Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Alam Bisnes
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Alam Bisnes
    Blog

    Berbakti Dengan Berblogging

    Nasrul HanisBy Nasrul HanisFebruary 25, 20102 Comments2 Mins Read

    Apabila kita bercakap tentang blogging, pelbagai sebab akan diutarakan mengapa kita berblogging – untuk berkongsi ilmu, perbincangan, gosip2, mahupun menjana pendapatan dengan menjual produk atau menawarkan servis tertentu.

    Satu perkara yang perlu kita sedari ialah kita boleh berbakti dengan berblogging. Oh, bagaimana tu? Mungkin ada yang hairan dengan hal ini jadi mari sama2 kita kongsikan.

    Saya ada tersedar hal ini setelah sekian lama berblogging apabila ada komen masuk ke inbox mengucapkan terima kasih atas perkongsian dari sebuah blog niche kesihatan. Ini adalah kerana artikel yang saya tulis itu telah membantu beliau menyelesaikan masalahnya. Dan saya tersedar yang faedah blogging itu lebih luas dari apa yang disangka selama ini.

    Kebetulan ada artikel yang memperkatakan hal yang sama ditulis oleh Wanmus jadi mungkin anda ingin membacanya di sana.

    Teringat pada pesan orang tua saya – “Berilah ilmu yang berguna kepada orang lain. Selagi ilmu itu digunakan dan disebarkan maka kamu akan beroleh pahala”. Kalau tak salah ianya dari Hadis tapi x tau pula mafhumnya. Maaf. Kini penyebaran ilmu lebih mudah dengan blogging jadi apa salahnya kita sama2 mengambil manfaat dari kemajuan teknologi sekarang ini? Banyak ilmu yang boleh dikongsi dan dicari ramai contohnya cara menggunakan servis tertentu seperti debit/kredit kad atau membaiki kereta.

    Jadi bagi kita yang menyedari hal ini janganlah tunggu lagi. Walaupun bukan dengan blogging, ambillah peluang untuk berbakti sebaik mungkin, dan salah satunya ialah dengan blogging (metod terbaik bagi saya). Dan kadangkala rezeki dari blogging itu mungkin datang tanpa disangka-sangka.

    Marilah berbakti dengan blogging dan semoga kita sama2 beroleh manfaat! =)

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Nasrul Hanis
    • Website

    Nasrul Hanis - Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.

    Related Posts

    Mengesan dan Membaiki Broken Link di Laman Web

    March 4, 2025

    Buat Duit Dari Blogging Melalui Pengiklanan

    August 26, 2024

    Bangkit Semula Dari Kegagalan Menuju Kejayaan

    April 2, 2024

    2 Comments

    1. samanosuke_04 on February 26, 2010 11:16 pm

      huhu, betoi2 tue. mmg tuelaa yang ko tengah buat kat blog nie.. aku pun nak gak sebar2 ilmu nie, tapi takde laa ilmu2 yang meletop sangat.. hehee

      Reply
    2. PakarBisnes on April 3, 2010 4:45 am

      ilmu ada di mana2. setiap ilmu yang kita perolehi tu.. kita sebarkan pula untuk yang lain turut tahu tentangnya 😛

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini

    Wegic: Cara Mudah Usahawan Membina Website Profesional Dengan Kos Rendah

    November 16, 2025

    Cara Kira Break Even Point Untuk Bisnes Kecil-Kecilan

    November 2, 2025

    Jangan Paksa Kuda Mati Berlari: Pengajaran Penting Dead Horse Theory Untuk Bisnes

    October 10, 2025

    Bagaimana Cara Betulkan ‘There Has Been a Critical Error on This Website’ di WordPress?

    September 3, 2025

    Aidilfitri & Jaringan Perniagaan: Peluang Keemasan Yang Ramai Terlepas Pandang

    March 29, 2025
    © 2025 AlamBisnes.com

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.