Expand

Merancang Strategi untuk Kejayaan

Mungkin ramai yang tidak sedar akan hal ini – betapa perlunya merancang untuk kejayaan tidak kiralah apa bidang pun termasuklah bisnes. Saya banyak membaca kisah usahawan2 online dan offline yang menyesal akan kelalaian mereka dalam merancang strategi untuk kejayaan dan akhirnya mengakibatkan kegagalan.

Dalam merancang strategi, antara perkara yang penting untuk diambil perhatian ialah matlamat, jangkamasa perancangan dan kemampuan kita untuk melaksanakan perancangan tersebut. Saya selalunya membahagikan perancangan kepada beberapa jangkamasa – jangka pendek dan jangka panjang.

Antara faedah merancang strategi ialah:

  • Kita tahu matlamat kita
  • Kita tahu apa yang perlu dilakukan
  • Kita ada halatuju
  • Mengelak dari membuang masa

Pelaksanaan adalah langkah yang penting selepas perancangan. Ada beberapa orang sahabat saya yang berkongsi kekecewaan kerana gagal melaksanakan perancangan mereka kerana mereka terlupa untuk mengukur kemampuan diri sendiri dengan apa yang mereka rancangkan. Perancangan yang “gempak” tidak akan mendatangkan hasil jika ianya tidak realistik. Saya juga pernah melakukan kesilapan dengan membuat perancangan yang hebat namun akhirnya menyedari yang ianya hanyalah sekadar perancangan dan kini, saya bersikap realistik dalam setiap perancangan yang saya lakukan.

Kesimpulannya:

  • Merancang strategi untuk kejayaan adalah penting
  • Perancangan tanpa pelaksanaan adalah sia-sia
  • Bersikap realistik dalam membuat perancangan

Semoga berjaya dalam apa jua yang anda lakukan! Sekiranya ada idea tambahan atau pandangan untuk dikonngsi, luahkannya melalui ruangan komen di bawah! 🙂

Nasrul Hanis – Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.
10 comments… add one
  • Rosley August 7, 2010, 11:28 pm

    Saya kadang-kadang merancang untuk menulis artikel tetapi apabila menghadap pc semuanya blank. Macammana nak jayakan supaya rancangan penulisan itu berjaya?

    Reply
    • Nasrul Hanis August 29, 2010, 5:39 pm

      Memang hal itu lumrah bila hendak menulis dan kita panggil ia “blogging block”. Kita selalu ada banyak idea tapi bila di depan PC, blank dan tak tau langsung nak tulis apa.

      Cara yang saya praktikkan ialah dengan bawa nota kecil ke mana-mana. Bila dapat idea, terus tulis di dalam nota tu. Tapi sekarang dah canggih, jadi boleh masukkan ke dalam Notes di handphone saja. Kemudian, listkan dalam Notepad dalam PC. Bila nak tulis artikel, rujuk balik kepada list idea yang telah ditulis. Cara ni efektif untuk saya.

      Selamat mencuba! 😉

      Reply
  • Hadi Rofiee August 16, 2010, 6:02 pm

    Salam sejahtera & salam perkenalan.

    Pertama sekali, saya sangat tertarik dengan tema blog ini. Walaupun ringkas, namun ia amat menepati dengan citarasa saya. 🙂

    Keduanya, saya sangat suka artikel2 sebegini kerana ia dapat memberikan perkongsian ilmu pengetahuan sesama rakan2 blog. Semoga kita diberi kekuatan utk terus menulis.

    Terakhirnya, teringat saya akan satu kata2: ”Gagal merancang adalah merancang untuk gagal”. 🙂 (jika salah, minta tegur ea).

    Salam perkenalan drpd saya & salam Ramadhan. 😉

    Reply
    • Nasrul Hanis August 29, 2010, 5:42 pm

      Salam sejahtera & salam perkenalan juga Hadi!

      Terima kasih. Dan terima kasih juga untuk framework Thesis yang banyak membantu saya untuk merekebentuk blog sepertimana yang saya inginkan.

      Betul, perkongsian itu sesuatu yang baik kerana ia boleh memberi manfaat kepada semua.

      Selalu juga dengar mutiara kata tu.. tapi dalam English.. hehe

      Salam Ramadhan juga Hadi dan terima kasih untuk lawatan ke PakarBisnes! 😀

      Reply
  • zoul August 25, 2010, 3:19 pm

    Baik… mulai hari ini merancanglah untuk belajar merancang sebelum merancang… hrmmmm

    Reply
    • Nasrul Hanis August 29, 2010, 5:42 pm

      Setuju. Kita mesti tahu bagaimana untuk merancang.. barulah perancangan kita itu benar-benar berkesan. Terima kasih zoul!

      Reply
  • mohdisa August 27, 2010, 12:22 pm

    setiap perkara memerlukan perancangan jika ingin berjaya, bermakna berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. betul tak?

    Reply
    • Nasrul Hanis August 29, 2010, 5:46 pm

      betul, mohd isa. tanpa perancangan, kemungkinan untuk gagal itu adalah tinggi.. kecualilah seseorang itu bernasib baik.

      fikir masak-masak sebelum menyesal!

      Reply
Cancel reply

Leave a Comment