Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Alam Bisnes
    • Utama
    • Mengenai Saya
    • Arkib
    • Hubungi Saya
    Alam Bisnes
    Perancangan

    Perancangan Teliti Perlu untuk Menjayakan Bisnes

    Nasrul HanisBy Nasrul HanisFebruary 6, 20133 Comments2 Mins Read

    Memang benar tips yang selalu kita dengar: “Gagal merancang bermakna merancang untuk gagal“.

    Mungkin ada sesetengah dari kita yang berpendapat tiada perlunya membuat perancangan untuk menjalankan bisnes terutamanya bisnes kecil-kecilan.

    “Langgar je”
    “Jual barang ni dah boleh dapat untung”
    “Buka je gerai kat situ”

    Hal ini tidak benar sama sekali. Perniagaan melibatkan modal dari segi wang ringgit, masa dan tenaga kita. Kita pula menjalankan perniagaan untuk memperoleh keuntungan maksimum dari modal yang telah kita keluarkan. Justeru membuat perancangan ini bukanlah satu hal yang remeh malah merupakan struktur asas kepada perniagaan yang ingin kita jalankan.

    Tips dari biras saya sewaktu dalam perjalanan ke kampung mertua, mana-mana bisnes sekalipun mestilah difahami dan dikaji sedalamnya terlebih dahulu sebelum dimulakan. Salah satu elemen yang penting menurutnya ialah – frekuensi atau kekerapan produk/servis kita itu dapat dijual atau closed deal.

    Contohnya kita ingin menawarkan servis membaiki laptop. Jadi apa yang perlu kita selidik ialah:

    • Berapa pelanggan yang inginkan produk/servis yang ingin kita tawarkan dalam sehari/seminggu sebulan?
    • Berapa banyak modal/masa yang perlu kita keluarkan untuk setiap pelanggan?

    Satu lagi elemen yang perlu dititikberatkan ialah risiko yang bakal kita hadapi dalam menjalankan bisnes tersebut. Risiko ini termasuklah dari segi ekonomi dan juga undang-undang di mana sestengah bisnes melibatkan dokumen-dokumen dan pengesahan yang tertentu. Memang benar setiap perniagaan ada risikonya namun perancangan yang baik dan teliti mampu meminimumkan risiko-risiko tersebut.

    Adakah kita atau mana-mana pihak yang akan menanggung risiko tersebut dan sebesar manakah risiko itu?

    Mulakan Perancangan Anda

    Ambil sehelai kertas dan tulis target anda. Tulis dengan besar – berapa RM yang anda mahukan seminggu/sebulan?

    Kemudian tuliskan pula bagaimana anda boleh menepati target tersebut – Strategi A, Strategi B, Strategi C.. masukkan risiko dan maklumat lengkap dalam setiap strategi tersebut.

    Dah jumpa strategi, senaraikan apa yang perlu anda lakukan hari ini, esok, minggu depan dan seterusnya. Pastikan anda buat apa yang anda tuliskan tersebut. Mula bertindak dan lihatlah hasilnya! Kaji semula perancangan anda berdasarkan hasil/maklumbalas dari strategi anda tersebut dan baiki perancangan anda.

    Percayalah – belum terlewat untuk anda memulakan perancangan malah di dalam setiap tahap perkembangan bisnes anda, anda perlu membuat set-set rancangan beserta target dan strategi yang efektif untuk memastikan perancangan bisnes anda berjaya.

    Saya yakin pasti anda ada idea untuk ditambah dan diperbaiki. Jemput untuk komen di bawah ya.

    Salam kejayaan!

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Nasrul Hanis
    • Website

    Nasrul Hanis - Seorang penulis blog dan artikel online sejak 2008. Berkecimpung dalam perundingan hartanah sejak 2011. Ejen Hartanah Berdaftar sejak 2016. Suka berdiskusi dan mencari kawan baru.

    Related Posts

    Idea Bisnes Tiba-Tiba Muncul? Ini Cara Simpan & Kembangkan Jadi Sumber Kejayaan

    February 23, 2025

    5M Dalam Perancangan Perniagaan

    September 25, 2013

    3 Comments

    1. fyna on June 13, 2013 6:07 pm

      info yang sangat berguna ^_^ thanks~

      Reply
    2. Pingback: Istiqamah (Konsisten) Dalam Bisnes - PakarBisnes

    3. Pingback: 5M Dalam Perancangan Perniagaan - PakarBisnes

    Leave A Reply Cancel Reply

    Artikel Terkini

    Wegic: Cara Mudah Usahawan Membina Website Profesional Dengan Kos Rendah

    November 16, 2025

    Cara Kira Break Even Point Untuk Bisnes Kecil-Kecilan

    November 2, 2025

    Jangan Paksa Kuda Mati Berlari: Pengajaran Penting Dead Horse Theory Untuk Bisnes

    October 10, 2025

    Bagaimana Cara Betulkan ‘There Has Been a Critical Error on This Website’ di WordPress?

    September 3, 2025

    Aidilfitri & Jaringan Perniagaan: Peluang Keemasan Yang Ramai Terlepas Pandang

    March 29, 2025
    © 2025 AlamBisnes.com

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.