Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Alam Bisnes
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Alam Bisnes
    Buat Duit

    5 Sebab Mengapa Pengguna Twitter Akan Follow Anda

    Nasrul HanisBy Nasrul HanisJune 9, 20096 Comments3 Mins Read

    ikutsayatwitter

    Mempunyai followers yang ramai di Twitter adalah impian setiap pengguna Twitter. Tanpa followers, siapa yang nak baca Twit kita kan? Ini adalah kerana dengan adanya followers kita beroleh pelbagai faedah dan keuntungan dari Twitter.

    Jom tengok 5 sebab mengapa pengguna Twitter yang lain akan follow anda di Twitter.

    1. Twit Anda

    Seperti yang kita biasa dengar, content is the king. Itu quote untuk blog, namun sama halnya dengan Twitter. Tiada siapa berminat untuk follow Twit yang membosankan contohnya Twit yang sama setiap hari. Kadangkala kita dapat lihat ada pengguna Twitter yang asyik Twit benda yang sama setiap jam! Gosh. Memang keji. Amalkan Twit mesej2 yang penuh informasi beserta link ke laman2 web yang menarik. Jika anda nak Twit tentang hal peribadi, pastikan ianya menarik contohnya ‘boleh pulak berus gigi patah masa aku sedap gosok gigi tadi’ atau ‘baru jek beli baju baru. korang boleh gak beli kat http://belibaju.net’ (contoh jela).

    2. Jumlah Followers

    Kebanyakan pengguna Twitter akan lihat pada jumlah followers sekiranya mahu follow pengguna Twitter yang lain. Kebiasaannya selebriti atau orang ternama seperti Barrack Obama atau Britney Spears pastinya ada followers yang ramai namun jarang untuk pengguna Twitter dari kalangan orang biasa memilik followers yang ramai. Bilangan followers anda yang ramai boleh menarik pengguna Twitter yang lain untuk follow anda juga.

    3. Profil & Design Yang Mantap

    Kita mungkin terlepas pandang akan design dan keadaan laman profil kita di Twitter. Hal ini mungkin disebabkan kita biasa menggunakan perisian seperti DestroyTwitter, TwitterDeck atau TwitterFox. Namun jangan dilupa masih ramai yang menggunakan laman asal di Twitter untuk berTwit. Maka anda memerlukan profil & desin yang mantap. Profil mestilah diletak dengan baik dan lengkap beserta laman web anda. Baru nampak ikhlas walaupun tak letak nama sebenar.

    Background laman Twitter anda juga mestilah cool. Boleh dapatkan background Twitter yang menarik kat sini :

    • TwitRounds
    • MyTweetSpace
    • TwitBacks
    • TwitterBackgrounds
    • Twitter-Images

    4. Interaktif

    Hal ini mudah saja. Rajin-rajinlah reply kepada Twit pengguna Twitter yang lain dengan fungsi @reply ataupun dengan menggunakan function reply yang telah disediakan. Pastikan Twit yang anda mahu reply itu relevan dan reply anda itu juga mestilah relevan. Jangan sekadar ‘Nice Tweet!’ saja. Apabila pengguna Twitter tersebut reply kembali, username Twitter anda akan turut dikenali followers pengguna Twitter tersebut. Barulah mudah untuk anda mengumpul followers di Twitter.

    5. Icon yang menarik

    Tahukah anda yang icon anda di Twitter juga memainkan peranan penting untuk mengumpul followers di Twitter. Ada pengguna Twitter yang menggunakan imej gadis seksi untuk menarik followers tetapi cara ini sudah agak lapuk. hehe. Pastikan icon anda menarik dan ada gaya. Walaupun saiznya hanyalah 48 x 48, banyak yang anda boleh lakukan dengan ruang tersebut. Yang berwarna warni lagi bagus. Aku tertarik dengan icon yang digunakan cik chokilala dan PolitikMalaysia. Terang, cantik dan ada tarikan.

    Penutup

    Cukuplah rasanya 5 sebab untuk pengguna Twitter follow anda di Twitter. Itu pun dah banyak rasanya. Hoho. Oh ya, untuk optimumkan lagi penggunaan Twitter, anda boleh gunakan servis TweetLater untuk dapatkan fungsi2 menarik seperti scheduled Tweet dan mesej automatik kepada followers baru anda.

    Boleh ke kalau nak buat duit dengan Twitter? :duit: Mestilah boleh. Klik sini untuk buat duit dengan Twitter.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Nasrul Hanis
    • Website

    Nasrul Hanis - Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.

    Related Posts

    7 Idea Bisnes Online Yang Anda Boleh Cuba Sepanjang Ramadan

    March 2, 2025

    Berjaya Dalam Affiliate Dengan Menggunakan Blog Dan SEO

    February 27, 2025

    Buat Duit Dari Blogging Melalui Pengiklanan

    August 26, 2024

    6 Comments

    1. lisa on June 9, 2009 5:01 pm

      info menarik 🙂

      Entri terkini lisa ialah Didera Bagaikan Didalam Neraka!

      Reply
    2. kisahsensasi on June 9, 2009 6:56 pm

      twitter nie kalau kita sentiasa berinteraksi sure akan bantu dapat followers….

      Entri terkini kisahsensasi ialah Kendra Wilkinson tinggalkan PLAYBOY

      Reply
    3. hazman aka species1980 on June 9, 2009 6:59 pm

      ikon oleh chokilala dan politik memang yang paling MENONJOL laa….

      Entri terkini hazman aka species1980 ialah Siri TIPS panduan SENANG HAMIL

      Reply
    4. samanosuke_04 on June 11, 2009 8:25 pm

      hihi, aku stakat nie baru ader 8 follower… malas rr nak carik2 follower nie.. cam desperate plak..

      Entri terkini samanosuke_04 ialah Kes Misteri Pushkin : External HDD Hilang!!!

      Reply
    5. broSKL on June 12, 2009 2:06 am

      wah informasi yg berguna pd sy, sbb baru je sign in twitter ni..

      Entri terkini broSKL ialah Blog Ini Akan di tutup

      Reply
    6. Petua Orang Tua on June 20, 2009 9:00 pm

      em, xtau la nk gune twit tu..ade dah akaun, tp x reti nk gune..stakat pakai feed je utk masukkan post blog..boleh x masukkan feed dari byk blog utk 1 akaun tak?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini

    Wegic: Cara Mudah Usahawan Membina Website Profesional Dengan Kos Rendah

    November 16, 2025

    Cara Kira Break Even Point Untuk Bisnes Kecil-Kecilan

    November 2, 2025

    Jangan Paksa Kuda Mati Berlari: Pengajaran Penting Dead Horse Theory Untuk Bisnes

    October 10, 2025

    Bagaimana Cara Betulkan ‘There Has Been a Critical Error on This Website’ di WordPress?

    September 3, 2025

    Aidilfitri & Jaringan Perniagaan: Peluang Keemasan Yang Ramai Terlepas Pandang

    March 29, 2025
    © 2025 AlamBisnes.com

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.