Expand

Gagal Bukan Untuk Selamanya

gagalbukanselamanya

Kejayaan dan kegagalan adalah perkara biasa dalam hidup.

Kadangkala kita berjaya, kadangkala kita gagal. Hal ini berlaku dalam perkara2 yang kita lakukan termasuklah bisnes online mahupun offline.

Gagal bukan untuk selamanya.

Bagaimana tu?

Ada di antara kita yang terus hilang semangat atau down apabila gagal dalam sesuatu perkara. Sikap ini adalah sikap yang salah dan merupakan satu persepsi negatif yang mesti diubah sekiranya hendak berjaya.

Jadi bagaimana untuk menghadapinya?

  1. Tetapkan dalam hati bahawa kegagalan adalah lumrah hidup.
  2. Jadikan kegagalan itu sebagai pengajaran untuk berjaya.
  3. Cari kelemahan dari kegagalan itu dan baikinya.
  4. Sedari bahawa kegagalan juga adalah suatu aset yang bernilai untuk difahami.
  5. Sebenarnya dalam kegagalan itu ada kejayaan. Renungkan.

Aku banyak kali gagal dalam berbagai percubaan. Bisnes online? offline? Blogging? Semuanya aku cuba. Namun biasalah, kegagalan itu pasti ada. Namun aku cuba dan cuba lagi dan akhirnya dapat juga hasilnya. Dan aku sedar rupanya kegagalan yang ditempuhi itu sebenarnya ada kejayaan di dalamnya dan merupakan sesuatu yang bernilai untuk ditafsir maksudnya.

Kegagalan adalah guru yang terbaik.

Renung-renungkan =)

Nasrul Hanis – Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.
2 comments… add one
  • samanosuke_04 November 9, 2009, 4:48 am

    hoho, memang kena rr tajuk post ko hari nie.. aku baru jer frustrated tengok ManUtd ngan kelantan kalah.. haha! :mrgreen:

    Reply
    • PakarBisnes November 19, 2009, 9:16 pm

      @samanosuke_04,

      biasalah tu. main mesti ada kalah menang. heheh =p

      Reply
Cancel reply

Leave a Comment