Satu fakta yang tak dapat untuk saya nafikan: Kesibukan dan KEMALASAN merupakan penghalang utama untuk update blog!
Author: Nasrul Hanis
Kembali berblogging! Alhamdulillah.. syukur saya panjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya saya dan isteri – Na’imah Zuki selamat diijabkabulkan pada 23 Januari 2012 yang lalu. InsyaAllah kenduri kedua-dua belah pihak akan diadakan pada 14 dan 17 Mac ini.
Assalamualaikum dan apa khabar semua. Harap sihat seadanya. Alhamdulillah dapat kekuatan untuk update blog PakarBisnes ini. Memang agak lama tak berupdate (post yang lepas adalah pada Aidilfitri yang lalu!) dan ini tidak bermakna saya menyepi dari dunia blogging dan online. Cuma agak sibuk dengan pengembangan bisnes blog dan beberapa peluang bisnes yang saya ceburi. Baiklah kita terus ke topik perbincangan kali ini – bisnes mesti bersandarkan kepada realiti!