ! hehe aku ada 3 blog la. the 3rd blog – http://treasurehuntmalaya.com hehe 🙂
haha. nampak elegan kan :seronok:
cool beb. salute la dengan kau. hoho :suka:
wah cool lah..aku 1 blog pun png nak handle..aper rahsia..saya newbie lagi..
hehe. susah juga sebenarnya nak handle lebih dari satu blog. satu pun da pening :pening:
untuk mudah, blog yang berbeza gunakan untuk fungsi yang berbeza. contohnya:
– satu blog guna english saja dan satu lagi guna bahasa melayu saja, atau
– ada blog yg khas untuk bisnes, peribadi, fesyen atau makanan.
so xpening sangat bila nak maintain dan update :bagus: :sengih:
:sengih: aku suka blog ni.. nak exchange link dgan blog aku? sila reply di mana2 post aku ruangan comment..
terima kasih :sengih:
boleh je. nanti aku pegi mengomen :senyum:
link ke blog ko da ada dalam capaian rawak. harap maklum :kenyit:
hoho alone nak merapu kat blog nie ek… wex tunggu keperapuan alone.. hehe 😎
haha. xdela merapu sangat.
seronok sikit bila xguna ayat skema. haha! :sengih:
boleh je. dari kau ja tu. 🙂
hehe. yakin boleh! :ketawa: :bagus:
hohoh ni first time aku dtg blog.. hahahah gile otai la buat psal bisnes.. hoho vlog aku nan satu tu pon terkapai2 aku ak jaga.. hohohoho all the best bro.. 😎
Entri terkini topo ialah jom buat corak tartan bersama topo..
ehehe. niche je tu. btw, blogging nih memang satu cara untuh luahkan pandangan. tq, bro :ketawa: :bagus:
bro, aku rasa themes ko ada masalah skit.nak tekan kat jumlah komen tu takleh.so kena tekan atas title baru leh tgk komen.
Entri terkini cyberfly ialah Cara disable Facebook & Friendster email notification
memang kat author dengan komen tu xde link ke page post. memang asalnya theme macam tu :senyum:
terima kasih sudi melawat :sengih: