Expand

Buat Duit Dari Amazon Lebih Mudah Dengan Easy Azon

Buat Duit Dari Amazon Lebih Mudah Dengan Easy Azon post image

Berbincang mengenai peluang untuk buat duit di Internet, memang tidak dapat dinafikan lagi yang memang ada pelbagai cara dan platform untuk kita buat duit online. Namun kali ini saya ingin fokus pada satu platform yang saya rasa memang tak asing lagi untuk affiliate marketers iaitu Amazon Associates.

Laman web Amazon sendiri tidak asing lagi untuk pengguna Internet hari ini di mana anda boleh mencari dan membeli pelbagai produk samada produk fizikal ataupun digital. Dan yang menariknya Amazon juga menawarkan peluang untuk affiliate marketer mendapatkan income dengan mempromosikan produk-produk mereka.

Saya juga mula berjinak-jinak dengan Amazon Associates ni dan Alhamdulillah – boleh tahan juga hasilnya. Konsepnya mudah, pilih produk dan kemudian promosikan di blog anda atau social media. Komisen akan diberi untuk setiap produk yang terjual berdasarkan peratusan komisennya.

Namun apa yang menjadi masalah untuk saya sendiri adalah bagaimana untuk membina link affiliate itu sendiri. Setiap kali saya nak buat link affiliate, apa yang perlu saya buat ialah:

  1. Login ke akaun Amazon Associates saya.
  2. Pilih produk yang hendak dipromosikan.
  3. Pilih metod untuk promosi (Link, Image dan sebagainya)
  4. Copy link affiliate atau affiliate code.
  5. Paste ke dalam artikel di dalam blog saya.

Banyak langkah bukan?

Tapi kini saya sudah menjumpai penyelesaiannya – plugin Easy Azon yang lebih mudah dan menjimatkan masa.

Mengapa?

Dengan Easy Azon ini apa yang perlu saya buat ialah:

  1. Tulis artikel baru.
  2. Pilih produk yang hendak dipromosikan. Siap! Contohnya untuk blog kasut saya, saya nak promosikan kasut sukan (sport shoe) yang ada di Amazon dan saya cuma pilih produk untuk dipromosikan dan skip langkah-langkah di atas.

Mudah bukan?

Kelebihan lain Easy Azon ini ialah:

  • Anda boleh cloak URL – affiliate link lebih cantik dan bagus untuk SEO.
  • Kebanyakan blog saya guna outsourced writer so tak perlu lagi masukkan secara manual atau kena serahkan info akaun Amazon Associates kepada mereka kerana affiliate link boleh dimasukkan dari ruangan New/Edit Post. Part ni saya paling suka. Terbaik!
  • Setting Localization. Kadang-kadang pendapatan boleh terlepas berdasarkan lokasi pembeli tersebut. Jadi plugin ni dah sediakan setting untuk “selamatkan” pendapatan itu.

Jadi nasihat saya, kalau anda betul-betul berminat untuk buat duit dari Amazon, Easy Azon ini adalah satu penyelesaian yang terbaik dan menjimatkan masa. Berbaloi-baloi!

* Untuk blog yang menggunakan WordPress sahaja ya 🙂

Nasrul Hanis – Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.
23 comments… add one
  • titan June 30, 2011, 5:01 am

    free ke berbayar plugin nih?

    Reply
    • Nasrul Hanis June 30, 2011, 5:21 am

      plugin ni berbayar (premium). memang ada plugin free yang seumpamanya tapi bagi saya kehebatan plugin ni bolehlah dikatakan kombinasi 5-6 plugin yang percuma. berbaloi-baloi 🙂

      Reply
  • Dila.13 June 30, 2011, 1:27 pm

    Salam Bro Nasrul, first time saya sampai ke sini atas suggestion dari En Rohaizad dalam blog dia. Seronok juga ya dapat generate income dari Amazon. Harap online business Bro Nasrul berkembang lagi nanti 🙂

    Reply
    • Nasrul Hanis July 1, 2011, 4:21 pm

      memang ada sembang2 dengan En Rohaizad hari tu.. rasanya dia pun akan start buat amazon kot.. hehe..

      ya.. memang seronok dan ada kepuasan tersendiri.. sebab hasil akan datang dari usaha.. terima kasih Dila.. selamat maju jaya juga! 😀

      Reply
  • Tukang Review June 30, 2011, 7:32 pm

    Terbaik bro! Memang menarik panduan yang bro kongsi ni. Lubuk baru. Ramai yang dah mula nampak potensi dengan amazon ni hihi..

