Expand

Cuti-cuti Semester

bilik

Yeay! 10hb merupakan hari untuk paper terakhir final exam kali ni. Mulanya aku nak postkan entri ni lebih awal, tapi sebab ada beberapa insiden yang terjadi, so terpaksa la aku lewatkan sikit :sedih:

Kali ini aku akan bercuti lebih kurang 3 bulan. Wow. Lama tu. Apa yang aku nak buat cuti nih?

Itulah sebabnya aku tulis entri ni. haha :sengih:

Sebelum bercakap tentang cuti, teringin pula aku nak berkongsi pengalaman sebelum balik bercuti.

Final Exam

Hm.. bagi aku, final exam kali ni biasa, cuma xdapatla aku nak skor. Biasa2 saja. Adakah kerana aku pemalas? hehe, ntahla. Yang penting, aku dah buat yang terbaik dan sekarang adalah masa untuk bercuti.

Jamming Bersama Teman-teman

Sempena cuti semester, tambahan pula aku akan bercuti panjang, aku dan teman2 pun berkunjung ke jamming studio di Wangsa Maju untuk berseronok seketika. Yela, malamnya dah nak balik kampung kan. So, kitorang amik keputusan untuk jamming bersama. Wuhu.

jamming

Dari kiri : EP JB, Madlan & aku. Napi & Akem di luar gambar. Uhu, sori!

Akibat terlupa membawa ‘pick’ gitar, ibu jari kanan aku telha terluka semasa asyik menggoreng. wargh. dapat kenangan xrasmi sebelum bercuti.

AloneinHome.com diHack & Makcik aku Kemalangan

Sepatutnya aku balik kampung pada malam tersebut, namun kita mampu merancang je kan. AloneinHome.com tetiba lak kena hack & makcik aku kemalangan.

Jadi aku pun balik keesokan harinya. Alhamdulilla, makcik aku selamat walaupun dah remuk sampai jadi bentuk L keretanya itu :berpeluh:

ok2. yang sudah berlalu sudahlah. Banyak benda yang aku nak buat masa cuti ni. Aku ringkaskan sajalah ya.

Yang penting sudah tentulah mahu blogging dan blogwalking dengan sepuas hati. Kesempitan masa sepanjang semester selalu menyekat minat aku ni. AloneinHome.com aku akan update macam biasa. PakarBisnes.com pula akan aku update dengan entri2 berkaitan blogging dan buat duit online, yang dalam kemampuan aku la.

Oh ya, aku juga akan buat ulasan mengenai blog2 yang sepatutnya korang baca, walaupun korang dah tau, aku akan tetap buat ulasan juga. haha :seronok:

Apa lagi ya? Oh ya, sepanjang cuti ni, aku akan praktikkan segala ilmu dan teknik2 yang aku dah belajar termasuklah dari Pakej Video Puan Lisa Hilmi. Harap2 menjadilah. Amin.

Jangan lupa bagi komen ya!

p.s : Kenapakah bunyinya skema bila aku tulis dalam Bahasa Melayu? oh.

p.s.s : Aku di rumah sekarang. Relaks :bagus:

Nasrul Hanis – Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.
12 comments… add one
Cancel reply

Leave a Comment