Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Alam Bisnes
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Alam Bisnes
    Kerjaya

    Pekerjaan Yang Bakal Pupus Menjelang 2022

    Nasrul HanisBy Nasrul HanisOctober 10, 2019No Comments2 Mins Read

    Pusingan dunia dan kehidupan manusia bergerak seiring dengan perkembangan teknologi. Sejarah mencatatkan bagaimana teknologi mengubah cara dan keperluan manusia dalam meneruskan kehidupan. Hal ini turut meliputi corak permintaan kepada tenaga kerja.

    Laporan Pekerjaan Masa Hadapan 2018 yang telah dirumuskan World Economic Forum tahun lalu mengganggarkan 133 juta jenis pekerjaan akan berubah menjadi pekerjaan baharu manakala 75 juta akan pupus disebabkan perkembangan teknologi.

    Laporan tersebut turut merumuskan pekerjaan yang bakal pupus dan pekerjaan baharu menjelang 2022 seperti berikut.

    10 Pekerjaan Yang Bakal Pupus Menjelang 2022

    1. Kerani kemasukan data
    2. Kerani akaun, simpan kira & gaji
    3. Setiausaha eksekutif & pentadbiran
    4. Pekerja kilang & pemasangan
    5. Pekerja khidmat pelanggan & maklumat klien
    6. Pengurus pentadbiran & khidmat perniagaan
    7. Akauntan & juruaudit
    8. Kerani simpan bekalan & bahan
    9. Pengurus besar & operasi
    10. Kerani perkhidmatan pos

    10 Pekerjaan Baharu Menjelang 2022

    1. Saintis & analisis data
    2. Kepintaran buatan (AI) & pakar pembelajaran mesin
    3. Pengurus besar & operasi
    4. Pembangun & penganalisis perisian & aplikasi
    5. Profesional dalam pemasaran & jualan
    6. Pakar data dalam skala besar
    7. Pakar dalam transformasi digital
    8. Pakar dalam teknologi baru
    9. Pakar dalam pembangunan organisasi
    10. Khidmat teknologi maklumat

    Perkembangan ini bukan sahaja penting untuk mereka yang sedang merangka perjalanan kerjaya pada masa hadapan, malah perlu diambil berat oleh para pemilik bisnes akan perspektif perniagaan yang mesti diterokai pada tahun-tahun mendatang.

    Rujukan

    • Harian Metro: 75 juta kerja bakal pupus
    • World Economic Forum – The Future of Jobs Report 2018
    • World Economic Forum – 5 things to know about the future of jobs
    • EAB: The top 10 emerging jobs for 2022
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Nasrul Hanis
    • Website

    Nasrul Hanis - Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.

    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini

    Wegic: Cara Mudah Usahawan Membina Website Profesional Dengan Kos Rendah

    November 16, 2025

    Cara Kira Break Even Point Untuk Bisnes Kecil-Kecilan

    November 2, 2025

    Jangan Paksa Kuda Mati Berlari: Pengajaran Penting Dead Horse Theory Untuk Bisnes

    October 10, 2025

    Bagaimana Cara Betulkan ‘There Has Been a Critical Error on This Website’ di WordPress?

    September 3, 2025

    Aidilfitri & Jaringan Perniagaan: Peluang Keemasan Yang Ramai Terlepas Pandang

    March 29, 2025
    © 2025 AlamBisnes.com

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.