Expand

5 Tips Cari Idea Blogging

Kita memerlukan idea untuk berblogging dan kadangkala atas sebab ‘cari idea’ inilah blogger selalu blur atau tersangkut ketika hendak berblogging. Hal ini memang merugikan terutama sekali jika anda memiliki blog yang banyak di mana blog memerlukan update yang konsisten dan berterusan untuk memastikan kualitinya terjamin.

Ya, cari idea untuk blogging memang penting dan idea yang berkualiti juga adalah penting untuk memastikan kualiti blog. Di sini saya akan kongsikan 5 tips untuk mencari idea blogging yang diamalkan oleh saya sendiri.

1. Mencatat Dari Kehidupan Seharian

Salah satu jenis kandungan blog yang suka dibaca oleh pengunjung ialah perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian. Saya selalu membawa bersama saya sebuah buku nota kecil di mana jika ada perkara yang menarik berlaku, saya akan terus catatkan di dalam buku nota tersebut. Jadi bila hendak blogging dan tiada idea, saya akan rujuk pada apa yang ditulis dalam nota tersebut untuk dijadikan isi kandungan blog.

Contohnya saya ada terlihat 2 orang anak kecil bergaduh di tepi jalan jadi mungkin saya boleh menulis mengenai ‘Bagaimana untuk Mengelak Anak-anak Anda Dari Bergaduh‘ (contoh saja).

2. Membaca Archives Anda

Jika anda lihat pada menu blog PakarBisnes ini, ada pautan untuk ke ruangan ‘Arkib‘ atau Archives. Archives ini penting untuk kita melihat kembali apa yang telah kita terbitkan di blog kita. Dengan membaca Archives, kita boleh mendapat idea untuk mengembangkan atau memperincikan apa yang telah kita tulis dalam artikel-artikel yang lalu.

Contohnya kita pernah menulis tentang 5 cara untuk meningkatkan trafik blog, mungkin kita boleh memperincikan salah satu dari 5 cara yang telah kita tulis itu. Teknik ini selalu diperkatakan oleh blogger-bl0gger terkenal untuk menjana idea untuk blog mereka.

3. Melawat Blog Lain

Melawat blog-blog lain yang ada kaitan dengan niche idea yang ingin anda cari juga membantu ketika anda sedang memerlukan idea. Anda boleh buat carian dengan enjin carian atau lawati link blog-blog yang telah anda kumpul di ruangan links atau dalam simpanan anda. Selalunya saya akan lawati dulu blog-blog yang lain sekiranya benar-benar tiada idea.

4. Direktori Artikel

Direktori artikel seperti Ezine Articles sememangnya mengandungi simpanan artikel yang besar di mana anda boleh membaca dan dapat idea yang pelbagai di situ. Boleh juga anda guna teknik copywriting atau spinning untuk guna kembali artikel-artikel tersebut tetapi hati-hati, jangan salin semula bulat-bulat kerana ada author yang gemar menjejaki artikel mereka yang diplagiat.

5. Laman Social Bookmarking & Social Networking

Nampak simple tetapi bagi saya ianya memang membantu. Anda boleh jumpa pelbagai artikel dari pelbagai niche dari laman social bookmarking seperti BlogCatalog. Selain itu, banyak idea yang boleh anda dapat dari laman-laman social networking seperti Facebook dan Twitter. Ramai yang gemar membangkitkan isu-isu atau pautan ke laman-laman web menarik menerusi social networking jadi anda boleh dapat idea yang anda cari-cari di situ.

Idea sebenarnya ada di mana-mana dan saya ada beberapa lagi teknik untuk mencari idea blogging yang akan saya kongsikan dalam artikel-artikel seterusnya. Diharap tips-tips di atas dapat membantu anda mencari idea untuk berblogging. Sekiranya anda ada tips-tips untuk cari idea untuk blogging, dialu-alukan untuk kongsi melalui laman komen di bawah =)

Nasrul Hanis – Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.
3 comments… add one
  • idan May 22, 2010, 10:12 pm

    Thanks for sharing bro.. great tips. Selalunya kalo blog kita fokus pada sesuatu, mesti banyak idea untuk di coret.

    Reply
    • Nasrul Hanis July 5, 2010, 12:40 am

      ya, betul tu. fokus pada niche yang tertentu memudahkan kita untuk tentukan hala tuju dan isi kandungan blog. tak caca merba 🙂

      Reply
Cancel reply

Leave a Comment