Baru-baru ini saya telah menerima satu email yang begitu berguna sekali untuk kita yang minat dengan bisnes affiliate. Email ini yang bertajuk “3 Tips Menjadi Super Affiliate & Menjana Komisen Yang Lumayan” ini datangnya dari Team Aspirasi Cyber untuk subsriber mailing list mereka. Ha.. inilah salah satu kebaikannya dengan subscribe pada Mailing List yang bertul2 memberi informasi & pengetahuan berfaedah kepada kita.
Baiklah.. mari kita kongsikan sedikit sebanyak 3 tips untuk menjadi super affiliate ini. Baca jangan tak baca!
Tips No. 1: Mencari Program Affiliate Yang Menawarkan Komisen Yang Tinggi
Dalam mencari program affiliate atau produk yang ingin anda promosi, cari program affiliate/produk yang menawarkan komisen yang tinggi untuk setiap pembelian yang berjaya. Ini adalah kerana anda akan melakukan usaha yang sama dan memperuntukkan masa yang sama untuk memperolehi komisen yang berbeza.
Tips No. 2: Mencari Tawaran Yang Menawarkan Komisen Yang Berulang-ulang
Untuk mendapat komisen yang banyak memerlukan penjualan produk yang banyak juga. Oleh itu, adalah baik jika anda mencari juga tawaran yang menawarkan komisen yang berulang-ulang atau “recurring billing”. Dengan ini, anda akan menerima komisen setiap bulan atau tahun tanpa perlu buat apa-apa (passive income) kerana prospek akan mebuat bayaran bulanan/tahunan kepada pemilik membership tersebut.
Email tersebut menyenaraikan 2 cara untuk anda mencari peluang komisen yang berulang2 ini:
- Cari tawaran komisen yang berulang-ulang di Clickbank Marketplace dengan mencari produk yang mempunyai nilai yang lebih tinggi dari $0 di dalam kategori “future $”. Produk ini adalah produk yang memerlukan pelanggan membayar sejumlah amaun setiap bulan. Dan di dalam amaun itu ada komisen anda.
- Cari menggunakan Google Search dengan menaip katakunci “affiliate program + recurring billing”, “membership site”, “passive income” dan lain-lain.
Tips No. 3: Memiliki Senarai Nama Opt-In(Senarai Email)
Tips ini rasanya disebut berulang kali oleh guru2 internet marketeer memandangkan ia adalah satu cara yang berkesan untuk meningkatkan jualan anda. Dari meletak iklan affiliate anda di sana sini, adalah lebih baik anda membina satu squeeze page dan membina mailing list anda dengan menawarkan produk atau servis percuma kepada prospek.
Prospek gemar untuk membeli produk dari orang yang mereka kenal jadi bina hubungan yang baik dengan mereka untuk mengingkatkan prestasi jualan anda.
Demikianlah sedikit sebanyak perkongsian dari email tersebut. Saya olah sedikit kandungannya mengikut pemahaman saya. Tips2 yang diberikan ini sangat relevan dan berbaloi untuk dipraktikkan. Terima kasih Team Aspirasi Cyber!
8 Comments
Best giler infor ni….tapi belum ader kesempatan untuk ke arah itu…satu hari nanti akan di cuba…
tips ke-3 tue paling penting rasanye.. tapi cane nak buat list tue rr.. lagi satu aku takut sebab ramai org benci spam senanye.. hohoho
@Shaffik: yup, bro. benda yang baik harus dicuba! 😀
@samanosuke_04: ya.. memang betul. 😀 sebab tu ada beberapa tips dan strategi yang digariskan IM2 untuk mengelakkan kerugian dari mailing list ni 🙂
Berapa lama waktu yang diperlukan untuk menjadi seorang Super affiliate?
Pingback: Menukarkan Pelawat Kepada Pembeli - PakarBisnes
Berniaga cara affiliate ni mmg best. Tak payah sedia produk, hanya promosi produk orang lain. Yg penting kena pastikan produk tu ada kualiti..betul tak.
terima kasih tuan …
tips yang diberikan ni bagus sekali..
cuma tips no.3 je belum diamalkan lagi..
nampaknya kena bermula dari sekarang jgk ni
terima kasih tuan dengan tips affiliate yang dikongsikan.
sememangnya amat membantu newbie mcm saya ni untuk bermula