Sebelum ini saya telah menulis mengenai faedah entri berbayar atau paid post. Kali ni saya akan berkongsi pula 5 tips penting tentang artikel berbayar ini. Nota: Entri berbayar = Artikel berbayar.
Apa ye 5 tips yang penting tu? 😉
Saya pasti jika anda tahu tentang paid post, sudah tentu anda sudah sinonim dengan laman web SponsoredReviews, BuyBlogReviews, ReviewMe, Blogvertise, PayPerPost dan sebagainya. Saya tidak akan membincangkan tentang laman2 ini kerana gerak kerjanya lebih kurang sama cuma sedikit berbeza dari aspek2 tertentu.
5 tips penting ini adalah hasil dari pengalaman saya sendiri di mana paid post ini merupakan sumber utama online income untuk saya. 5 tips tersebut ialah:
1. Membaca requirement dengan teliti
Hal ini adalah paling penting sekali kerana tanpa memenuhi requirement ini, advertiser berkemungkinan besar akan reject post yang kita tulis. Requirement selalunya melibatkan jumlah bilangan perkataan dan anchor text (link) yang digunakan. Kadangkala advertiser akan menyertakan requirement tambahan seperti ‘please use one of any image from our site‘ jadi anda perlut teliti dalam membaca requirement tersebut.
2. Tulis dengan gaya anda sendiri
Kadangkala apabila menulis paid post seorang blogger akan terikut untuk menulis dengan terlalu ‘skema’ sehingga menampakkan yang tulisan itu bukan natural atau senagaja dibuat2 olehnya. Hal ini bukan masalah bagi advertiser tetapi pembaca anda akan menyedari hal ini dan lama-kelamaan tidak berminat lagi untuk melawat blog anda dan memyebabkan trafik menurun. Apabila trafik menurun, kadangkala ia menyebabkan peluang untuk anda mendapat tawaran paid post akan turut menurun.
3. Pastikan terma dan penggunaan ayat yang betul
Jangan ambil remeh akan hal ini kerana penggunaan ayat yang salah bukan sahaja boleh menyebabkan post anda direject, malah menjatuhkan kredibiliti blog anda. Saya ada satu tips untuk anda. Contohnya anda tidak pasti sama ada mahu menggunakan frasa ‘i want to cook‘ atau ‘i want to cooks‘ – yang mana satu betul penggunaannya? Mudah sahaja. Taip di carian Google atau Yahoo! kedua2 frasa tersebut dan anda akan dapat lihat penggunaannya. Kebiasaannya frasa yang betul akan terpapar di kebanyakan carian jadi dengan cara ini anda akan yakin menggunakan frasa tersebut.
4. Elakkan kewujudan link pihak ketiga dalam post
Kewujudan link ketiga ini mungkin disebabkan anda mengaktifkan fungsi inline ads seperti InfoLink atau KonteraAds. Sesetengah advertiser yang melihat kewujudan link pihak ketiga ini akan menganggap anda menambah link yang tidak sepatutnya sedangkan ia wujud secara automatik. Saya sarankan anda gunakan Text Link Ads, LinkXL atau LinkWorth kerana setakat ini saya tidak menghadapi masalah menggunakannya. Jika anda menggunakan plugin WordPress Affiliate Clickbank Plugin, sertakan kotak atau bezakan warnanya dengan post supaya advertiser yang ia bukan sebahagian dari post tersebut.
5. Maintain blog anda
Ini penting juga. Jangan biarkan blog anda itu penuh dengan paid post sahaja. Walaupun anda menerima 5-10 jobs sehari untuk blog yang sama, selang selikan dengan post anda sendiri. Ini adalah untuk mewujudkan naturaliti di dalam blog tersebut. Jadi pembaca anda takdelah perasan sangat akan paid post tersebut. Yang penting, maintain niche blog anda itu.
Jika anda masih berada di tahap permulaan untuk menulis paid post ini, saya sarankan anda membaca dahulu artikel saudara Rohaizad yang bertajuk “Niche blog network – Apa yang seronok mengenainya?” untuk tahu secara ringkas tentang apa yang perlu anda lakukan untuk blog anda. Kemudian jangan lupa kembali ke sini untuk meneliti 5 tips yang saya highlightkan ini 😛
4 Comments
Hati hati lo. Google tidak suka PPP.
Google mmg tidak suka PPP tp why should we put all eggs in one basket? Don’t only rely on Google.
Direct advertising is better than 3rd part ads
Jayce betul tapi pendapat Fazreen memang relevan. Kita x boleh bergantung pada Google sahaja. Ada banyak lagi sumber yang masyuk boleh kita buat 😛
Pingback: Blogging Adalah Bisnes Jangka Panjang - PakarBisnes