Salam sejahtera buat teman2. Kali ini saya akan menunjukkan bagaimana untuk memasang rotating banner pada blog anda. Saya telah beberapa kali menerima permintaan untuk rotating banner ini namun waktu yang padat agak menghalang. Saya pohon kemaafan.
Rotating banner adalah banner yang akan berubah-ubah setiap kali laman anda load. Saya meminati banner jenis ini kerana ia boleh memaparkan pelbagai banner di sesuatu tempat dengan cara yang amat mudah dan berkesan.
Mari ikuti tutorial ini! =)
* Untuk pengguna WordPress sahaja.
Tools yang saya gunakan untuk tutorial ini:
- Notepad
- Macromedia Dreamweaver
- FireFTP
1. Sebelum anda memasang rotating banner ini, tetapkan dulu lokasi dan saiz di mana rotating banner itu akan berada.
Contoh:
Saiz 728 x 90
Lokasi di Header blog
2. Muat turun plugin AdRotator dan file ads.txt. Klik sini untuk muat turun.
3. Extract & upload plugin ke hosting blog anda dan activate.
4. Upload ads.txt ke folder wp-content dalam hosting blog anda.
5. Masukkan kod <?php echo getad(‘ads’); ?> ke lokasi yang telah anda tetapkan. Bagaimana?
Contohnya saya mahu letakkan rotating banner di header. Saya mencadangkan header kerana paling visible dan mudah dilihat pengunjung. Caranya:
- Buka public_html/wp-content/themes/namatemaanda
- Muat turun header.php
- Buka header.php dengan Notepad atau Dreamweaver
- Masukkan kod <?php echo getad(‘ads’); ?> selepas kod meta.
Contoh:
<meta name=”description” content=”My blog.” />
<meta name=”keywords” content=”blog,saya” />
<link rel=”stylesheet” type=”text/css” media=”screen” href=”<?php bloginfo(‘stylesheet_url’); ?>” />
<link rel=”pingback” href=”<?php bloginfo(‘pingback_url’); ?>” />
<br/>
<?php echo getad(‘ads’); ?>
Buat backup untuk file asal. Kemudian save dan overwrite file asal di dalam hosting blog anda. Siap!
Memasukkan/Menambah banner
Contoh
URL: http://domainanda.com
Source banner: http://domainanda.com/imej1.jpg
Maka kod untuk banner anda ialah:
<center><a href=”http://domainanda.com” target=”_blank”><img src=httphttp://domainanda.com/imej1.jpg></a></center>
Sebenarnya saya telah sediakan kod ini di dalam ads.txt. Anda hanya perlu mengubahnya.
Untuk menambah bilangan banner, masukkan kod yang sama di bawah kod yang pertama dan ubah link destinasi dan source banner. Pastikan fungsi Word Wrap tidak diaktifkan. Format > Word Wrap
Untuk uji, refresh blog anda dan anda akan dapat lihat banner yang dipaparkan berubah mengikut hawa nafsu susunan yang telah anda letakkan di dalam ads.txt.
Selamat mencuba!
Laman plugin asal: http://blog.taragana.com/index.php/archive/wordpress-plugin-adrotator-rotate-your-ads-including-adsense-dynamically/
Boleh lihat penggunaannya di: AloneinHome.com
Jika ada sebarang pertanyaan/kesilapan, sudi2lah meluahkannya melalui ruangan komen di bawah =)