Expand

Nak Berjaya? Bertindaklah Segera!

Nak Berjaya? Bertindaklah Segera! post image

Kita mungkin selalu membaca bermacam-macam panduan dan motivasi di Internet saban hari. Mudah saja. Buat carian dan tapi kata kunci. Dan anda akan menemui pelbagai panduan dan motivasi percuma atau berbayar di Internet.

Tapi motivasi dan pengetahuan sahaja tidak mencukupi. Kejayaan juga memerlukan tindakan.

Saya mengakui satu kelemahan saya ialah saya agak lambat bertindak untuk mencapai sesuati matlamat. Walaupun saya gemar membaca pelbagai jenis panduan dan kata-kata motivasi dalam bisnes dan juga blogging, namun saya mengambil masa untuk melakukan tindakan. Dan hasilnya ialah matlamat yang ingin dicapai itu sukar untuk dicapai.

Ianya sesuatu yang saya dan anda perlu ubah dan tangani sebelum terlambat dan menyesal di kemudian hari.

Dunia Internet dan teknologi bergerak begitu pantas hari ini. Setiap saat ada saja penemuan dan teknologi terbaru. Terlambat seminit mungkin sudah menyebabkan kita lambat beribu-ribu atau berjuta-juta maklumat. Sesuatu yang kita perlu fikirkan.

Begitu juga dengan bisnes. Kerana bisnes ini sentiasa melibatkan peluang. Sekiranya kita leka dan berlengah-lengah, ramai lagi mereka yang sentiasa mengintai-intai peluang dan seterusnya meninggalkan kita.

Ini sesuatu yang harus kita fikirkan kerana masa adalah emas dan masa bergerak begitu pantas sekarang. Terlambat seketika mungkin menyebabkan kerugian yang banyak. Sebagai contoh, blog anda yang mempunyai PR3 mungkin akan menjadi PR1 dalam jangkamasa anda berlengah-lengah untuk mengemaskininya. Begitu sukar untuk mencapai PR3 namun oleh kerana tidak mengambil peluang di depan mata dan berlengha-lengah, kita menanggung kerugian yang besar.

Anda nak berjaya? Bertindaklah segera!

Nasrul Hanis – Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.
2 comments… add one
  • x-po September 18, 2010, 6:36 pm

    mungkin yang lambat amik tindakan tu sbb diorang tkt untuk tanggung risiko huhu

    Reply
  • Hadi Rofiee September 24, 2010, 8:16 pm

    Saya akui, itulah di antara kunci utama utk berjaya. Nak pandu kereta, hidupkan enjin.

    Bertindaklah skrg!!! peringatan utk diriku juga. 🙂

    Reply
Cancel reply

Leave a Comment