    Reply
    • Nasrul Hanis July 1, 2011, 4:25 pm

      Hehe. Takdela panduan sangat.. cuma nak kongsi kelebihan plugin Easy Azon ni.. tapi InsyaAllah saya akan kongsi tips2 dan panduan tentang Amazon dan affiliate amnya lepas ni 😀 terima kasih Tukang Review!

      Reply
  • donnyien June 30, 2011, 8:19 pm

    Hai Nasrul,
    Terima kasih kerana berkongsi ilmu yang hebat ini.Kagum dengan awak la..kalau boleh nak jadi seperti awak yang dapat income dari amazon.

    Reply
    • Nasrul Hanis July 1, 2011, 4:29 pm

      Hai donnyien,

      Terima kasih 😀 ..biasa2 saja. Semua orang mampu untuk buat duit dari Amazon.. yang penting kena ada usaha yang bersungguh2 dan teknik yang betul 😀

      Reply
  • zam June 30, 2011, 10:27 pm

    Caya la bro…. teruskan usaha… blog ko nih kena ader dalam senarai rss readers aku nih… huhu

    Reply
    • Nasrul Hanis July 1, 2011, 4:35 pm

      Terima kasih, bro.. saya akan selalu kongsi tips2 di sini so sudi-sudilah berkunjung ya 🙂

      Reply
  • Yas July 1, 2011, 1:53 am

    Salam bro..
    just nak tanya, bro buat promo amazon tu dlm blog bahasa ke?

    Reply
    • Nasrul Hanis July 1, 2011, 4:36 pm

      Tak. Sebab saya menumpukan pasaran dari US, UK dan negara Eropah lain sebab pasaran untuk online shopping di sana adalah tinggi.

      Reply
      • yas July 1, 2011, 4:51 pm

        maksudnya market bahasa ni mmg “kureng” la yekk…ok,time kasih ats info tu.

        Reply
  • danish July 1, 2011, 6:13 pm

    Terima kasih atas perkongsian ini.

    Reply
  • pantaidalam July 4, 2011, 1:02 am

    Salam bro,first time sampai sini,..harap dapat banyak ilmu buat duit kat sini 🙂

    Reply
  • zack October 6, 2011, 1:33 pm

    betul2 memikat…..

    Reply
  • Jhon February 2, 2012, 7:35 pm

    terima kasih infornya..bermanfaat sangat ..:)

    Reply
  • Pn SIti March 25, 2012, 11:00 am

    Salam, wah…terima kasih ya Nasrul, awak mmg hebat, saya mmg tengah korek rahsia buat duit dengan amazon nie…hehe…berbaloi-baloi, nak start la…tapi produk apa yang laris si US dan UK ?

    Reply
    • Nasrul Hanis July 11, 2012, 7:30 pm

      sama2, Pn Siti. InsyaAllah bila selalu explore lama kelamaan akan jadi semakin mudah 🙂

      produk yang laris di Amazon, boleh view di Amazon bestsellers. Buat carian di Google: “amazon bestsellers”.

      Sebenarnya listing bestsellers juga adalah salah satu teknik untuk meningkatkan lagi sales dari Amazon! 😀

      Reply
  • citiroz April 6, 2012, 9:28 am

    terima kasih coz share this tip
    memang sgt berbaloi guna plugin ini klu memudahkan promosi link affiliate amazon dan terbukti boleh hasil sale… wow tahniah!!

    Reply
  • amirulfaiz April 25, 2013, 8:47 am

    Wow, hebat, pelaburan (beli plugin) yang berbaloi. 🙂

    Reply
  • http://www.buy-skinny-fiber.com/ February 13, 2014, 11:28 am

    Pretty great post. I just stumbled upon your blog and wanted to say that
    I’ve truly enjoyed surfing around your blog posts.
    After all I’ll be subscribing for your rss feed and
    I’m hoping you write once more very soon!

    Reply
  • naim December 29, 2015, 10:46 am

    Teach me master 🙂

    Reply
Cancel reply

Leave a Comment