Expand

Review: Filem Karak

Review: Filem Karak post image

Sebenarnya ini artikel pertama pasal review filem jadi saya harap artikel-artikel sebegini takdelah mengganggu konsentrasi blog ini dan pembaca atas niche blogging dan bisnes PakarBisnes ini.

Semalam saya dan kawan-kawan berkesempatan untuk menonton filem Karak ni.. “Seram pun seramlah. Janji best,” bisik saya dalam hati sebelum menonton. Jadi saya ingin tulis sedikit review dari saya sebagai seorang penonton.

Filem Karak mengisahkan empat orang sahabat – Zura, Nik, Jack dan Ida yang dalam perjalanan ke Kuantan dan ditimpa kemalangan.

Pertama sekali, filem Karak ini tidaklah seseram mana pun cuma dari segi visual dan efeknya memang boleh dipuji. Hantu-hantu yang dipaparkan memang agak menakutkan dan menggelikan dan unsur-unsur saspens turut merentap perasaan.

Dari segi mesej memang sangat bagus di mana filem ini menekankan tentang ayat Kursi – kita selalu baca untuk “menjauhkan hantu” tapi kita sendiri tidak faham apa maksudnya di mana ada dalam satu babak malahan hantu pun turut sama membaca ayat Kursi tersebut sehinggalah Zura (watak utama) membaca ayat tersebut dengan sepenuh hati beserta kefahaman dan keyakinan yang mendalam.

Namun ada babak yang agak menghairankan dan kadang-kadang menggelikan hati. Antaranya ialah babak Ida berkemban di rumah Tok Malam. Sudahlah tahu tempat itu berhantu, berani pula berkemban dan pergi mandi seorang diri di luar rumah pada waktu malam. Memangla kena kacau dengan hantu kan. Hehe. Kemudian ending macam sedikit tergantung di mana saya sebagai penonton tidak tahu apa sebenarnya current state Zura apabila pemberita mengatakan yang seorang masih belum ditemui. Di alam lainkah? Ada kemungkinan penerbit sengaja menimbulkan tanda tanya untuk sambungan Karak 2.

Begitu juga dengan ending dua orang pemuda rock kena ganggu dengan hantu yang menunjukkan ada orang lain pun kena ganggu juga di situ. Bagi saya ending orang ramai di tempat kejadian sudah mencukupi dan macam terkejut pula ada babak dua pemuda rock tu.. tapi mungkin penerbit ada mesej yang nak disampaikan dari babak tersebut.

Satu lagi yang saya tidak faham ialah peranan watak hantu ibu yang berkebaya dan anaknya yang berbaju sekolah. Tak tahu dari mana asal usul mereka walaupun mereka memainkan peranan penting yang menyebabkan kemalangan empat sahabat tersebut. Mungkin mereka adalah mangsa kemalangan lebuhraya atau memang hantu yang popular dan selalu disebut-sebut di Karak.

Kesimpulannya saya rasa filem Karak ada mesej yang bagus cuma kadang-kadang ada babak yang membuat penonton kehairanan dan kadang-kadang tertawa. Dari segi keseraman – boleh tahan tambahan kalau kita imagine kita sendiri di tempat tersebut.

Sedikit kata-kata menarik dan menyentap dari salah satu hantu – “Kenapa lari, kata orang beriman“!

Nasrul Hanis – Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.
9 comments… add one
  • naimah May 29, 2011, 12:25 pm

    filem karak ni, menghimpunkan pengalaman2 si pengguna lebuh raya. jadi ibu berkebaya tu, kalau xsalah dari cerita yang didengar, ibu tu akan tahan kereta2 yang lalu. kalau ada kereta yg berenti, dia naik n akan hilang tiba2 dan tinggalkan batu nisan dalam kereta.

    nak tambah sket dari kata2 menarik hantu tu,
    “kalau kata beriman, kenapa bersubahat?”

    Reply
    • Nasrul Hanis June 9, 2011, 2:50 am

      oo.. baru la tau.. tak follow sangat cerita2 hantu ni.. hehe..

      menarik kata2 tu. hehe.

      Reply
  • Husnil Khatimi Hussin June 2, 2011, 2:00 pm

    yang aku tau cerita pasal karak, volkwagen kuning tu ja. tak tengok lagi movie ni. kena tengok ugak. dah 3 tahun lebih dok kuantan nih.

    Reply
  • titan June 8, 2011, 5:05 am

    lom tengok lagi..emm..bila la dapat tengok. astro fist takde ker?

    Reply
    • Nasrul Hanis June 9, 2011, 2:56 am

      tak tahu pula kalau2 ada kat astro first. astro pun xde. haha.

      Reply
  • Ali ridha June 8, 2011, 10:54 pm

    muatturun percuma aku nak la.

    Reply
  • Hisham July 28, 2011, 12:18 pm

    Dalam ending dia tu, pemberita kata jumpa tiga mayat seorang lagi masih tak di temui, kan masa zura sampai ke tempat kejadian tu, orang pun dah penuh kat tempat kejadian tu termasuk la anggota bomba dan polis, pemberita tu mana la tau yang zura tu mangsa kemalangan tu juga kan, jadi takda la karak 2 yang di katakan tu, yang 2 orang mat rock kena ganggu pada ending tu, tu adalah gimik je sebab memang dah nak abis kan citer dia kan, tu tandanya karak tetap lebuh raya berhantu seperti diorang katakan sehingga la kini…..

    Reply
Cancel reply

Leave a Comment