Memang benar bisnes affiliate adalah bisnes yang menguntungkan. Sesetengah dari kita tidak menganggapnya sebagai ‘bisnes’, mungkin sekadar ‘pendapatan tambahan’. Tetapi aku menganggapnya sebagai bisnes.
Sedarkah kita yang kadangkala kita melakukan kesalahan ketika menjalankan bisnes affiliate? Mari kita lihat senarai 10 kesilapan dalam bisnes affiliate.
1. Tidak Komited & Kurang Sabar
Kesabaran dan komitmen adalah perkara yang penting untuk berjaya dalam mana-mana bisnes, termasuklah bisnes affiliate. Kadangkala kita hilang kesabaran apabila promosi yang dijalankan tidak menjadi, tambahan pula apabila melihat orang lain sudah berjaya dengan program affiliate yang sama. Sifat kurang sabar ini dan tiada komitmen ini akan membuatkan anda putus asa dan akhirnya rugi.
2. Menyertai terlalu banyak program affiliate
Tidak salah jika anda mahu menyertai pelbagai program affiliate tetapi janganlah terlalu ghairah menyertai semua program affiliate yang ada sehingga tidak dapat fokus untuk menjayakan mana-mana affiliate dan ini menyebabkan promosi yang dilakukan sekadar ‘cincai2’ kerana ingin menyertai banyak program affiliate. Bak kata pepatah, yang dikejar x dapat, yang dikendong berciciran. Tidak dinafikan lebih banyak program affiliate yang disertai, lebih tinggi potensi untuk dapat keuntungan tetapi kenalah mengurus semuanya dengan baik dan sistematik.
3. Tidak memilih produk yang sesuai
Produk yang sesuai adalah penting kerana prospek produk tertentu mestilah disasarkan kepada prospek yang tertentu. Produk untuk wanita kurang sesuai dipromosikan di kalangan lelaki dan begitulah sebaliknya. Jangan terlalu melihat kepada komisen yang ditawarkan kerana apa yang penting ialah penilaian samada produk yang bakal dipromosikan itu mempunyai potensi yang tinggi atau tidak.
4. Tidak ada pengalaman / pengetahuan tentang produk
Salah satu perkara yang gemar diperhatikan oleh pengguna semasa membeli sesuatu produk ialah pengalaman pengguna yang telah menggunakan produk tersebut. Anda perlu memahami konsep dan pengetahuan tentang produk tersebut untuk menambah keyakinan & menarik minat prospek membeli produk melalui anda. Langkah yang terbaik ialah dengan mencuba sendiri produk tersebut. Jika tidak, ambil sedikit masa untuk buat carian mengenai produk tersebut dan pengalaman mereka yang pernah menggunakannya.
5. Terlebih membuat pendedahan
Kadangkala kita terlalu seronok berpromosi dan membuat pendedahan tentang produk yang dipromosikan sehingga mendedahkan perkara yang tidak perlu didedahkan. Akibatnya, rahsia bukan ‘rahsia’ lagi. Salah satu elemen yang berkesan untuk menjayakan affiliate ialah dengan mewujudkan rasa ingin tahu (curiousity) pada prospek dan sekiranya terlalu banyak pendedahan mengenai produk/affiliate yang dipromosikan, ada kemungkinan minat prospek untuk membeli produk tersebut sudah berkurangan atau sudah tiada lagi.
6. Tidak memahami sistem affiliate yang digunakan
Ada program affiliate yang menawarkan komisen untuk setiap jualan. Ada yang menawarkan komisen untuk setiap lead. Anda boleh lihat pelbagai jenis komisen ini di CJ atau MaxBounty. Kegagalan memahami sistem affiliate yang anda gunakan mengurangkan potensi untuk anda mempromosikan affiliate anda itu.
7. Tidak ada laman web yang khusus
Laman web yang khusus merupakan satu elemen yang penting untuk mempromosikan produk. Memang betul kita diberi link affiliate beserta ID atau username tetapi adalah lebih baik kita menghasilkan satu laman web atau page beserta domain yang khusus untuk produk itu. Untuk menjimatkan masa, anda boleh menggunakan teknik redirect page untuk menampakkan seolah-olah produk itu milik anda sendiri. Klik sini untuk lihat bagaimana untuk buat redirect page.
8. Menyalin bulat-bulat ayat promosi dari web asal
Satu lagi kesilapan yang kadangkala kita lakukan ialah menyalin ayat-ayat promosi dari web asal. Memang ayat promosi di laman web produk tu gempak, tapi janganlah tiru bulat-bulat. Cuba hasilkan satu post mengenai produk tersebut dengan menggunakan ayat promosi dan artikel anda sendiri. Selitkan link affiliate di situ. Kemudian submit artikel itu ke Digg! untuk cepat diindeks. Barulah anda dapat unique content dan ada peluang untuk ditemui pengguna melalui enjin carian. Nak tau teknik menulis artikel yang berkesan untuk affiliate? Klik sini untuk baca.
9. Tidak Menghubungi Prospek
Tanpa prospek, tiadalah hasilnya. Ada di antara kita yang meletakkan link affiliate atau banner di blog/laman web kemudian membiarkan sahaja ia di situ. Benar ia berpotensi untuk menarik trafik tetapi alangkah bagusnya jika anda berusaha sedikit untuk menghubungi prospek. Prospek boleh terdiri dari kawan-kawan, keluarga dan sebagainya. Pastikan mereka bersesuaian dengan produk yang dipromosikan. Kutip e-mail sebanyak mungkin tapi jangan sesekali spam! Promosi dengan berhemah. Aktifkan diri dalam forum atau social networking untuk hasil yang lebih baik.
10. Hilang keyakinan
Tiada apa yang dapat dilakukan sekiranya anda melakukan kesilapan ini. Kegagalan dalam satu cubaan tidak bermakna gagal selamanya. Jika gagal, cuba lagi dan lagi sehingga berjaya. Bisnes apa pun memang melibatkan trial & error jadi sekiranya anda hilang keyakinan, cuba fikirkan sejenak – “Kalaulah orang lain boleh berjaya, kenapa aku tidak?”
Ini adalah antara kesilapan-kesilapan yang dilakukan dalam bisnes affiliate. Banyak lagi kesilapan tapi aku menulis ni dari pengalaman dan pengetahuan aku sendiri. Betulkan jika aku tersilap dan jika ada sebarang idea tambahan, korang dialu-alukan untuk menambahnya di bawah =)
2 Comments
Yang penting kalau nak buat affiliate nie….kena FOKUS dan USAHA yang konsisten
Entri terkini hazman aka species1980 ialah 8 BLOG KUNJUNGAN HARIAN
@hazman betul tu hazman. FOKUS + USAHA meamng elemen yang penting kalau nak buat affiliate ni :senyum: