“Sejauh mana blogging boleh jadi side income?” Itulah soalan yang dikemukakan oleh saudara Nizam Ghazi di ruangan komen artikel yang terdahulu. Pengalaman saya tidaklah begitu banyak namun saya akan cuba menjawab soalan tersebut di dalam artikel kali ini.
Author: Nasrul Hanis
Ya – ada pelbagai metod dan bidang dalam bisnes. Namun mahu atau tidak, ketekunan dan kesabaran itu mestilah ada di dalam jiwa anda untuk berjaya di dalam bisnes.
Pertama sekali, ingin saya ulangi yang blogging boleh menjadi bisnes yang hebat dan berpotensi tinggi untuk anda. Yang kedua, blogging adalah bisnes jangka panjang. Maksudnya?